10.0   SISTEM SALIRAN

10.1

Rekabentuk

Kesemua kerja rekabentuk dan pembinaan hendaklah mematuhi Piawaian dan Prosedur Rekabentuk Saliran Dalam Bandar bagi Semenanjung Malaysia (1974).

10.2 

Longkang dan Pembetung

a.

Kesemua longkang dan pembetung di dalam skim perumahan hendaklah direkabentuk bagi tempoh pulangan 5 tahun.  Bagi longkang utama, tempoh pulangan hendaklah 25 tahun;

b.

Kesemua longkang hendaklah daripada jenis konkrit sepenuhnya atau bersama dengan dinding batu kasar mengikut kesesuaian tanah.

10.3

Titik Buangan

Kesemua air permukaan daripada setiap skim perumahan hendaklah disalirkan ke titik buangan yang bersesuaian dan yang dibenarkan.  Lokasi titik buangan hendaklah mematuhi kehendak Jabatan Pengairan dan Saliran peringkat negeri atau daerah yang berkaitan.  

| e-Garispanduan | Perumahan Kos Rendah |