| Kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Majlis Penuh Pada 30 Julai 2010
1. PENERIMAAN PINGAT ANUGERAH TYT SEMPENA HARI JADI YANG KE-72
Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas anugerah yang telah dikurniakan sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Negeri Yang Ke-72 yang lalu.
|
1. |
Tuan Hj Mokhtar
Bin Mohd Jait |
Yang DiPertua
MPSP |
Darjah Johan Negeri
(DJN) |
|
2. |
Encik Ramli
Bin Bulat |
Ahli Majlis
MPSP |
Pingat Jasa Kebaktian
(PJK) |
|
2. |
Encik Ranjit Singh
a/l Gurdial Singh |
Pembantu Penilaian Kanan
Jab. Penilaian & Pengurusan Harta |
Pingat Kelakuan Terpuji
(PKT) |
|
3. |
Encik Ng Mo Yong |
Pembantu Penilaian Kanan
Jab. Penilaian & Pengurusan Harta |
Pingat Jasa Kebaktian
(PJK) |
|
4. |
Encik Ahmad
Bin Saari |
Mandor Unit Skuad Khas
Jab. Khidmat Pengurusan |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
|
5. |
Puan Che Rasnah
@ Che Rosnah Binti Baba |
Pembantu Tadbir Kanan
Jab. Perancang Bandar |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
|
6. |
Encik Che Rus
Bin Saad |
Pengawal Keselamatan
Jab. Khidmat Pengurusan |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
|
7. |
Puan Mavis Catherine
Baptist |
Pembantu Tadbir Kanan
Jab. Khidmat Pengurusan |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
|
8. |
Encik Santhanam
a/l Rajjall |
Pemandu Unit Skuad Khas
Jab. Khidmat Pengurusan |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
|
9. |
Encik Subramaniam
a/l Muniandy |
Pekerja Awam Unit Skuad Khas
Jab. Khidmat Pengurusan |
Pingat Bakti Setia
(PBS) |
2. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dijangka jatuh pada 11 Ogos 2010 kepada semua umat Islam dan seterusnya Selamat Berpuasa.
3. HARI NUZUL AL-QURAN
Hari Nuzul Al-Quran adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan dijangka jatuh pada 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan yang merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
4. CADANGAN PENYEWAAN KAWASAN TANAH LAPANG FASA 2, KOMPLEKS SUKAN DAN REKREASI SPT, JALAN BETEK (KELUASAN 3.3 EKAR)
Sukacita dimaklumkan, Majlis berhasrat untuk menyewakan tanah lapang tersebut kepada mana-mana pertubuhan, agensi perniagaan atau apa-apa badan untuk membangunkan tanah tersebut untuk tujuan yang boleh mendatangkan hasil untuk menjalankan aktiviti-aktiviti komersial berorientasikan ekonomi, disamping boleh meningkatkan ekonomi penduduk sekitar amnya. Pembangunan yang dicadangkan adalah melibatkan penggunaan ruang tanah tersebut secara keseluruhan. Sebarang cadangan boleh dikemukakan ke Jabatan Kemasyarakatan, MPSP atau pertanyaan, hubungi ditalian 04-5497489.
5. KAUNTER BERGERAK MPSP
Di sini saya memaklumkan kepada semua, Kaunter Bergerak MPSP (Bas Mini Yang Diubahsuai) akan mula beroperasi seperti jadual di bawah ;
|
Tarikh, lokasi dan waktu Kaunter Bergerak MPSP akan dibuka
pada setiap hari Sabtu dan Ahad di sepanjang bulan Ogos 2010 adalah seperti berikut : -
|
|
TEMPAT
|
HARI |
TARIKH |
MASA |
|
1)PASAR AWAM SEBERANG JAYA
2)BANDAR SUNWAY
1)PASAR AWAM TAMAN CHAI LENG
2)KAWASAN MEGAMALL & PERAI JAYA
|
SABTU
AHAD
|
07.08.2010
08.08.2010 |
8.00 AM - 11.00 AM
12.00 PM - 3.00 PM
8.00 AM – 11.00 AM
12.00 PM – 3.00 PM |
|
1)PASAR AWAM KEPALA BATAS
2)KOMPLEKS KAILAN
1)PASAR AWAM BAGAN AJAM
2)KAWASAN RAJA UDA
|
SABTU
AHAD
|
14.08.2010
15.08.2010 |
8.00 AM - 11.00 AM
12.00 PM - 3.00 PM
8.00 AM – 11.00 AM
12.00 PM – 3.00 PM |
|
1)PASAR AWAM TASEK MUTIARA
2)TAMAN TAMBUN INDAH
1)PASAR AWAM NIBONG TEBAL
2)PEKAN SUNGAI BAKAP
|
SABTU
AHAD
|
21.08.2010
22.08.2010 |
8.00 AM - 11.00 AM
12.00 PM - 3.00 PM
8.00 AM – 11.00 AM
12.00 PM – 3.00 PM |
|
1)PASAR AWAM KOTA PERMAI
2)KAMPUNG BARU
1)PASAR AWAM TAMAN BAGAN
2)TAMAN SRI PINANG |
SABTU
AHAD
|
28.08.2010
29.08.2010 |
8.00 AM - 11.00 AM
12.00 PM - 3.00 PM
8.00 AM – 11.00 AM
12.00 PM – 3.00 PM |
6. LARANGAN MEROKOK DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN DAN PENGGUNAAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN
Adalah dimaklumkan, selaras dengan hasrat pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bersih dan kehijauan, Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat ketetapan melarang perbuatan merokok di premis Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri. Selain dari itu, penggunaan bekas polisterin untuk pembungkusan makanan adalah juga dilarang.
Sekian, terima kasih.
|