|
1. Bolehkan
bayaran kompaun letak kereta dikurangkan?
Anda boleh berjumpa dengan pegawai kompaun
di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Jalan Dato' Haji Ahmad Said, 12000
Butterworth untuk mendapatkan pengurangan bayaran kompaun.
|
|
2. Apakah
tindakan MPSP jika kompaun letak kereta tidak dijelaskan?
Tindakan mahkamah
akan diambil ke atas pelaku kesalahan.
|
|
3. Sekiranya
saya telah jual kenderaan yang kena kompaun, adakah saya perlu bayar kompaun
tersebut walaupun kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak lain?
Anda perlu
kemukakan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa anda bukan pemunya pada
masa kesalahan.
|
|
4. Sekiranya
saya tidak membayar kompaun yang telah dikeluarkan dalam tempoh yang
ditetapkan, bilakah tindakan mahkamah diambil terhadap saya?
Paling cepat 1
bulan dari tarikh kompaun.
|
|
5. Berapa
denda yang biasa dikenakan oleh mahkamah?
Jumlah denda
bergantung kepada budibicara Majistret tetapi denda maksimum adalah RM300
|
|
6. Bolehkan
saman diselesaikan di MPSP?
Tidak boleh. Hanya kompaun
sahaja boleh dijelaskan di MPSP.
|
|
7. Jika
saya mempunyai banyak kompaun dan tempoh penyelesaian yang ditetapkan dalam
kompaun sudah tamat, bolehkah saya dapat pengurangan untuk kompaun tersebut?
Anda
boleh berjumpa dengan pegawai kompaun di Jabatan Undang-Undang MPSP, Jalan
Dato' Haji Ahmad Said, 12000 Butterworth untuk pengurangan. |
|
8. Di
manakah tempat untuk membuat pengurangan kompaun?
Pengurangan kompaun hanya
boleh dibuat di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Jalan Dato' Haji Ahmad Said,
12000 Butterworth.
|
|
9. Di
manakah saya perlu rujuk jika saya mempunyai kemusykilan tentang saman? Anda
boleh berjumpa dengan Pegawai Pendakwa di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Jalan
Dato' Haji Ahmad Said, 12000 Butterworth. |
|
10. Saya
tidak pernah memiliki kenderaan tetapi saya menerima saman/notis atas nama
saya?
Anda
diminta datang ke Jabatan Undang-Undang dan semakan semula akan dibuat di
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemilik kenderaan
tersebut.
|
|
11. Mengapa
MPSP mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan notis/saman?
Sebelum
ini, MPSP menggunakan sistem secara manual tetapi kini MPSP telah
menggunakan sistem berkomputer secara "online" di mana semakan
semula perlu di buat untuk memastikan segala rekod terdahulu dimasukkan
dalam sistem baru. Hal ini penting supaya setiap kompaun yang telah dibayar
tidak dibuat saman.
|
|
12. Saya
telah membayar kompaun tetapi dalam sistem komputer tidak menunjukkan bahawa
pembayaran telah dibuat? Sistem
komputer secara "omline" masih baru dan kadangkala timbul masalah
teknikal di mana sistem tidak dapat mengesan bahawa bayaran telah dibuat. |
|
13. Sekiranya
saya membeli stiker bulanan, bolehkah ianya digunakan untuk kenderaan yang
berlainan? Tidak
boleh kerana satu stiker untuk satu kenderaan sahaja. |