9.0
KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Perkhidmatan Bomba disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Fungsi dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berdasarkan
peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341).
Penyediaan Perkhidmatan Bomba di peringkat negeri dan daerah disalurkan
melalui balai-balai bomba 3 bay dna 2 bay.
Perkhidmatan yang disediakan ialah khidmat kebombaan dan penyelamatan
kepada masyarakat.
9.1
Garis Panduan Umum
Berdasarkan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat, beberapa garis
panduan umum disediakan yang merangkumi:
Perancangan Tapak
Keluasan Minimum Tapak
Rekabentuk dan Susunatur; dan
Komponen Balai Polis
9.1.1 Perancangan Tapak
Perancangan Tapak kemudahan bomba hendaklah berdasarkan fungsi dan hierarki perbandaran dan hierarki kemudahan ini seperti berikut:
Balai Bomba 2 bay (balai 2 petak dengan 2 keluaran jentera atau lebih); dan
Balai Bomba 3 bay (balai 3 petak dengan 6 keluaran jentera atau lebih).
Perancangan tapak kemudahan bomba juga berdasarkan kadar pembangunan sesuatu kawasan: bagi daerah yang besar sepatutnya mempunyai lebih dari satu balai cawangan;
Tapak balai bomba perlu ditempatkan di lokasi yang strategik dan ideal supaya perlindungan kebakaran dapat diberikan secara optimum;
Lokasi kemudahan ini tidak sesuai berhampiran dengan sekolah, stadium, dewan orang ramai dan lain-lain tempat perhimpunan;
Tapak kemudahan ini tidak sepatutnya di kawasan rendah seperti berhampiran sungai;
Perancangan tapak kemudahan bomba hendaklah mengutamakan faktor keselematan iaitu tapak mestilah mempunyai laluan khas keluar masuk kenderaan bomba yang tidak mewujudkan bahaya kepada pengguna jalanraya terutama kanak-kanak dan murid sekolah; dan
Perancangan tapak kemudahan bomba mestilah selaras dengan Cadangan dan Strategi Pembangunan dan Pelan Susunatur yang telah diluluskan oleh Pihakberkuasa Negeri.
9.1.2 Keluasan dan Saiz Minimum Tapak
Keluasan kemudahan bomba berdasarkan kepada hierarki Balai Bomba adalah seperti berikut:
Balai Bomba 2 bay memerlukan 3 – 5 ekar; dan
Balai Bomba 3 bay memerlukan 5 – 10 ekar
Keluasan kemudahan bomba hendaklah mencukupi untuk merangkumi komponen berikut:
Bangunan Balai
Padang Kawad
'House Tower'
Bangunan Rumah Asap
Bangunan Dewan Serbaguna
Bangunan Surau
Bangunan Bengkel
Rumah Kakitangan
Padang Rekreasi
Bangunan Persalinan Operasi
Depot Minyak
Bangunan Tempat Simpanan Barang-barang Kes Penguatkuasa
Bangunan Simulasi dan Latihan
Tempat Letak Kereta; dan
Kawasan simpanan untuk tambahan projek bangunan akan datang.
Keluasan tapak mestilah mencukupi untuk pembangunan akan datang.
9.1.3 Rekabentuk dan Susunatur
Susunatur dan Rekabentuk bangunan kemudahan bomba mestilah teratur dan mempunyai jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan untuk memastikan tindakan dapat diambil dengan pantas sekiranya berlaku kebakaran;
Rekabentuk bangunan hendaklah mengutamakan fungsi dengan (mengambilkira hubungan antara komponen utama untuk memastikan) pergerakan yang cekap dan pantas;
Balai Bomba perlu dilandskapkan dengan landskap yang sesuai untuk mengindahkan kawasan sekeliling; dan
Rekabentuk hendaklah sesuai dengan iklim tempatan dengan menggunakan bahan binaan tempatan yang mempunyai daya tanah dan senang untuk diselenggarakan.
9.2
Piawaian
Piawaian bagi kemudahan Balai Bomba sama ada 2 petak atau 3 petak adalah
berdasarkan kepada pengkelasan risiko yang mengambilkira kepadatan penduduk,
jenis gunatanah dan kategori bandar seperti di Jadual 9.1.
JADUAL 9.1 : PIAWAIAN
KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
|
KELAS
RISIKO |
KRITERIA
PERANCANGAN |
KATEGORI
BALAI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RAJAH 9.1 : CONTOH PELAN SUSUNATUR BALAI BOMBA
| e-Garispanduan | Kemudahan Masyarakat |