6.0     GARIS PANDUAN KHUSUS

Garis panduan khusus ditetapkan untuk 3 jenis kawasan perindustrian sahaja iaitu Taman Industri Berteknologi (Hi-Tech), Kawasan Industri Bertingkat dan Industri Perkhidmatan dan Taman Perdagangan.

6.1    Taman Industri Berteknologi Tinggi (HI-Tech)
  1. Takrifan

Taman Industri Berteknologi Tinggi ditakrifkan sebagai taman industri yang menggalakan industri nilai Tambah yang tinggi dan digabungkan dengan fungsi Penyelidikan dan Pembangunan.

Dua cirri utama yang membezakan taman industri berteknologi tinggi dari estet perindustrian biasa ialah:

  1. Taman ini mempunyai kualiti persekitaran yang tinggi; dan

  2. Aktiviti bercampur yang ketara khususnya integrasi antara aktiviti pembuatan dan bukan pembuatan.

        ii.    Sistem Zon

Taman Industri berteknologi tinggi dizonkan di bawah Jenis Penyelidikan dan Pembangunan, Jenis Bercampur dan Jenis Bercirikan Pengeluaran.

        iii.    Aktiviti Utama

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan, pembuatan teknologi tinggi, pemerosesan data pusat komputer, pembangunan perisian, latihan perindustrian, pemerosesan industri dan agihan merupaka pengguna utama dan 50 peratus dari kawasan lantai kasar digunakan untuk:


iv.    Penggunaan Sokongan

             v.    Aktiviti Yang DiLarang

Gudang persendirian, bilik pameran, pejabat dan 'retail outlet', tidak dibenarkan.  Aktiviti cemar tinggi dan aktiviti kejiranan yang tidak sihat adalah tidak dibenarkan sema sekali.

            vi.    Ruang Lantai Kasar

Nisbah antara ruang lantai kasar bangunan daripada kawasan tapak. Jumlah ruang lantai adalah dalam bangunan dan meliputi: 

6.2    Industri Bertingkat (‘Flatted Industries’)

Penyediaan asrama pekerja adalah berasaskan kepada garis panduan pekerja kilang dan dasar yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Kategori Industri

Industri bertingkat ini adalah sesuai untuk pengusaha-pengusaha yang memerlukan operasi. Industri bertingkat direkabentuk untuk menempatkan industri bersih yang terdiri dari perusahaan ringan perkhidmatan dan gudang sahaja.

Jenis-jenis perusahaan ringan yang sesuai untuk industri bertingkat adalah seperti berikut: 

  1. Industri-industri pemasangan komputer, televisyen, radio dan alat-alat elektronik yang lain;

  2. Gudang-gudang bagi menyimpan barang kecuali barang toksid dan berbahaya;

  3. Industri yang tidak menggunakan apa-apa alat pembakaran bahan api seperti dandang, relau dan sebagainya;

  4. Industri yang tidak mengeluarkan bau busuk; dan

  5. Industri-industri yang tidak menggunakan alat-alat jentera yang mengeluarkan bunyi berlebihan yang sukar dikawal. 

ii.    Lokasi

Bangunan industri bertingkat boleh dibangunkan di atas tapak yang telah dizonkan sebagai kawasan perindustrian. Ia perlu ada jalan keluar masuk yang sah ke tapak berkenaan.

iii.    Keperluan Asas Industri Bertingkat

  1. Kawasan Lapang

    1. Kawasan lapang untuk kegunaan awam tidak kurang  daripada10 peratus dan berfungsi seperti berikut: 

  1. Setiap lot industri memperuntukan 25 peratus daripada  kawasannya untuk kawasan lapang dalaman. Penyelidikan dan Pembangunan memperuntukan 30 peratus untuk kawasan lapang dalaman; dan 

  1. Minima 5 meter (20 kaki) dikhaskan dibahagian hadapan untuk landskap.  

v.      Zon Penampan

      Kawasan industri perlu diasingkan daripada kawasan perumahan dengan mewujudkan penampan hijau tidak kurang dari 50 peratus kawasan penampan dan ‘physical buffer’ yang sesuai dan tidak memberi gangguan dan sebagainya tidak melebihi 35 db(A) Leq.

