13.0        KEMUDAHAN PERKHIDMATAN POS

Kemudahan perkhidmatan pos kini dikendalikan oleh Pos Malaysia Berhad.  Perkhidmatan pos telah melalui beberapa perubahan selepas proses penswastaan.  Operasi perkhidmatan pos lebih berfungsi sebagai Syarikat Swasta yang berdasarkan keuntungan dan pulangan balik.  Walau bagaimanapun, kemudahan perkhidmatan pos adalah merupakan satu perkhidmatan kemudahan awam untuk memenuhi keperluan dan kemudahan masyarakat.

Fungsi pejabat pos berbeza mengikut jenis dan perkhidmatan.  Fungsi utama Perkhidmatan Pos adalah seperti berikut:

  1. Pusat mel Pengumpulan, pengagihan dan pengedaran;

  2. Pos laju; dan

  3. Perkhidmatan Kaunter (Pejabat Pos)

Di antara perkhidmatan pos, perkhidmatan kaunter atau lebih dikenali sebagai Pejabat Pos, adalah perkhidmatan yang berkait rapat dengan orang awam.  Garispanduan ini akan merangkumi hanya perkhidmatan kaunter (Pejabat Pos).

 

13.1    Garispanduan Umum

13.1.1    Perancangan Tapak

  1. Perancangan tapak kemudahan ini berdasarkan bilangan penduduk, fungsi dan hierarki iaitu Pejabat Pos Besar dan Pejabat Pos;

  2. Bagi perancangan Pusat Bandar Siber (Cyber City) di lokasi yang strategik dengan dilengkapi dengan kemudahan terkini dan berteknologi tinggi;

  3. Lokasi tapak pejabat pos hendaklah mudahsampai dengan pengangkutan awam dan pejalan kaki;

  4. Bagi kawasan pusat bandar, pejabat pos perlulah ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai dan di kawasan institusi;

  5. Lokasi pejabat pos perlu ditempatkan berhampiran dengan pelanggan.  Kawasan yang sesuai adalah seperti kawasan perdagangan, pejabat dan kawasan perumahan yang berdensiti sederhana dan tinggi; dan

  6. Perancangan tapak pejabat pos mestilah selaras dengan cadangan dan strategi Pembangunan dalam Rancangan Tempatan dan strategi Pembangunan dalam Rancangan Tempatan dan Pelan Susunatur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

 

13.1.2    Keluasan dan Saiz Minimum Tapak

  1. Keluasan kemudahan perkhidmatan pos adalah berdasarkan kepada fungsi dan hierarki;

  2. Keluasan kemudahan ini perlu mengambilkira pembesaran akan datang dan penyediaan kemudahan yang berkaitan seperti tempat letak kereta; dan

  3. Kemudahan ini perlulah dilengkapi dengan landskap yang bersesuaian dan menarik.

 

13.1.3    Susunatur dan Rekabentuk

  1. Rekabentuk kemudahan perkhidmatan pos hendaklah mengikut fungsi di samping mencerminkan budaya tempatan;

  2. Sistem perhubungan bagi kemudahan ini perlulah teratur iaitu jalan keluar masuk dan pejalan kaki yang selamat;

  3. Susunatur kawasan pejabat pos hendaklah mempunyai kawasan tempat letak kenderaan yang mencukupi dan ruang landskap;

  4. Pejabat Pos yang diletak di dalam kompleks perdagangan perlu mempunyai identiti tersendiri seperti warna dan lambang yang terang;

  5. Rekabentuk dan susunatur hendaklah mengambilkira keselesaan pengguna dengan menyediakan ruang menunggu yang mencukupi dan teratur;

  6. Rekabentuk dan bahan binaan hendaklah menarik dan berdaya tahan dengan mengutamakan keselematan pengguna umpamanya bahan lantai yang tidak licin dan senang diselenggarakan; dan

  7. Rekabentuk dan susunatur pejabat pos hendaklah mengambilkira komponen pejabat pos seperti berikut:

    1. Ruang Perkhidmatan Kaunter;

    2. Ruang Pejabat/Pentadbiran;

    3. Ruang Menunggu Orang Awam;

    4. Ruang Pengagihan (sorting);

    5. Bilik Bungkusan;

    6. Stor;

    7. Bilik Air/Tandas;

    8. Bilik Rehat;

    9. Tempat Sembahyang;

    10. Tempat Letak Kereta/Kenderaan Pos; dan

    11. Ruang Landskap

13.3       Piawaian  

Piawaian kemudahan pejabat pos adalah seperti di Jadual 13.1

 

JADUAL 13.1 :  PIAWAIAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN POS

Bil.

Jenis/Klasifikasi

Kawasan Tadahan/Penduduk

Keluasan (ekar)

1.

Pejabat Pos Besar

1 Pejabat Pos Besar bagi setiap negeri 

1.0 hektar/2.5 ekar

2.

Pejabat Pos

Melebihi 15,000 penduduk bagi setiap pusat pertumbuhan 

0.3 hektar/0.75 ekar

 

RAJAH 13.1 :   CONTOH PELAN SUSUNATUR KEMUDAHAN MASYARAKAT (PEJABAT POS, PERPUSTAKAAN, DEWAN ORANG RAMAI DAN KLINIK)

| e-Garispanduan | Kemudahan Masyarakat |