10.0       DEWAN ORANG RAMAI

Dewan orang ramai merupakan keperluan penting masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi.  Ia juga berfungsi sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.  Selain itu, dewan orang ramai digunakan sebagai pusat untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen kesihatan, aktiviti penerangan dan sebagainya.

Penyediaan dewan orang ramai adalah berdasarkan kepada fungsi, kepadatan penduduk dan jarak lingkungan kemudahan ini.

Terdapat 3 jenis dewan orang ramai (umum) iaitu balai raya, dewan orang ramai dan dewan serbaguna.  Balai raya didapati di kawasan luar bandar manakala Dewan Orang Ramai dan Dewan Serbaguna didapati di kawasan bandar.

 

10.1       Garis Panduan Umum

Berdasarkan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat, beberapa garis panduan umum disediakan yang merangkumi:

 

10.1.1    Perancangan Tapak

  1. Perancangan tapak dewan orang ramai hendaklah berdasarkan kepada fungsi dan hierarki perbandaran seperti ibu negeri, daerah, pusat tempatan dan pusat pertumbuhan desa;

  2. Lokasi dewan orang ramai perlulah di tempat yang mudah dikunjungi oleh penduduk setempat;

  3. Dewan orang ramai sesuai ditempatkan berhampiran kemudahan masyarakat lain seperti surau, padang, pusat kesihatan dan sebagainya;

  4. Kawasan yang mudahsampai dan dihubungi dengan pengangkutan awam;

  5. Lokasi dewan orang ramai mestilah tidak bercanggah dengan aktiviti gunatanah berdekatan; dan

  6. Perancangan tapak kemudahan dewan orang ramai mestilah selaras dengan Cadangan dan Strategi Pembangunan dalam Rancangan Tempatan dan Pelan Susunatur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

 

10.1.2    Keluasan dan Saiz Minimum Tapak

  1. Keluasan tapak dewan orang ramai mestilah mencukupi untuk pembangunan akan datang;

  2. Keluasan tapak dewan orang ramai adalah berdasarkan kepada jenis dan fungsi iaitu antara 0.1 hektar hingga 0.6 hektar; dan

  3. Keluasan dewan orang ramai hendaklah mengambilkira ruang yang secukupnya untuk aktiviti-aktiviti tertentu seperti berikut;

    1. kelas tadika;

    2. perpustakaan atau bilik bacaan;

    3. kelas untuk orang dewasa;

    4. majlis sosial seperti majlis perkahwinan;

    5. bilik pameran; dan

    6. bilik mesyuarat;

  4. Keluasan kemudahan ini juga berkaitan dengan komponen utama dewan orang ramai yang akan disediakan seperti berikut;

    1. dewan;

    2. pentas;

    3. bilik persalinan;

    4. pejabat;

    5. stor;

    6. tandas;

    7. tempat letak kereta;

    8. ruang landskap; dan

    9. bilik sembahyang

     

10.1.3    Rekabentuk dan Susunatur

  1. Rekabentuk dewan orang ramai mestilah melambangkan budaya tempatan dengan menggunakan bahan binaan tempatan;

  2. Rekabentuk kemudahan ini hendaklah sesuai dengan fungsi dan aktiviti yang akan dijalankan atau rekabentuk yang mudah dan fleksibel supaya boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti;

  3. Rekabentuk dewan orang ramai juga seharusnya yang mudah diselenggara, sesuai dengan iklim tempatan dan menggunakan bahan binaan yang berdaya tahan;

  4. Dewan orang ramai mestilah dilengkapi dengan kemudahan sokongan iaitu tempat letak kereta yang mencukupi dan landskap yang memerlukan penyelenggaraan yang rendah; dan

  5. Rekabentuk bangunan dan struktur hendaklah mengikut garis kontor dan meminimumkan kerja ‘potong dan tambak’ serta berintegrasi dengan landskap semulajadi.

10.2        Piawaian  

Piawaian bagi Balai Raya, Dewan Orang Ramai dan Dewan Serbaguna adalah seperti berikut:

 

10.2.1    Balai Raya

Balai raya didirikan di dalam kawasan kampung dan kawasan bandar untuk memenuhi kehendak kemasyarakatan.  Ia berfungsi sebagai tempat berkumpul untuk masyarakat setempat mengadakan perjumpaan sosial;

Balai raya mengandungi sebuah dewan, setor, bilik sembahyang dan tandas.  Ia memberi khidmat kepada gabungan 2 atau 3 kampung sementara di dalam kawasan bandar, ianya secara umumnya ditempatkan di kawasan perumahan kos rendah.

