|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Perbendaharaan (Berkaitan Cukai) |
| |
| 1.
Apa yang dimaksudkan dengan cukai taksiran? |
| Cukai taksiran ialah
cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam
kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai seperti rumah kediaman,
harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dsbnya), harta
perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya) dan tanah (kosong tanpa
bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan
|
| 2.
Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan? |
| Cukai taksiran boleh
diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau
dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau
sebab-sebab lain.
|
| 3.
Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh MPSP sedangkan
ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah? |
| Cukai tanah yang
dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1966
adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan
Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan
Cukai taksiran yang dikenakan oleh MPSP adalah mengikut peruntukan
di bawah Akata Kerajaan Tempatan 1976.
|
|
4.
Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh
pemunyanya sendiri? |
| Tidak. Tidak ada
sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang
membolehkan MPSP memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi
rumah yang diduduki sendiri
|
| 5.
Adakah
cukai taksiran
dikenakan
bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong? |
| Ya, cukai taksiran
tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong.
Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk
disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai
taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik
hasil
|
| 6.
Bagaimanakah cukai taksiran ditentukan? |
|
Cukai taksiran
ditentukan berdasarkan formula berikut:
Cukai taksiran = Nilai Tahunan
X Kadar(%)
|
| 7.
Bagaimanakah kadar (%) ditentukan? |
| Kadar(%) ditentukan
berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos
yang ditanggung Majlis.
|
| 8.
Bagaimanakah Nilai Tahunan ditentukan? |
|
Nilai Tahunan adalah
anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk formula:
Nilai Tahunan = Anggaran Sewa
Kasar Sebulan X 12 bulan
|
| 9.
Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki oleh
pemilik sendiri dan bukan untuk disewa? |
| Rumah yang diduduki
sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan
rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa".
Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka
rumah tersebut akan diandaikan "kosong dan untuk disewakan"
dan anggaran sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar
untuk rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
|
| 10.
Apa yang dimaksudkan dengan Notis Kadaran? |
| Notis Kadaran adalah
notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai
tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud
lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang
akan dikenakan.
|
| 11.
Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut? |
| Pemilik boleh membuat
bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat
kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi
peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi
mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.
|
| 12.
Bolehkah pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk
hadir bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai? |
| Jika pemilik yang
telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di
hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik bolehlah
mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri bagi pihaknya dengan
syarat wakil tersebut mengemukakan 'Surat Kuasa' yang
ditandatangani oleh pemilik yang membuat bantahan.
|
| 13.
Bagaimanakah keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada
para pemilik? |
| Keputusan
Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para pemilik
secara bersurat.
|
| 14.
Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan setelah Jawatankuasa
Rayuan Cukai membuat keputusannya? |
| Boleh, para pemilik
perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan
dengan syarat bayaran cukai yang telah ditetapkan dibayar kepada
MPSP terlebih dahulu.
|
| 15.
Bilakah bil-bil cukai taksiran akan dikeluarkan? |
| Bil-bil akan dihantar
sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan Januari dan Julai.
|
| 16.
Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai taksiran? |
|
Tempoh bayaran bagi
bil-bil cukai taksiran adalah seperti berikut:
|
Setengah
Tahun
|
Tempoh
Pembayaran |
|
Pertama |
1hb
Januari sehingga 28hb. Februari / 29 Februari |
|
Kedua |
1hb
Julai sehingga 31hb. Ogos |
|
| 17.
Dimanakah bil-bil cukai taksiran boleh dibayar? |
Para pelanggan
bolehlah membuat bayaran dilokasi-lokasi berikut:
Saluran
Bayaran (Sila Klik)
|
| 18.
Apakah akan terjadi jika tidak
membayar atau lewat membayar cukai taksiran?
|
|
Jika anda
membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu selepas
28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan
dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan
dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti
berikut akan dikenakan:
|
Jumlah
Terhutang
|
Denda
yang dikenakan |
|
RM100
dan ke bawah |
RM1.00 |
|
Lebih
daripada RM100 |
2%
daripada jumlah tunggakan |
Jika anda
masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang
E), waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran
sebanyak 20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan.
Waran ini membolehkan pegawai MPSP yang diberi kuasa:
|
| 19.
Jika pemilik masih belum membayar
tunggakan cukai taksiran, adakah Majlis boleh menahan
permohonan pemilik untuk hal-hal lain yang berkaitan?
|
|
Ya, Majlis
boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai
tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:
-
Kelulusan
lesen perniagaan di pegangan tersebut
-
Kelulusan
pelan susunatur.
-
Kelulusan
pelan bangunan.
-
Kelulusan
sijil kelayakan menduduki bangunan (OC)
|
| 20.
Adakah bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak
didiami?
|
| Ya,
premis yang kosong atau belum diduduki lagi tidak layak
untuk pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai
taksiran. Cukai taksiran adalah perlu dibayar tidak kira
sama ada rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis
yang kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan
balik hasil.
|
| 21.
Apakah syarat-syarat permohonan
pulangan balik hasil premis kosong?
|
|
Bagi
memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat
pemberitahuan dengan menghantar surat kepada Jabatan
Penilaian, MPSP dalam masa tujuh (7) hari dari mulanya
tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai taksiran
boleh dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan
tertakluk kepada syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta
Kerajaan Tempatan 1976 seperti berikut:
-
Bangunan
adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA
-
Telah
memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan
(Borang permohonan (BP. 9) hendaklah diisi dan
dikembalikan).
-
Tempoh
yang tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu
bulan kalendar
-
Segala
usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa
('tenant') telah dibuat melalui iklan dalam surat khabar
atau paparkan papan kenyataan 'UNTUK DISEWA' hendaklah
diletakkan dihadapan premis
-
Cukai
taksiran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan
dalam tempoh pulangan balik hasil dituntut
|
| 22.
Apakah tindakan yang perlu diambil
jika terdapat tukar milik, mewarisi, mewariskan membeli,
atau menjual harta?
|
-
Semak
dengan MPSP bagi memastikan tiada tunggakan cukai
taksiran pegangan tersebut. Atau, semakan boleh dibuat
oleh peguam atau agen pengurusan yang menguruskan harta
tersebut.
-
Memaklumkan
kepada MPSP dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis
Jualan atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan
disertakan maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3
bulan selepas pindah milik disempurnakan. Jika anda
gagal, pihak MPSP boleh mengambil tindakan undang-undang
mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik
harta.
|
| 23.
Apakah tindakan yang perlu diambil
jika premis yang roboh, buruk, terbakar, terbiar atau tidak
sesuai didiami?
|
| Sila
tulis surat rasmi kepada Jabatan Penilaian, MPSP bagi
membolehkan bangunan ini dikeluarkan daripada Senarai
Nilaian.
|
| 24.
Bolehkah cukai taksiran diberi pengecualian?
|
|
Mengikut
Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai taksiran
boleh dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana
bahagiannya digunakan semata-mata:
-
Sebagai
tempat awam untuk sembahyang
-
Sebagai
tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
-
Bagi
sekolah awam
-
Sebagai
tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains,
sastera atau seni halus
|