5.0     

SISA BUANGAN PEPEJAL  

5.1 

Identifikasi  

Sisa buangan pepejal adalah terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid.  Walau bagaimanapun secara menyeluruhnya bahan buangan ini bolehlah dikategorikan seperti berikut:-

 

 

Bil  

Jenis Buangan

1  

Sisa Pepejal Domestik daripada sisa-sisa makanan dan sampah sarap dan juga benda-benda pukal daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan kawasan-kawasan awam.

2

Buangan barang-barang pukal seperti rangka/bingkai kenderaan, barang-barang elektrik, perabot, tayar buruk dan sebagainya.

3

Buangan daripada perlombongan dan kuari

4

Bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan-bangunan

5

Sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir, najis lembu, sekam padi dan sekam kayu.

6

Sisa buangan taman (garden waste)

7

‘Non Toxic Industrial Waste’

 

5.2     Akta dan Garis Panduan Sedia Ada

Pemilihan tapak pelupusan hendaklah berasaskan pertimbangan dari segi fizikal, geologikal, lokasi dan saiz serta hakmilik tanah.[3]

Di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dalam seksyen 34A, perkara 18(b) dan 18(c) telah menggariskan jenis-jenis rawatan pelupusan bahan buangan pepejal iaitu:

  1. Perkara 18 (b)  

  1. Pembinaan loji pembakaran    

  2. Pembinaan ‘Composting Plant’

  3.  Pembinaan loji pulihguna

  4. Pembinaan kemudahan penimbusan tanah (bahan buangan perbandaran)

  1. Perkara 18 (c)  

  1. Pembinaan loji rawatan air kumbahan  

  2. Pembinaan ‘Marine Outfall’

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) termasuk menerimapakai Akta A 933 (tree preservation order dan Kajian Pernilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (EIA) disediakan sebelum sesuatu perancangan tapak pelupusan sisa pepejal dipertimbangkan.

 

5.3    Isu dan Masalah

  1. Jumlah buangan pepejal yang dihasilkan di kawasan perbandaran seluruh Malaysia adalah kira-kira 5.5 juta tan pada tahun 1994 dan dijangka meningkat kepada 7 juta tan menjelang tahun 2000,[4]

  2. Bahan buangan yang dihasilkan oleh Majlis Tempatan sehingga peringkat Majlis Perbandaran adalah dianggarkan 50-2,500 tan sehari,[5]

  3. Pencemaran daripada haiwan ternakan masih lagi belum dapat diselesaikan dan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan masih belum berkesan khasnya di Negeri Pulau Pinang; dan[6]

  4. Peningkatan kandungan bahan kompaun ekoran penggunaan bahan kimia yang berleluasa di kawasan pertanian ataupun tapak pelupusan sampah akan meresap ke dalam sumber air, tanah-tanih atau sumber makanan yang mana boleh menggugat kesihatan penduduk, dan[7]

  5. Pembangunan akan datang di sekitar tapak pelupusan perlulah dirancang dengan teliti supaya selaras dengan penempatan tapak pelupusan bagi mengelakkan percanggahan kegunaan tanah dan kemungkinan menerima aduan daripada orang ramai akibat operasi projek.

Peningkatan sisa bangunan organik hasil dari usaha eksploitasi manusia yang ekstensif telah mengganggu keseimbangan semula jadi dan menimbulkan pelbagai masalah seperti berikut:-

  1. Masalah Pengurusan  

Pihak Berkuasa Tempatan kini masih belum profesional di dalam pengurusan dan perancangan perkhidmatan Bandar terutamanya cara mengurus pungutan sampah, bilangan pengangkutan dan kos tenaga buruh yang tinggi.

  1. Sistem Perancangan Tidak Sempurna  

Komposisi bahan buangan adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti seperti kediaman, perniagaan, institusi dan rekreasi yang dirancang dan tidak dirancang seperti rumah-rumah setinggan dan aktiviti lain yang diusahakan secara haram.

  1. Masalah Pengendalian Sisa Pepejal

Di Semenanjung Malaysia sebanyak 54% tapak pembuangan mengamalkan pembakaran secara terbuka, 31% mengamalkan penimbusan terkawal dan kurang 1% membuang ke dalam sungai dan selebihnya adalah samada pembakaran terbuka dan penimbusan terkawal.[8]

 

Kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tapak pembuangan yang akan penuh dan 50% tapak ini berdekatan dengan kawasan kediaman kira-kira ½ km.[9]

 

5.4     Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal  

Dari segi fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar, kriteria pemilihan adalah seperti berikut:-

5.4.1  Pemilihan Tapak  

Dari segi bilangan adalah wajar diwujudkan sekurang-kurangnya satu tapak bagi setiap 30,000 penduduk ataupun dalam lingkungan 10km bagi sesebuah kawasan petempatan atau perumahan.  Setiap tapak pelupusan ini pula perlulah mempunyai sokongan beberapa tapak pengumpulan sampah dalam lingkungan 5km.