      Keperluan zon penampan adalah seperti berikut:

      Klasifikasi Jarak Penampan
      Industri tidak cemar
      Industri ringan 
      Industri am 
      Industri berat dan khusus 
       Tiada penampan
      30 – 50 meter
      100 meter
      500 meter

     

  1. Rekabentuk Bangunan Industri

    1. Rekabentuk Bangunan

Rekabentuk bangunan dan kemasan mestilah berkualiti dan bercirikan rekabentuk Bandar yang tinggi, cantik, menarik dan memberi kesan keserasian dengan keadaan topografi. 

  1. Skim Warna dan Tanda 

Skim warna mestilah dikawal dan ‘of pastel shades’. Lampu jalan dan perabut jalan mestilah melambangkan cirri ‘high tech’ taman berkenaan.  

  1. Perhubungan dan Telekomunikasi

Ruang ‘duct’ yang mencukupi mestilah disediakan  bagi menampung pemasangan perkakas elektrik.  

    1. Perancangan Tapak 

        Parameter Perancangan

        Pembangunan Keseluruhan

        Lot Persendirian

        ( Kawasan Tapak Bersih )

        Nisbah plot:

        Kepadatan tinggi

        2.5 maksima

        Nisbah plot purata lot individu =

        Nisbah plot keseluruhan x

        ( Kawasan pembangunan kasar/

        jumlah kawasan tapak bersih ).

        Kepadatan sederhana

        2.0 maksima

        Perbezaan + - 10% dari purata

        Nisbah plot

        Kepadatan rendah

        0.8 maksima

         
         

        Zon pembuatan, nisbah plot mestilah tidak melebihi 2.0. Kawasan penyelidikan dan pembangunan nisbah plot tidak melebihi 0.8.

         

        Ketinggian Bangunan

        Kepadatan Tinggi

         

        8 tingkat maksima

         

        Kepadatan Sederhana

        5 tingkat maksima

        Seperti di atas

        Kepadatan Rendah

        3 tingkat maksima. Ketinggian tiap tingkat ialah 6 meter.

         

        Litupan Bangunan

        70% kawasan plinth yang dibenarkan

        35% maksimum untuk lot

        penyelidikan dan pembangunan.

        Landskap

        40% dari kawasan pembangunan (Kasar)

         

        Keseluruhan Kawasan Hijau

        (Awam Dan Persendirian)

           

        Kawasan Hijau Persekitaran

        10% minima dari kawasan pembangunan

        (kasar)

        25% dari lot industri dan 30% minima dari lot penyelidikan dan pembangunan

        Zon Penampan

         

        5 meter minimum zon penampan.

      viii.    Tempat Letak Kenderaan dan Punggah Memunggah 

       

      1. Bagi semua jenis pembangunan keperluan minima untuk satu  tapak punggah memunggah ialah bagi setiap 2,000 meter  persegi kawasan lantai kasar.

    ix.   Penampan Di Jalanraya

      Hierarki Jalan/Ketinggian

      Lebar Minima

      Spesifikasi Penampan (m)

      Pembangunan

      Penampan (m)

      Hijau

      Fizikal

      Kategori A

      Jalan utama (40mm rizab dan lebih)

      Melebihi 3 tingkat

      Hingga 3 tingkat

       

       

      15

      10

       

       

      10

      5

       

       

      5

      5

      Kategori B

      ‘Arterial road’ (30m – 40m rizab)

      Melebihi 3 tingkat

      Hingga 3 tingkat

       

       

      10

      7

       

       

      5

      5

       

       

