|
Adalah dimaklumkan bahawa notis cukai taksiran berkenaaan telah diposkan. Semua pemilik harta berkadar adalah dikehendaki membuat bayaran cukai taksiran sebelum 4 Oktober 2007 bagi mengelakkan pengenaan kos waran tahanan.
Apabila kos waran tahanan dikenakan, maka Majlis akan menjalankan operasi sitaan harta mudah alih di premis-premis milik tuan dan kaveat tanah bagi akaun cukai taksiran tanah.
Akaun cukai taksiran boleh disemak dan dibayar melalui Laman Web MPSP. Sila hubungi 04-5497470/1 atau e-mail kepada waran@mpsp.gov.my untuk sebarang semakan/pertanyaan.
Kaunter-kaunter MPSP adalah dibuka untuk bayaran dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.
MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
|