2.0        LATAR BELAKANG  

Kawasan pesisiran pantai merupakan kawasan berpotensi dan menerima tekanan pembangunan yang kuat terutamanya pembangunan berkaitan dengan pelancongan, perindustrian dan pertanian (perikanan). Pembangunan ini sering dikaitkan dengan penurunan kualiti alam sekitar dan eko- sistem kawasan berkenaan.  Sehubungan dengan itu pembangunan di kawasan pesisiran perlu dirancang dan dikawal dengan teliti supaya kawasan ini boleh dibangunkan secara optimum dan berkekalan (sustainable development) di samping dapat mengurangkan gangguan eko-sistem dan masalah persekitaran.  Dengan itu satu garispanduan dan piawaian perancangan perlu disediakan untuk memandu dan memudahkan pembangunan di kawasan persisiran ini.  

Bagi tujuan kawalan pembangunan, piawaian perancangan dan garispanduan ini perlu digunapakai beserta dengan Garispanduan Kawalan Hakisan bagi Projek Pembangunan di Kawasan Pantai, Surat Pekeliling Pentadbiran Am Bil. 5, 1987 serta Dasar Pengurusan Sumber Pantai Nasional.  

Penggunaan garispanduan ini lebih tertumpu kepada kawasan yang belum dimajukan, bagi kawasan yang telah dimajukan pula tindakan- tindakan susulan perlulah dijalankan berasaskan amalan terbaik (best practice) untuk memastikan pembangunan di kawasan pesisiran tidak mendatangkan masalah seperti hakisan dan kehilangan sumber ekonomi laut.  

2.1   Fungsi dan Objektif Pengekalan dan Pemeliharaan
         Kawasan Pesisiran Pantai

Malaysia mempunyai kawasan zon pantai sepanjang 4,800km yang terdiri daripada pantai berpasir yang luas seperti yang terdapat di Pantai Timur Semenanjung dan pantai berlumpur di sebelah Baratnya.  Kawasan pantai merupakan kawasan sensitif dan mempunyai eko-sistem tersendiri di mana fungsi setiap kehidupan pantai adalah berkait rapat di antara satu sama lain.  Di antara fungsi dan objektif pengekalan kawasan pesisiran yang telah dikenalpasti ialah:

  1. Tempat kawasan pembiakan spesis marin (flora dan fauna)

  2. Tempat tinggal hidupan liar

  3. Sebagai perlindungan semulajadi dan hakisan pantai

  4. Untuk mengekal marin eko-sistem; dan

  5. Untuk mengekal estatika kawasan pesisiran

2.2    Definisi Kawasan Pesisiran Pantai

Definisi kawasan pesisiran pantai mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah:  satu kawasan pesisiran meliputi kawasan ber- sempadan 5km ke sebelah darat (back shore) dan 16.1km nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (shore front).  Kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rizab air hingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin (Rajah 1).

Rajah 1:  Definisi Kawasan Pesisiran Pantai

Pada amnya kawasan persisiran pantai (back shore) meliputi ciri-ciri berikut:  

  1. Kawasan pantai landai dan berpasir

  2. Kawasan berlumpur seperti hutan bakau dan tanah gambut (wetland)

  3. Kawasan berbukit dan curam ( > 20º dan tidak > 60m   garis kontor)

  4. Kawasan muara sungai dan sungai (sehingga kawasan yang dipengaruhi air masin); dan

  5. Pulau-pulau

Kawasan pesisiran ini adalah merupakan kawasan sensitif apabila terganggu sama ada akibat pembangunan atau secara semulajadi seperti pukulan ombak atau banjir.

2.3       Sumber dan Potensi Kawasan Pesisiran Pantai 

Di antara sumber kawasan pesisiran yang unik dan penting ialah pantai, pulau, muara sungai, hutan bakau, perairan pantai, hutan pantai dan lain hidupan yang berkaitan.  Penggunaan sumber-sumber ini perlu dirancang dan dikawal atas sebab berikut:   

  1. Ia dapat digunakan secara optimum dan berkekalan

  2. Meningkatkan estatika

  3. Menjaga keselamatan

  4. Meningkatkan pembangunan sektor pelancongan

  5. Meningkatkan ekonomi penduduk kawasan

Kawasan pesisiran juga sangat berpotensi untuk tujuan pembangunan seperti berikut:

i.    Kawasan di sebelah darat (back shore) ialah:

ii.    Kawasan dalam air (shore front) ialah:

-    Chalet dan restoran terapung

-    Marina

-   Aktiviti rekreasi air seperti ‘boating, yatching, surfing’ dan berenang.

2.4     Isu Utama Pesisiran Pantai

Aktiviti di atas jika tidak dirancang dan dikawal dengan berkesan akan mengakibatkan gangguan- gangguan berikut:

  1. Kehilangan habitat marin

  2. Menyebabkan hakisan pantai dan muara sungai

  3. Gangguan eko-sistem

  4. Kegunaan tanah yang konflik

  5. Masalah estatika atau keadaan yang tidak tersusun

  6. Pencemaran dan penurunan kualiti air; dan

  7. Peningkatan paras air laut dalam jangkamasa panjang

  8. Memusnahkan habitat hidupan air laut/payau.

Di antara sumber pantai yang penting ialah yang berkaitan dengan hutan pantai seperti hutan bakau dan hutan-hutan pantai yang lain.  Kawasan pantai ber- lumpur dan hutan bakau sangat produktif sebagai tempat tinggal bagi pelbagai jenis ikan dan binatang liar serta kerang.  Pemusnahan kawasan ini akan mengakibatkan kehilangan habitat marin tersebut.

Salah satu aktiviti yang semakin menarik minat pemaju dan bilangannya semakin meningkat ialah penebusgunaan tanah yang dijangka memberi pulangan lumayan kepada pemaju tetapi boleh memberi kesan yang sebalik kepada Negara dalam jangka masa panjang jika tidak dilakukan dengan perancangan yang teliti dan kajian yang mendalam.  Aktiviti-aktiviti ini menyebabkan masalah persekitaran apabila pemotongan bukit, pendalaman laut dan ‘offshore sandbanks’ di- ratakan.  Ia juga dikaitkan dengan kehilangan hasil ekonomi laut, hakisan pantai dan banjir di kawasan pantai.

Selain daripada kehilangan hasil ekonomi akibat daripada aktiviti penebusgunaan tanah yang tidak terkawal, kawasan pantai mengalami satu masalah yang sangat ketara dan melibatkan kos yang tinggi untuk membendungnya iaitu hakisan pantai.  Mengikut sumber dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak 73 kawasan pantai di Malaysia sedang mengalami hakisan yang kritikal.  Purata kadar terhakis (shoreline retreat) dalam lingkungan kurang dari 1 meter setahun kepada lebih dari 10 meter setahun.

Kos untuk membendung hakisan adalah sangat tinggi iaitu lebih kurang RM2 juta/km bergantung kepada jenis dan tindakan yang diambil.  Manakala tindakan membendung hakisan pula bukannya merupakan penyelesaian masalah jangka panjang kerana masalah yang sama dan di tempat yang sama boleh berulang bila-bila masa pada masa depan.  Oleh itu adalah lebih bijak penyelesaian masalah hakisan diambil melalui perancangan gunatanah yang berkesan.  Satu pengurusan zon pantai diperlukan untuk meng- hasilkan pembangunan kawasan pantai yang tersusun.

| e-Garispanduan | Kawasan Pesisiran Pantai |