| Kenyataan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai Majlis Penuh Pada 26 Ogos 2010
1. HARI NUZUL AL-QURAN
Untuk makluman, esok 27 Ogos 2010 (Jumaat) adalah merupakan Hari Kelepasan Am (Negeri) iaitu Hari Nuzul Al-Quran bersamaan 17 Ramadhan 1431 Hijrah.
2. HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2010
Tanggal 31 Ogos 2010 ini, adalah merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka. Bersama-samalah kita mengibarkan Jalur Gemilang untuk mewujudkan semangat patriorisme.
3. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Saya rasa, tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua Umat Islam yang akan menyambutnya, dijangka pada 10 September 2010 (Jumaat). Mohon maaf zahir & batin dari kami, Warga MPSP.
4. HARI MALAYSIA
Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. 16 September 2010 (Khamis) ini adalah merupakan Hari Kelepasan Am (Persekutuan).
Sekian, terima kasih. |