Majlis Perbandaran Seberang Perai  
New Page 4

 

 

AMALAN QE 
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

APAKAH QE ?
Ianya adalah salah satu daripada alat pengurusan yang diperkenalkan di Jepun dan merupakan asas kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti
Membina budaya kerja yang positif dan dinamik
Memberi fokus kepada amalan untuk mewujudkan persekitaran berkualiti  serta mewujudkan tempat kerja yang lebih produktif  dalam organisasi
Meliputi pengetahuan teknikal,praktikal dan logik untuk menghasilkan serta mewujudkan semangat penambahbaikan yang berterusan
Setiap teknik pengurusan bermula dengan perkataan S seperti berikut :
B. JEPUN B. MALAYSIA
SEIRI SISIH
SEITON SUSUN
SEISO SAPU
SEIKETSU SERAGAM
SHITSUKE SENTIASA AMAL

Ia juga mempastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, berfungsi dan cekap tanpa masalah

MATLAMAT QE MPSP
KE ARAH PERSIJILAN QE MPSP PADA OKTOBER 2009
POLISI
MPSP KOMITED UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN DAN BUDAYA  KERJA YANG BERKUALITI
JAWATANKUASA QE
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
JAWATANKUASA LATIHAN
Menyediakan pelan latihan pemahaman konsep QE kepada warga kerja MPSP
Memastikan setiap warga kerja MPSP diberi latihan QE
Menyelaras program-program latihan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan QE

JAWATANKUASA PROMOSI

Mengadakan promosi untuk aktiviti QE secara berterusan melalui pelbagai saluran
Memastikan hebahan/publisiti berkenaan QE sampai kepada semua  warga kerja MPSP bagi mewujudkan kesedaran  hasrat MPSP untuk mendapatkan Persijilan QE

JAWATANKUASA AUDIT

Menyediakan pelan audit dalaman dan mengadakan audit termasuk audit susulan mengikut jadual yang ditetapkan
Mewujudkan Pasukan Audit Dalaman QE MPSP
Mewujudkan kriteria audit yang bersesuaian dengan persekitaran MPSP
Menyimpan dan memelihara semua rekod audit
Menyediakan laporan audit untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu
ZON-ZON QE
BIL NAMA ZON LOKASI
1. TerataI
Tingkat Bawah (G)
Keseluruhan kawasan Kaunter Berpusat meliputi kawasan operasi dan ruang orang ramai
2. Seroja
Tingkat Bawah (G)
Keseluruhan kawasan lobi, bilik-bilik mesyuarat dan juga Auditorium
3. Kiambang
Tingkat Mezanine (M)
Keseluruhan tingkat meliputi surau lelaki dan perempuan ,
kafeteria, klinik, perpustakaan dan lain-lain
4. Anggerik Tingkat 1
Jabatan Pelesenan
5. Kekwa Tingkat 2
Jabatan Kesihatan / Bahagian Letak Kereta
6. Mawar Tingkat 3
Jabatan Kejuruteraan
7. Kenanga Tingkat 4
Jabatan Kejuruteraan
8. Semarak Tingkat 5
Jabatan Bangunan
9. Tulip Tingkat 6
Jabatan Bangunan
10. Ixora Tingkat 7
Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan
11. Carnation Tingkat 8
Jabatan Perancang Bandar dan Pengindahan
12. Bunga Raya Tingkat 9
Jabatan Undang-Undang
13. Orkid Tingkat 10
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
14. Refflesia
Tingkat 11
Jabatan Kemasyarakatan, Unit Audit Dalam,
Bilik Fail Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
15. Melati Tingkat 12
Jabatan Perbendaharaan
16. Dahlia
Tingkat 13
Jabatan Khidmat Pengurusan
(Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Latihan & Kualiti , Bahagian Perolehan & Bekalan)
17. Cempaka
Tingkat 14
Jabatan Khidmat Pengurusan
(Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perkhidmatan Dan Perjawatan)
18.

Melor

 

Tingkat 15 & 16
Jabatan Khidmat Pengurusan
(Bilik Yang DiPertua & Setiausaha Perbandaran
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Ruang Keraian
19.

Matahari

Kawasan Luar Bangunan Dalam Kawasan Ibu Pejabat- Tempat letak kereta kakitangan & awam, ‘Basement’, kawasan lapang

Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel: 04-549 7555 , Fax: 04-538 9700

|| Hak Cipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian ||
Laman MPSP telah dilancarkan pada 8 Mei 2000 oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara.
Paparan menarik menggunakan IE4 dan ke atas dengan 1024x768 piksel.

(C)Hakcipta Terpelihara 2003, Majlis Perbandaran Seberang Perai.