Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4

 

 
Artikel Berita
            
JEMPUTAN UNTUK MENGEMUKAKAN KERTAS CADANGAN BAGI MENGURUS TEMPAT LETAK KERETA DI KAWASAN MEGAMALL, PERAI JAYA (14/09/2007)
 

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan ini ingin melantik pihak swasta untuk menguruskan tempat letak kereta di kawasan Megamall, Perai Jaya.

Pihak tuan hendaklah mengemukakan kertas cadangan sebelum jam 12.00 tengahari, 15 Oktober 2007 ini. Kertas cadangan itu hendaklah menimbangkan kadar yang sama digunapakai oleh MPSP seperti yang diwartakan pada 5hb Julai 2007 iaitu: 

Bil

Tempoh Penggunaan

Caj

1

Satu (1) jam pertama dan tiap-tiap satu (1) jam berikutnya

RM0.40

2

Satu (1) hari

RM3.00

3

Satu (1) bulan

RM75.00

4

Satu (1) bulan (tempat letak kereta langganan tetap)

RM200.00

Cadangan syarikat tuan hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi perkara-perkara berikut:

1.Prosidur pengurusan
2.Tanggungan risiko
3.Jadual
Kos

4.Senarai pengalaman pihak tuan

Adalah diingatkan bahawa, kertas cadangan yang akan dikemukakan, tidak akan mengikat MPSP untuk menerima syarat-syarat serta kos yang ditetapkan oleh syarikat tuan.

Kertas cadangan tersebut hendaklah dialamatkan kepada: Tuan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. MPSP akan memberi keutamaan kepada syarikat yang beroperasi di Seberang Perai.

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui e-mail waran@mpsp.gov.my atau telefon ke 04-5497460 (Ummi Kalthum Shuib)

 

 
  2010
  2009
  2008
  2007
 
  2006
  2005
  2004
  2003
  2002
  2001
  2000
  1999
  Pengurusan Berita
  Carian   
 

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.