  1. Kawasan Tadahan

    1. Satu (1) balai raya untuk 200-1000 orang di kawasan perkampungan atau 1 balai raya untuk 1000-3000 orang di kawasan bandar;

    2. Jarak maksimum pejalan kaki: 400 meter (1/4 batu) atau 10 minit.  Masa maksimum memandu kereta 10 minit.

  2. Keluasan Minimum Tapak

    0.1 hektar – 0.4 hektar (0.2 ekar – 1.0 ekar)

  3. Saiz Bangunan

    Minimum 74.0 meter persegi (800 kaki persegi)

 

10.2.2    Dewan Orang Ramai

Dewan orang ramai memberi khidmat yang sama seperti balai raya, saiznya adalah lebih besar untuk menampung tadahan penduduk yang lebih besar, selalunya sebuah mukim.  Di kawasan bandar, ianya ditempatkan di dalam kawasan skim perumahan atau blok rumah pangsa tersebut.  Ia mengandungi pentas, dewan dan gelanggang permainan dalaman kecuali permainan badminton kerana siling yang rendah.  Lain-lain gelanggang permainan ditempatkan di luar bangunan.

  1. Kawasan Tadahan

    Satu (1) dewan orang ramai untuk 3,000 – 10,000 orang.

  2. Jarak Perletakan

    1. Jarak maksimum pejalan kaki:  800 meter (1/2 batu) atau 15 minit.

    2. Masa maksimum memandu kereta: 15 minit.

  1. Keluasan Minimum Tapak

    1. Saiz Lot

      0.1 hektar - 0.6 hektar (0.25 - 1.5 ekar)

    2. Saiz Bangunan

      185 -1850 meter persegi (2,000 - 20,000 kaki persegi)

     

10.2.3    Dewan Orang Ramai

Dewan Serbaguna dikenali juga sebagai dewan orang ramai tetapi saiznya adalah lebih besar dan dapat memuatkan gelanggang badminton.  

  1. Kawasan Tadahan

    Satu (1) Dewan Serbaguna untuk jumlah minimum penduduk seramai 10,000 orang.

  2. Faktor Jarak Perletakan

    Jarak maksimum pejalan kaki: 800m (1/2 batu) atau 15 minit;

    Masa maksimum memandu kereta: 15 minit.

  3. Keluasan Minimum Tapak

    Minimum 0.1 hektar (0.25 ekar)

  4. Saiz bangunan

    Minimum 315 meter persegi (3,400 kaki persegi) berdasarkan piawaian rekabentuk bangunan oleh Jabatan Kerja Raya.  Piawaian Perancangan Dewan Orang Ramai adalah seperti di Jadual 10.1.

 

JADUAL 10.1 :  PIAWAIAN DEWAN ORANG RAMAI

Komponen

Ukuran Lot (Minimum)

Balai Raya

Dewan Orang Ramai

Dewan Serbaguna

1.Dewan

7m x 11m  
(24 kaki x 36 kaki)

14m x 9.0m
(48 kaki x 32 kaki)

13.6m x 19.0m
(45 kaki x 62 kaki)

2.Pentas

-

7m x 3.5m
(24 kaki x 12 kaki)

4.4m x 4.8m
(45 kaki x 15.5 kaki)

3.*Bilik Persalinan

-

1.2m x 3.5m
(24 kaki x 12 kaki)

4.4m x 4.6m
(14.5 kaki x 15 kaki)

4.Stor

3m x 3m
(10 kaki x 10 kaki)

2.4m x 3.5m
(8 kaki x 12 kaki)

2.4m x 3m
(8 kaki x 10 kaki)

5.*Bilik Air

-

1.3m x 2.3m
(4.3 kaki x 7.5 kaki)

1.3m x 2.3m
(4.3 kaki x 7.5 kaki)

6.Pejabat

2.4m x 3m
(8 kaki x 10 kaki)

2.3m x 3.6m
(8 kaki x 12 kaki)

2.3m x 4.8m
(15 kaki x 15.5 kaki)

7.*Tandas

2.3m x 3.6m
(7.5 kaki x 12 kaki)

2.3m x 3.6m
(7.5 kaki x 12 kaki)

2.3m x 4.8m
(7.5 kaki x 15.5 kaki)

8.Bilik Sembahyang

Saiz minimum sebuah bilik

9.Ruang Landskap

Saiz yang bersesuaian mengikut luas

Keluasan Lantai

74 meter persegi
(800 kaki persegi)

185 meter persegi
(1,850 kaki persegi)

315 meter persegi
(3,400 kaki persegi)

Keluasan Keseluruhan (Lot)

0.1 hektar – 0.4 hektar

0.1 hektar – 0.6 hektar

0.1 hektar – 0.8 hektar

 

 

 

 

 

 

Nota:    *Disediakan 2 unit berasingan untuk lelaki dan wanita

RAJAH 10.1 :  CONTOH PELAN SUSUNATUR DEWAN ORANG RAMAI


| e-Garispanduan | Kemudahan Masyarakat |