3.0   SISA TOKSID DAN BERBAHAYA

 

3.1   Identifikasi/Klasifikasi

 

Jenis-jenis bahan buangan berjadual dan berbahaya adalah dikategorikan kepada kumpulan A, B, C, H, K, T, X dan Z seperti berikut:-[1]

Kumpulan

Jenis Buangan

 

 

A  

‘Mineral Oil Wastes

Wastes containing mineral oil, hydraulic oil, heat transfer oil, drilling oil, cutting oil from oil traps, oil contaminated soil and other non-pumpable mineral oil wastes’.

B 

‘Organic Chemical Wastes

Containing halogen or sulphur.

Pumpable waste containing halogenated solvents such as trichloroethylene, tetrachloroethylene, chloroform, chloroethene, gendklene and freons”.

 

‘Other Organic Chemical Wastes
Containing halogen or sulphur
Including PCB and PCT – containing wastes such as capacitors’.

     

C   

‘Organic Solvent Wastes

Without halogen or sulphur <1%

Pumpable wastes containing >50% solvents as main part such as petrol, turpentine, benzene, toluene, xylene, ethanol, propanol, acetone, MIBK, MEK, ethylacetate, butylacetate’.

  

H

‘Organic Chemical Wastes

Without halogen or sulphur

Obselete paint, distillation residues, organic chemical by products tar, frying oil, organic acids an their salts, glue wasted, used developing baths, alkaline cyanide-free degreasing baths, grease, soaps wastes’.

K

‘Wastes containing Mercury

COD liquids, mercury batteries, seed corns, treated with organic mercury compounds’.

 

T  

‘Pesticides Wastes
Insecticides, fungus and weed killers, rodenticides, treated seed corn and empty containers from pesticides’.

X

‘Inorganic Chemical Wastes

Obsolete pickling baths, galvanic baths, metalhydroxide sludge, wastes from regeneration of ion-exchangers, contaminated sulphuric, hydrochloric and nitric acids, chliche salts, sodium hydroxide, alkaline cyanide containing degreasing baths, hardening salts’.

 

Z

‘Other Wastes
Isocyanates (MDI and TDI), medicine wastes, acid sludges, lab-packs, spray bottles, wastes from private households, batteries, pressure bottles and wastes’.

                                        

3.2        AKTA DAN GARIS PANDUAN SEDIA ADA

 

Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telah dipertanggungjawabkan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan-peraturan dibuat di bawahnya untuk mengawal hal-hal mengenai pencemaran di Malaysia.

Peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perintah dan peraturan mengenai buangan bahan berjadual telah digubal dan seterusnya diwartakan pada 27 April 1989 dan dikuatkuasakan mulai 1 Mei 1989.

 

Perintah dan peraturan-peraturan ini telah memberi 15 peruntukan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk mengawal pengeluaran, penstoran, pengangkutan, pemerolehan kembali, pengolahan/pemusnahan dan pelupusan buangan terjadual melalui beberapa garis panduan:

 

  1.  Garis panduan prosedur mengeksport Buangan Berjadual

  2. Garis panduan bagi mengimport Buangan Berjadual; dan

  3. Garis panduan bagi penstoran Buangan Berjadual.

 

Di dalam seksyen 34A, perkara 18(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah menggariskan jenis-jenis rawatan dan pelupusan bahan berjadual dan berbahaya iaitu:

 

  1.  Pembinaan loji pembakaran (incineration plant)

  2. Pembinaan loji pengolahan air buangan (waste water treatment plant off site).

  3. Pembinaan kemudahan penimbusan tanah selamat (secure landfill facility); dan

  4. Pembinaan kemudahan penstoran luar tapak storage facility off site.

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) termasuk menerima pakai Akta A 933 (tree preservaton order) dan Kajian Penilaian Kesan Kertas Kerja Alam Sekitar (EIA) disediakan sebelum sesuatu perancangan tapak pelupusan sisa toksid dipertimbangkan.

3.3        Isu dan Masalah

 

  1. Kurangnya kemudahan pelupusan bahan buangan di dalam  atau di luar kawasan industri yang mencukupi dan cekap;

  2. Jumlah sisa toksid dan berbahaya yang dihasilkan oleh industri di Malaysia dianggarkan sebanyak 417,000 tan metrik setahun dan akan meningkat di antara 8-9% setahun;

  3. Pendedahan manusia dan alam sekitar kepada bahaya bahan radio aktif;

  4. Pelupusan yang dilakukan dengan cara yang tidak dikawal dan diawasi dengan teliti dan teratur akan meninggalkan kesan negatif jangka panjang;

  5. Kelahiran kilang-kilang haram dan berbahaya dan tidak terkawal menambahkan beban masalah pencemaran di kawasan bandar; dan

  6. Tidak ada suatu garis panduan yang komprehensif berhubung dengan pembuangan bahan terjadual dan berbahaya.

 

Penghasilan sisa bahan buangan terjadual yang semakin meningkat di antara 8-9% setahun telah menimbulkan banyak masalah terutamanya:

 

i.     Masalah Penyimpanan Sisa Toksid

Amalan masa kini, sisa toksid dan berbahaya di Malaysia akan dirawat oleh industri berkaitan dengan dilupus secara kambus tanah, dieksport ataupun disimpan di premis masing-masing.

Disebabkan tidak semua industri di Malaysia mempunyai loji pelupusan sisa toksid dan berbahaya terutamanya bagi industri kecil, maka sisa yang dihasilkan terpaksa disimpan  sementara menunggu pusat pelupusan sisa toksid di Bukit Nenas beroperasi.

Dianggarkan jumlah simpanan sisa toksid ini kini telah meningkat kepada 125,000 tan metrik sejak dari tahun 1987 hingga 1994.[2]  Hal ini menimbulkan banyak masalah terutama dari segi ruang simpanan yang terhad.

 

ii.

Masalah Pengendalian Sisa Toksid  

Sisa toksid dan berbahaya perlu dikendalikan dengan baik terutamanya dari segi teknik penyimpanan yang selamat dan mengelakkan kebocoran termasuklah dari segi pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan.

 

3.4

Prinsip Perancangan untuk Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal  

  1. Keselamatan – Penggunaan tapak pelupusan memberi keselamatan sepanjang masa dan tiada kesan negatif kepada alam sekitar sama sekali;

  2. Berwawasan – Diwujudkan zon khas untuk tapak pelupusan sisa toksid dan sisa pepejal;

  3. Pemeliharaan – Pembangunan dalam kawasan tadahannya dikawal; dan 

  4. Cukup dan Effisyen – disediakan kemudahan yang selamat, selesa dan menarik.

 

| e-Garispanduan | Laman Utama Garis Panduan |