      5

      5

      Kategori C

      ‘Collector road’ (20m – 30m rizab)

      Melebihi 3 tingkat

      Hingga 3 tingkat

       

       

      7

      5

       

       

      5

      5

       

       

      2

      2

      Kategori D

      ‘Minor road’ (kurang 20m rizab)

      Semua jenis pembangunan

       

       

      5

       

       

      5

       

      Anjakan ke sempadan lot individu

      Hingga 3 tingkat

       

      5m (tepi dan belakang sempadan)

       

       

       

      Melebihi 3 tingkat

      6m (tepi dan belakang sempadan)

         
    1. Blok industri tidak melebihi 120 meter panjang dan 6m – 12m   (20 kaki – 40 kaki) diantara hujung dan jalan ‘service’ seluas   4.5m (14.8 kaki) lebar disediakan;

    2. Saiz minima  lot industri ialah 0.4 hektar (1 ekar) hingga 3  hektar (7.4 ekar) dan 30 peratus di asingkan untuk lot yang  lebih kecil; 

    3. Minimum frontage’ seluas 45m (148 kaki) dengan purata  60m – 80m (197 kaki hingga 262 kaki) Panjang lot kecil tidak  melebihi 150m (492 kaki). Bagi lot bersaiz besar yang  melebihi 2 hektar (4.9 ekar), Panjang lot mestilah tidak melebihi 250 m (820 kaki); dan

    4. Sebuah masjid diperlukan bagi menampung 25,000 pekerja dan rizab disediakan bagi bukan islam

    6.3    Industri Perkhidmatan Pusat Servis Kereta dan Bengkel

    Industri Perkhidmatan Pusat Servis Kereta dan Bengkel tidak termasuk industri membaiki kerosakan kereta dan motosikal secara kecil-kecilan. Industri jenis ini boleh ditempatkan di dalam zon perumahan sebagai kemudahan sokongan kepada penduduk setempat.

    Komponen-konponennya adalah Pembaikan, Pemasangan atau gantian alat-alat kecil kereta dan motosikal.

    1. Asas Perancangan Pusat Servis Kereta dan Bengkel 

    1. Lokasi yang strategik dalam zon perindustrian terletak di kawasan pembangunan dan tidak jauh dari pusat pembangunan sedia ada;

    2. Kedudukan tapak hendaklah mudah dihubungi dengan jalan utama;

    3. Keadaan bumi dan tapak yang tidak menyulitkan proses pembangunan fizikalnya;

    4. Sedia terdapat kemudahan berasas dan infrastruktur lain seperti Bekalan air, Bekalan elektrik dan telekomunikasi di kawasan persekitaran; dan  

    5. Tapak industri perlulah mengikut Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

    1. Saiz minimum skala kecil ialah 2 hektar (5 ekar) dan skala  sederhana ialah 4 hektar (10 ekar) 

    2. Komponen pusat servis  

    · Pusat servis enjin;
    · Pembaikan;
    · Pemasangan;
    · Pencucian dan mengecat;
    · Pencucian kenderaan;
    · Servis dan membaiki kenderaan berat; dan
    · Kenderaan siap. 

     iv.    Susunatur

    6.4    Taman Perdagangan (Business Parks)

    1. Asas Perancangan Taman Perdagangan 

    1. Pembangunan Taman Perdagangan dibenarkan di tapak yang mempunyai kemudahan sokongan yang baik, seperti kemudahsampaian ke pengangkutan awam, kawasan perumahan dan rekreasi yang berkualiti tinggi dan berhampiran dengan institusi pengajian tinggi yang utama;

    2. Taman Perdagangan yang berintensiti tinggi perlu diletakkan berhampiran dengan pusat perdagangan serta laluan ‘Rapid Transit’ (LRT) kerana ia merupakan pusat utama pekerjaan; dan

