9.1       9.1   Jenis Sistem Pembetungan

9.1.1   Tandas Siram

Ini adalah sistem pembuangna najis murah yang terletak di tapak pembuangan najis.  Bekas tandas disambung kepada satu lubang dan najis akan disalurkan ke lubang ini.  Lubang yang baru perlu dikorek tiap-tiap lima tahun untuk mengganti lubang lama yang telah penuh  

9.1.2   Tangki Najis

Tangki najis disediakan untuk tiap-tiap rumah.  Najis boleh terkandung dalam tangki ini untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 24 jam dan pepejal dari najis yang tetinggal dalam tangki akan dimusnahkan oleh bakteria anaerobik.  Kekotoran yang akan bertambah banyak di tangki perlu dikeluarkan pada masa-masa yang tertentu.  Walau bagaimanapun, tangki najis persendirian ini akan diganti oleh sistem pembetungan yang berpusat pada suatu masa nanti  

9.1.3   Tangki Imhoff dengan Penapis (Filter-bed)

Ini adalah sistem pembetungan perkongsian yang boleh digunakan untuk jumlah penduduk yang kecil.  Ianya merupakan sistem yang lebih baik daripada tangki najis.  Walaupun sistem ini bukan seratus peratus memuaskan, kos pembinaan, operasi dan penyelenggaraannya adalah sederhana untuk skim perumahan yang kecil.  Biasanya sistem ini merupakan sebahagian daripada sistem pembetungan berpusat yang kecil dan boleh disambung kepada sistem berpusat yang lebih besar.  

9.1.4   Sistem Kolam Penetap (Stabilization Pond)

Ini adalah merupakan sistem pembersihan kotoran cecair secara biologi yang murah dan sesuai digunakan untuk iklim tropika.  Sistem ini terdiri daripada satu atau lebih kolam yang direkabentuk untuk menahan kotoran cecair untuk jangkamasa yang mencukupi dalam mana organisma mikro akan memecahkan kandungan-kandungan organik supaya menjadi hasil muktamad yang stabil.  Kekurangan sistem ini ialah ia memerlukan kawasan yang lebih luas jika dibandingkan dengan sistem yang lain.

9.1.5   Sistem Kolam Pengudaraan (Aerated Lagoon System)

Ia merupakan sistem kotoran cecair yang sama dengan kolam penetap melainkan punca oksigen ialah dari alat pengudaraan di permukaan atau udara yang disebbkan oleh ‘compressors’ atau ‘blowers’.  

9.1.6   Sistem Mekanikal Yang Lain

Ini termasuk ‘activated sludge’, contact stabilization’, ‘extended aeration’, ‘rotating biological contactor’ (RBC) dan sistem-sistem lain yang memakai unit-unit mekanikal.  Ini adalah sistem pembersihan biologi yang cepat dan yang memerlukan kawasan yang kurang daripada keperluan kolam penetap atau kolam pengudaraan.  Walau bagaimanpun, sistem ini memerlukan model, kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi dan kakitangan yang mahir untuk menjalankan dan menyelenggarakan sistem ini.  Oleh sebab itu, sistem-sistem ini mesti dikaji mengikut kesesuaian masing-masing.

 | e-Piawaian | Piawaian Sistem Pembentungan |