5.1 

Kategori dan Kegunaan Dewan Awam

Dewan awam secara umumnya diletakkan di kawaan di mana orang ramai di dalam sesebuah komuniti bertemu untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi.  Walau bagaimanapun, di dalam konteks Malaysia, berbagai jenis dewam awan telah diberi definisi yang kurang jelas dan berkemungkinan ia memberi definisi kepada jenis dewan awam yang lain.  Untuk tujuan kertas kerja ini, 3 jenis dewan awam akan dikenalpasti iaitu balai raya, dewan orang ramai dan dewan serbaguna.
Balai raya selalu didapati di kawasan luar bandar jika dibandingkan dengan dewan orang ramai dan dewan serbaguna yang lebih ketara kewujudannya di kawasan bandar.  Balai raya mengandungi sesebuah dewan, sementara dewanorang ramai memiliki dewan yang lebih besar dan pentas tetapi tidak dilengkapi dengan gelanggang badminton disebabkan siling yang rendah.  Dewan serbaguna pula, adalah yang terbesar di antara ketiga-tiganya, di mana ia kadang-kadang dapat dimuatkan dengan 3 gelanggang badminton.  Kesimpulannya, dewan serbaguna adalah yang tertinggi di dalam hierarki dewam awam, sebagai dewan sebagai fungsi sementara dua yang lain hanya sekadar dewan untuk fungsi sosial dan seumpamanya.

5.1.1 

Kategori Dewan Awam

(i)

Balai Raya

Sebuah bangunan yang didirikan di dalam masyarakat kampung dan kawasan bandar untuk memenuhi kehendak kemasyarakatan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.  Ianya sebagai tempat berkumpul untuk masyarakat setempat mengadakan perjumpaan sosial.
Balai raya mengandungi sebuah dewan dan selalunya sebuah tandas disediakan.  Ianya memberi khidmat kepada gabungan 2 atau 3 kampung sementara di dalam kawasan bandar, ianya secara umumnya ditempatkan di kawasan perumahan kos rendah. 

(ii)

Dewan Orang Ramai

Ianya memberi khidmat yang sama seperti balai raya cuma saiznya yang lebih besar untuk menampung tadahan penduduk yang lebih besar, selalunya sebuah mukim.  Di kawasan bandar, ianya selalu ditempatkan di dalam kawasan skim perumahan atau blok rumah pangsa tersebut.  Ia selalunya mengandungi pentas, dewan dan gelanggang permainan dalaman kecuali permainan badminton kerana siling yang rendah.  Lain-lain gelanggang permainan ditempatkan di luar bangunan.

(iii)

Dewan serbaguna

       

Ianya kadang-kadang dikenali juga sebagai dewan orang ramai tetapi saiznya adalah lebih besar dan dapat mengadakan gelanggang badminton.  Sebagai dewan bagi berbagai kegunaan ianya lengkap dengan pentas dan bilik persalinan.  Gelanggang untuk permainan ditempatkan di luar bangunan.  Kesimpulannya dewan serbaguna ini adalah untuk menampung keperluan rekreasi orang ramai dan tidak hanya sebagai tempat perjumpaan sosia

5.1.2  

Kegunaan Dewan Awam

Secara umumnya, dewan awam adalah tempat perjumpaan umum untuk tujuan sosial, politik, pembelajaran dan rekreasi.  Ianya juga sebagai alat untuk memupuk perpaduan di antara komuniti dan menggalakkan semangat cintakan perpaduan.  Ianya juga adalah tempat di mana orang ramai berkumpul dan mengambil bahagian di dalam lain-lain kegiatan.  Dewan awam telah dapat memberi kesan yang menggalakkan sebagai pusat untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan, pertanian, haiwan, tanaman semula getah dan lain-lain kemudahan yang memberi keuntungan kepada masyarakat.  Dengan adanya dewan ini, pegawai-pegawai kerajaan dapat memberi khidmat nasihat kepada orang-orang kampung dengan mengadakan perbincangan dan syarahan
Di antara lain, dewan awam ini juga dapat mengadakan kemudahan dan ruang untuk:

  1. Kelas untuk orang dewasa seperti kursus rumahtangga, pertanian, pemeliharaan ikan, penternakan dan lain-lain.

  2. Kelas tadika.

  3. Perpustakaan atau bilik bacaan.

  4. Kelas atau bengkel berbagai bidang.

  5. Kedai koperasi untuk perniagaan dan pusat latihan.

  6. Pertubuhan seperti kelab belia, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung dan persatuan kaum ibu untuk berjumpa atau bermesyuarat.

  7. Mengadakan kelas-kelas tambahan di waktu  malam bagi pelajar-pejajar sekolah atau untuk digunakan oleh mereka-mereka yang  mempunyai kurang kemudahan di rumah.

 | e-Piawaian | Piawaian Kemudahan Awam |