Tapak pelupusan adalah dihadkan kepada pelupusan buangan sisa pepejal.  Pemilihan tapak adalah berdasarkan kepada beberapa aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar dan jenis gunatanah yang tidak sesuai dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  1. Fizikal (Sila lihat Rajah 9)

  1. Tidak termasuk kawasan bekalan air dan tadahan air; 

  2. Tidak termasuk kawasan banjir;

  3. Tidak termasuk kawasan aliran air (sungai dan paya);

 

  1. Paras air bawah tanah yang rendah;

  2. Bertanah pawah;

  3. Kawasan paya dan berlumpur

  4. Muara/pesisiran pantai;  dan

  5. Tapak yang sesuai untuk pertimbangan adalah zon industri dan terdiri dari gaung/lurah yang tidak ada kepentingan, bekas tapak lombong, bekas kolam yang digali dan bekas kawasan taliair dengan memenuhi syarat EIA.

  1. Ekonomi (Sila rujuk Rajah 10)

  1. Lokasi – jarak masa dari tempat sumber utama bahan hendaklah tidak melebihi ½ hari perjalanan sebab sisa-sisa ini cepat busuk;

  2. Keluasan minimum tapak 50 – 60 hektar;

  3. Jangka usia projek kira-kira 20 tahun;

  4. Mudah mendapatkan tanah untuk penimbusan; dan

  5. Mempunyai laluan dan jalan keluar masuk yang sempurna;

  6. Anggaran kos pembayaran balik pampasan rendah;

  7. Mudah dihubungi dan kos pengangkutan minima;

  8. Tidak mempunyai halangan untuk tujuan pembesaran tapak projek; dan

  9. Mengambil kira faedah tapak pelupusan selepas siap jangka projek

  1. Sosial (Sila lihat Rajah 11)

  1. Hakmilik tanah – utamakan tanah kerajaan untuk memudahkan urusan pengambilan balik;

  2. Tanah yang terhad dari aspek gunatanah juga boleh dipertimbangkan.

  3. Jauh dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan keutamaan pembangunan hendaklah sekurang-kurangnya 5 – 10 km sebagai langkah untuk menyekat dari bau busuk, habuk dan bising;

  4. Jauh dari kawasan-kawasan yang mempunyai nilai estatik, sejarah dan tempat-tempat pengekalan (preservation & conservation area);

  5. Tempat yang tidak mempunyai kehidupan liar dan binatang terpelihara;

  6. Tidak memberi kesan ke atas kehidupan laut; dan

  7. Jauh daripada kawasan kegunaan awam.

 

     

  1. Alam Sekitar (Sila lihat Rajah 12)

  1. Pertimbangan dari aspek geoteknikal iaitu gunatanah sediada, jenis permukaan tanah, paras air bawah tanah dan kestabilan kecerunan termasuk Laporan EIA:

  2. Pertimbangan dari kesan pencemaran air bawah tanah dan permukaan air terutamanya kesan pencemaran kepada air minuman;

  3. Pertimbangan juga diambil kira jika kawasan tersebut dilanda banjir; dan

  4. Mengambil kira kesesuaian tapak dengan kawasan persekitarannya.

 

 


5.4.2  Kawalan Keselamatan  

  1. Kawalan Ke Atas Air Kurasan (Leachate Control)

    Air kurasan akan terbentuk apabila proses pereputan (decomposition) terjadi dalam bahan sisa buangan pepejal.

    Air kurasan ini mengandungi kandungan ‘Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan ‘Chemical Oxygen Demand’(COD) yang tinggi.  Anggaran komposisi air kurasan di tapak pelupusan adalah kira-kira 800mg/l kandungan BOD dan 1200 mg/l kandungan COD.*

Nota

*      Kandungan BOD yang tinggi – bermakna terdapat banyak 
            bahan organic di dalam air (Indeks pencemaran yang tinggi
            dalam kandungan air)

          Kajian Solid Waste Management Study for Penang and Seberang
            Perai Municipalities oleh JICA.  

 

Syarat-syarat kawalan adalah seperti berikut:-[10]

  1. Kawalan ke atas permukaan air iaitu disalur keluar melalui perparitan yang disediakan berasaskan piawaian ‘parameter’ yang ditetapkan bagi kawalan air kurasan dan air bawah tanah oleh Jabatan Alam Sekitar.

  2. Sistem peparitan ‘perimeter dyke’ sementara, kolam perangkap mendap dan perangkap mendap hendaklah dibina di kawasan punca bahan timbus.  Sebarang pelepasan dari kolam perangkap ini tidak boleh mengandungi pepejal terampai melebihi 150 mg/l.  Laporan pengawasan pelepasan dari perangkap mendap ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar setiap 3 bulan sekali dari tarikh kerja tanah.

