6.0       KEMUDAHAN KESIHATAN  

Kemudahan kesihatan merangkumi Hospital, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.  Kemudahan ini disediakan mengikut hierarki di peringkat negeri, daerah dan tempatan. 

Dasar pelaksanaan kesihatan adalah untuk menggalakkan dan menjamin masyarakat sihat dari segi fizikal dan mental.  Kemudahan kesihatan disediakan bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan.

6.1        Garis Panduan Umum  

Berdasarkan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat, beberapa garis panduan umum disediakan yang merangkumi:

6.1.1    Perancangan Tapak

  1. Kemudahan kesihatan mestilah disediakan mencukupi mengikut hierarki iaitu:

    1. Hospital – merangkumi hospital besar, hospital daerah dengan pakar dan hospital daerah tanpa pakar, disediakan di peringkat negeri dan daerah;

    2. Klinik kesihatan disediakan di peringkat tempatan; dan

    3. Klinik desa disediakan di peringkat penempatan kecil (kawasan luar bandar).

  1. Perancangan jenis Kemudahan Kesihatan hendaklah mengikut kawasan dan tadahan penduduk seperti di Jadual 6.2.

  2. Perletakan kemudahan kesihatan perlulah sesuai, iaitu mudah sampai kepada penduduk dan mengambilkira kualiti alam sekeliling dan selamat kepada masyarakat;

  3. Tapak kemudahan kesihatan mestilah dihubungi oleh rangkaian jalan dan berdekatan pusat pengangkutan awam;

  4. Lokasi Hospital tidak seharusnya di pusat bandar untuk mengelakkan kesesakan lalulintas;

  5. Perletakan Hospital adalah tidak bersesuaian di kawasan yang terlalu bising dan ada pencemaran; dan

  6. Perancangan tapak kemudahan kesihatan mestilah selaras dengan Cadangan dan Strategi Pembangunan dalam Rancangan Tempatan dan Pelan Susunatur yang telah diluluskan oleh Pihakberkuasa Negeri.

6.1.2    Keluasan dan Saiz Minimum Tapak

  1. Saiz minimum kemudahan kesihatan berbeza mengikut hierarki (lihat Jadual 6.2).

  2. Saiz lot perlu mencukupi bagi menyediakan bangunan utama, tempat letak kenderaan, landskap dan kemudahan sokongan serta untuk pembesaran komponen.

  3. Keluasan tapak kemudahan kesihatan perlu mencukupi dengan mengambilkira kawasan untuk perancangan aktiviti dan komponen yang diperlukan (lihat Jadual 6.1).

6.1.3    Rekabentuk dan Susunatur

  1. Rekabentuk kemudahan kesihatan mestilah rekabentuk yang berfungsi sebagai pusat rawatan untuk semua golongan.  Bangunan perlulah melambangkan kesejahteraan;

  2. Rekabentuk seharusnya berasaskan susunan ‘nuklias’ yang mengambilkira fungsi dan pergerakan antara bahagian untuk memastikan pergerakan pesakit dan pasukan pegawai perubatan tidak dihalang;

  3. Rekabentuk juga perlu mengambilkira keperluan bagi rawatan kecemasan seperti laluan bagi kenderaan kes kecemasan;

  4. Kemudahan kesihatan perlu direkabentuk dengan seni budaya tempatan yang bersih, teratur dan indah serta mewujudkan satu taman masyarakat (community garden);

  5. Sirkulasi bagi kemudahan ini hendaklah lancar dan teratur serta mempunyai lintasan laluan pejalan kaki yang selamat dan mengambilkira orang kurang upaya, orang tua dan kanak-kanak;

  6. Susunatur kemudahan ini perlu menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi dan tempat letak kereta khas untuk golongan kurang upaya ditempatkan di lokasi yang bersesuaian;

  7. Rekabentuk bangunan hendaklah memastikan pengedaran udara yang bebas dan bahan binaan bangunan untuk dinding dan lantai hendaklah menggunakan jenis yang mudah dibersih dan mengikut tahap ‘hygiene’;

  8. Mempunyai ruang ‘exit’ yang selamat jika berlaku kebakaran.

  9. Rekabentuk dan susunatur kemudahan ini perlu mengambilkira kemudahan kepada golongan kurang upaya seperti menyediakan laluan khas ‘ramp’; dan

  10. Rekabentuk bangunan untuk hospital swasta hendaklah mengikut keperluan ‘Private Hospital Act (Act 43)’ 1971.

JADUAL  6.1:    KOMPONEN KEMUDAHAN KESIHATAN

HOSPITAL

KLINIK KESIHATAN

KLINIK DESA

-

Bilik Rawatan / Pemeriksaan dan  Bilik Consultation  

-

Bilik Pembedahan

-

Bilik X-ray  

-

Makmal    

-

Pusat Kecemasan    

-

Farmasi  

-

Tempat Pendaftaran dan Ruang Tamu  

-

Wad Pesakit    

-

Pusat Pemulihan (Day Care)

-

Nursery    

-

Kantin/Cafetaria    

-

Mortuary (Rumah Mayat)   

