|
TERMA & SYARAT
Di bawah
adalah syarat-syarat penggunaan laman web
serta hak dan kewajipan anda semasa
mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan
di laman web ini.
Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia
merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa
anda terikat kepada syarat-syarat ini dan
dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di
antara anda sebagai pelanggan, dan kami,
bagi akses dan/atau penggunaan laman web
ini.
Syarat-syarat
ini akan menggantikan syarat-syarat
terdahulu yang anda terima atau akses
menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau
akses anda kepada perkhidmatan ini
seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan
syarat-syarat ini.
Had
Tanggungjawab
Anda dengan
jelas memahami dan bersetuju bahawa kami
tidak bertanggungjawab ke atas sebarang
bentuk kerugian, secara langsung atau tidak
langsung, yang berkaitan atau khusus,
turutan atau exemplary, termasuk tetapi
tidak terhad kepada kerugian berbentuk
kehilangan keuntungan, kepercayaan atau
kerugian tak ketara yang lain akibat
daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk
menggunakan perkhidmatan ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan
gantian berikutan pembelian sebarang
barangan, data, maklumat atau perkhidmatan
atau mesej yang diterima atau transaksi yang
dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan
dalam penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di
laman web ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan laman web ini.
Pautan
Kami boleh
menyediakan pautan kepada laman web yang
lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan
dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu,
kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman
dan sumber tersebut. Anda mengakui dan
bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab
terhadap laman dan sumber luar tersebut dan
tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab
ke atas sebarang kandungan, iklan, produk
atau bahan-bahan lain yang disediakan di
laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya
mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak
bertanggungjawab, secara langsung atau tidak
langsung, terhadap sebarang kerosakan atau
kerugian yang disebabkan oleh atau
dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan
dengan penggunaan atau pergantungan ke atas
kandungan, barangan atau perkhidmatan yang
disediakan di atau menerusi laman atau
sumber tersebut.
Penamatan
Kami boleh
menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian
perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan
mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada
bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa
sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan
berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga
menamatkan atau menggantung akaun anda yang
tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai
kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan
laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu
tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami
tidak bertanggungjawab kepada anda atau
mana-mana pihak ketiga di atas penamatan
akses kepada perkhidmatan tersebut.
Perubahan
kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Kami
mempunyai hak untuk membuat perubahan,
pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan
kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa
dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau
demi menjaga keselamatan laman web atau
dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami
mendapati perlunya untuk mengubah,
mengubahsuai, membatal atau menambah
syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian
tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah
dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan
meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke
semasa untuk mengetahui sebarang perubahan,
pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan
yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan
menerima bahawa akses secara berterusan dan
penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau
diubahsuai dari semasa ke semasa) akan
dianggap sebagai penerimaan anda terhadap
sebarang perubahan, pengubahsuaian,
pembatalan atau penambahan kepada
syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kami
mempunyai hak untuk mengubahsuai atau
menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian
daripada perkhidmatan) sama ada secara
sementara atau tetap pada bila-bila masa
dengan notis atau tanpa notis. Anda
bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab
kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di
atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan
atau penamatan perkhidmatannya.
Umum
Tajuk-tajuk
yang digunakan di bawah syarat-syarat ini
hanya untuk rujukan dan tidak boleh
diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat
ini.
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat
ini menyalahi undang-undang atau tidak sah
di sisi undang-undang atau
peraturan-peraturan sekarang atau yang akan
datang, peruntukan tersebut akan diasingkan
dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan
seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu
tidak wujud dan syarat-syarat ini
bersama-sama peruntukan lain akan
berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan
oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang
atau yang tidak sah. |