    3. Tapak-tapak yang terpilih yang mempunyai kemudahan-kemudahan berdekatan dengan hospital lapangan terbang boleh dibangunkan sebagai Taman Perdagangan yang khusus (specialised) seperti ‘medical park’ atau ‘aviation park’

    ii.    Kegunaan dan Aktiviti Taman Perdagangan
          
    (Lampiran 1 & 2) 
       

    1. Aktiviti Utama – Kegunaan berikut menggunakan 60 peratus dari keluasan lantai   iaitu: 

    1. Aktiviti Sokongan – Menggunakan 40 peratus atau kurang keluasan lantai iaitu:

    · Pejabat; 
    · Kemudahan Rekreasi; 
    · Pusat Penjagaan Kanak (Creche);  
    · Klinik Dalam Kawasan;  
    · Pejabat dan Stor Pengendalian 
    · Kemudahan Keselamatan 
    · Bilik Pameran; 
    · Kantin; dan 
    · Gudang dan Stor  

    c.   Kegunaan-Kegunaan

    · Perkhidmatan untuk orang awam; dan 
    · Runcit

    iii. Perancangan Tapak Taman Perdagangan

    Bil.

    Parameter

    Pembangunan
    Perniagaan Keseluruhan
    (BP)

    Lot Individu
    (Kawasan Tapak Bersih)

    1. Kawasan Pembangunan Kasar 10 Ha (Min) Tiada Saiz
    Lot Minima

     

    2.

     

    Nisbah Lot

    Intensiti tinggi BP

    Intensiti Sederhana BP




    Intensiti Rendah BP



     

     

    2.0 (maksima)

    1.0 (maksima)





    0.6 )maksima)
    Untuk kes berkecuali/luar biasa
    nisbah lot kawasan intensiti rendah di kawasan nilai alam sekitar yang tinggi tidak membenarkan melepasi 0.4

     



    Purata Nisbah
    Lot Individu
    Av PR = Keseluruhan BP
    Nisbah Lot X
    Kawasan Pembangunan (kasar)
    ____________________
    Jumlah kawasan tapak (bersih)

    A + 10% variasi
    AvPR dibenarkan
    Jarak nisbah lot
    - 0.9 AvPR
    hingga 1.1 AvPR

    3.

    Ketinggian Bangunan

    Intensiti tinggi BP
    Intensiti sederhana 
    BP Intensiti rendah BP



    8 tingkat (maksima)
    5 tingkat (maksima)
    3 tingkat (maksima)
    (maksimum ketinggian lantai
    ke lantai = 5m)



    8 tingkat (maksima)
    5 tingkat (maksima)
    3 tingkat (maksima)
    (maksimum ketinggian lantai
    ke lantai = 5m)

    4.

    Landskap

    Jumlah kawasan hujan (awam dan persendirian)

    Kawasan hijau persendirian

    Kawasan hijau awam

    Kawasan hijau persendirian


    Sempadan kawasan hijau
    dengan buffer dalam kawasan lot (setiap bahagian)




    40% (Minimum dari kawasan
    pembangunan)

    10% (minimum) dari kawasanpembangunan

    15% (maksimum) dari kawasan
    pembangunan


    -


    -

     

     

     

     

     

     

     

    30% (minima) dari lot individu

    6m (minima)

    5.

    Kemudahan Letak Kereta

     

    1 lot per 250m persegi kawasan
    lantai (minima)

    6.

    Pusat Fasarana/Amenity
    Kemudahan/Kegunaan
    Bersangkutan

    Perletakan Kawasan Lantai Di
    Tengah Untuk Pusat Fasarana
    100m persegi kasar kawasan lantai(maksima) setiap 1000m persegi GFA pembangunan taman perniagaan untuk kegunaan seperti dinyatakan diseksyen 4(f)

    40% atau kurang dari kawasan lantai untuk kemudahan kegunaan bersangkutan yang dibenarkan seperti dinyatakan di lampiran 1.


    | e-Garispanduan | Laman Utama Garis Panduan |