-

Dapur    

-

Bilik Laundry

-

Bilik Rehat    

-

Surau    

-

Bilik Utiliti dan Perkhidmatan

-

Bilik Air dan Tandas  

-

Tempat Riadah/Ruang Landskap    

-

Tempat Letak Kereta

-

Tempat menunggu/Pick-up Point

-

10% Kawasan untuk tanah lapang  

-

Bilik Rawatan / Pemeriksaan dan  Bilik Consultation    

-

Tempat Pendaftaran dan Bilik Tamu

-

Bilik X-ray    

-

Makmal  

-

Farmasi    

-

Bilik Rehat    

-

Bilik Utiliti dan Perkhidmatan

-

Bilik Air dan Tandas    

-

Tempat Sembahyang

-

Tempat Riadah/Ruang Landskap  

-

Tempat Letak Kereta  

-

Tempat menunggu/Pick-up Point

-

Pusat Pemulihan  

   

 

-

Bilik Rawatan/Pemeriksaan 

-

Farmasi  

-

Tempat Pendaftaran dan Bilik Tamu  

-

Bilik Utiliti dan Perkhidmatan    

-

Bilik Air dan Tandas

-

Bilik Rehat

-

Tempat Sembahyang  

-

Tempat Riadah/Ruang Landskap  

-

Tempat Letak Kereta  

 

 

6.1.4    Kemudahan Sokongan

  1. Penyediaan kemudahan tempat persinggahan dan ruang rehat pelawat dan orang yang terlibat menjaga pesakit adalah digalakkan;

  2. Kemudahan kesihatan perlu menyediakan ruang atau taman untuk beriadah yang berkonsepkan laman untuk bersiar-siar dalam kawasan yang selamat;

  3. Kiosk keperluan harian dan pusat maklumat perlu disediakan untuk memberi kemudahan kepada pesakit dan pelawat;

  4. Kemudahan kesihatan perlu menyediakan pusat rawatan ibu dan kanak-kanak yang tersusun dan kemudahan ‘telemedicine’ bagi penduduk terpencil;

  5. Kemudahan kesihatan mestilah mempunyai infrastruktur sokongan seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi kemudahan ‘cyber’ dan lain-lain; dan

  6. Kemudahan kesihatan perlu dilandskap untuk mengindahkan persekitaran dan memberi suasana yang ceria dan nyaman kepada pesakit dan pelawat.

6.2         Piawaian    

6.2.1

Hospital

i.

Kawasan Tadahan

-

Satu (1) Hospital Besar disediakan di setiap negeri.

-

Satu (1) Hospital Daerah disediakan di setiap daerah dengan penduduk minimum 38,000 hingga 375,000 penduduk.

-

Terdapat 2 jenis Hospital Daerah iaitu:  Hospital mempunyai pakar dan Hospital tanpa pakar.

ii.

Keluasan Minimum Tapak

Keluasan minimum tapak bergantung kepada jenis hospital, iaitu 12 hektar untuk hospital 76 katil hingga 75 hektar untuk hospital 750 katil mengikut keupayaan dan keperluan.

iii.

Tempat Letak Kereta

Satu petak setiap 5 katil atau 1 petak setiap 3 kakitangan pentadbiran dan teknikal atau 1 petak setiap kakitangan profesional.

6.2.2

Klinik Kesihatan

i.

Kawasan Tadahan

Penduduk tadahan untuk klinik kesihatan ialah di antara 15,000 hingga 20,000 penduduk.

Terdapat 3 jenis klinik kesihatan:

  • Jenis I untuk 800 hingga 1,000 pesakit sehari taman masyarakat (community garden)

  • Jenis II untuk 500 hingga 800 pesakit sehari

  • Jenis III untuk 500 hingga 800 pesakit sehari

ii.

Keluasan Minimum Tapak

Keluasan minimum tapak bagi setiap Klinik Desa ialah 0.2 hektar atau 0.5 ekar.

iii.

Tempat Letak Kereta

Satu (1) petak setiap 3 kakitangan pentadbiran dan teknikal, 

Satu (1) petak setiap kakitangan profesional.

6.2.3

Klinik Desa

i.

Keluasan Minimum Tapak

Keluasan minimum tapak bagi setiap Klinik Desa ialah 0.2 hektar atau 0.5 ekar.

ii.

Tempat Letak Kereta

Satu (1) petak setiap 3 kakitangan pentadbiran dan teknikal,

Satu (1) petak setiap kakitangan profesional.

Piawaian perancangan kemudahan kesihatan mengikut hierarki adalah seperti di Jadual 6.2.

JADUAL 6.2 :  PIAWAIAN KEMUDAHAN KESIHATAN

Bil.

Jenis

Jumlah Penduduk

Keluasan hektar/ekar

1.

Klinik Desa

4,000 – 5,000

0.2/0.5

2.

Klinik Kesihatan:
Jenis I, II dan III

15,000 – 20,000

2.0/5.0

3.

Hospital:

750 katil
250 katil
100 katil
76 katil

2 katil/1,000:

375,000
375,000
50,000
38,000

 

30.0/75.0
18.0/45.0
12.0/30.0
12.0/30.0

4.

Klinik Pergigian

Tiap-tiap Klinik Kesihatan

-

5.

Institut Telemedic

Mengikut keperluan

-

6.

Hospital Rujukan
(Referal Hospital)

Mengikut keperluan

-

Sumber:  Kementerian Kesihatan 1998

rajah 5.1 : contoh pelan susunatur hospital

| e-Garispanduan | Kemudahan Masyarakat |