Sediakan
kolam najis khinzir berisi simen dengan keluasan
permukaan .......kaki persegi. Kolam najis khinzir
hendaklah dibahagikan kepada beberapa ruang. |
Bersihkan
lubang pelimbah setiap masa.. |
Ditegah
membuang air cucian dari kandang mengalir ke parit awam
tanpa rawatan mengikut piawaian yang ditetapkan. |
Permukaan
lantai kandang khinzir mestilah dibina dengan simen dan
dikelilingi parit simen |
Tidak
sesiapapun dibenarkan membuang atau menyimpan tahi
khinzir dalam lingkungan 1,000 kaki dari mana tempat
beribadat atau tanah perkuburan orang ramai dan 100 kaki
dari rumah kediaman. |
Tandas
tidak dibenarkan sama sekali didirikan dalam kawaasan
kandang khinzir. |
Kandang
khinzir mestilah dibersihkan sekurang-kurangnya sekali
sehari. Kawasan ladang khinzir hendaklah dijaga dengan
bersih setiap masa.. |
Bahan
makanan khinzir hendaklah ditudung. Langkah-langkah
mencegah lalat hendaklah dijalankan setiap hari |
Ditegah
membiarkan ternakan khinzir berkeliaran.. |
Ditegah
membuang bangkai-bangkai kedalam parit atau sungai.. |
Kandang khinzir hendaklah terletak di atas tapak tidak
kurang daripada 1,000 kaki dari rumah- rumah kediaman
orang Islam, rumah-rumah ibadat dan kubur. |
Kandang khinzir mestilah berada 50 kaki jauh jaraknya
dari rumah-rumah kediaman orang ramai bukan islam. |
Kandang khinzir mestilah berada kurang daripada 100 kaki
jauh jaraknya dari seberang perigi yang airnya digunakan
oleh orang ramai. |