  3. Kemudahan ‘leachate collection’ hendaklah disediakan.  Sebarang pelepasan air kurasan tidak dibenarkan dilepaskan ke dalam mana-mana alur air kecuali diolah terlebih dahulu untuk mematuhi Piawai B.  Jadual ketiga, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang ditetapkan) (Kumbahan, Pengolahan dan Pelupusan Buangan Berjadual) 1989.

  1. Kawalan Ke Atas Pelepasan Gas (Gas Venting Control)  

    Pewujudan dan pergerakan gas terutamanya ‘carbon dioxide’ dan ‘methane’ di dalam tapak penimbusan menjadi aktif walaupun bertahun-tahun lamanya selepas projek penimbusan ini selesai di mana akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di sekitarnya dengan cara mengosongkan oksigen dari zon akar tumbuh-tumbuhan tersebut.  (Sila lihat Rajah 13).

    Bentuk kawalan yang diperlukan ialah:-[11]

    1. Mematuhi syarat-syarat geologi, hydrologi dan menggunakan tanah-tanih asal untuk tujuan penimbusan.

    2. ‘Permeable Method’ – Pergerakan gas secara sisian ke arah tanah bersebelahan boleh disekat dengan menggunakan sumber bahan yang dapat menelapkannya iaitu lohong/lubang-lubang batu kerikil (gravel vents) atau parit-parit yang dipenuhi batu kerikil (gravel filled trenches).

    3. Permukaan atas lohong-lohong batu kerikil tidak boleh ditimbus dengan tanah-tanih ataupun ditanami sebarang tumbuh-tumbuhan supaya dapat mengekalkan kelembapan dan menyekat pelepasan gas.

    4. ‘Impermeable method’ (Gas Barrier Membranes) – pergerakan gas melalui tanah boleh dikawal dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak telap di mana gas-gas ini tidak boleh serap di sekitarnya dan dialirkan ke permukaan atas.  Bahan-bahan yang tidak telap adalah seperti lapisan tanah liat dengan ketebalan di antara 50 – 120 cm ataupun menggunakan kaedah lapisan synthetic.

 

5.4.3  Kaedah Penimbusan

 
Bagi melaksanakan kaedah penimbusan ini beberapa aspek perlu diambil kira semasa penyediaan dan operasi tapak ini kelak iaitu:-

  1. Tumbuh-tumbuhan di sekeliling kawasan projek hendaklah dikekalkan sebagai zon penampan kepada pembangunan di sekitarnya termasuklah penempatan penduduk sedia ada.

  2. Pembukaan dan operasi tapak pelupusan hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat bagi mengelukkan pendedahan tanah kepada hakisan.  Langkah-langkah kawalan mencegah hakisan dan ‘drainage alteration’ hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pelupusan dijalankan.  Jalan masuk sediada ke tapak pelupusan pula perlulah sentiasa dibaiki bagi memudahkan lori-lori pengangkut sampah menggunakan jalan tersebut.

  3. Pelan pengurusan tapak pelupusan perlulah disediakan oleh penggerak projek antaranya termasuklah program-program pengawasan serangga perosak ‘scavenger’, aktiviti pelupusan dan penimbusan tanah dan menyediakan pegawai bertugas harian. Langkah-langkah kawalan seperti mendirikan pagar keselamatan dan pondok pengawal keselamatan perlu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Terdapat 3 kaedah penimbusan yang disyorkan untuk sisa buangan pepejal iaitu:[12]

  1. Kaedah ‘Open Dumping’  

    Kaedah ini adalah konvensional dan masih dipraktikkan di merata-rata tempat seluruh Malaysia.  Kaedah ini tidak teratur dan terdedah kepada bau busuk dan pembiakan serangga dan binatang kecil.  (Sila lihat Rajah 14)

 

  1. Kaedah ‘Sandwich’  
      
    Kaedah penimbusan ini dibuat secara lapisan demi lapisan secara mendatar (Sila lihat Rajah 15).  Setiap antara lapisan ini ditimbus/ditutup dengan tanah.  Kaedah ini adalah lebih berkesan tetapi jika tapak pelupusan terlalu lebar (luas), maka bahan-bahan buangan ini akan ditinggalkan tidak ditutup untuk beberapa hari menyebabkan bau busuk dan sebagainya.

 

  1. Kaedah ‘Cell’  
       
    Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara menimbus sisa buangan dengan lapisan tanah pada setiap hari iaitu dengan ketebalan 20 cm.

    Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan akhir penutup pada ketebalan 60cm.  (Sila lihat Rajah 16)

 

5.4.4  Kaedah/Program Kitaran Semula (Recycle)   

Bagi mengurangkan kesan sisa pepejal kepada alam sekitar kaedah program pengasingan bahan buangan melalui proses kitaran semula (recycle) perlu digunakan.  Langkah ini dapat mengurangkan jenis bahan buangan yang bukan ‘biodegradable’ dilupuskan di tapak pelupusan sampah berkenaan.  Pelan pemulihan tapak (Abandonment Plan) perlu disediakan untuk kaedah ini.

 

| e-Garispanduan | Laman Utama Garis Panduan |