|
Soalan
Lazim (FAQ) : |
|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Kemasyarakatan |
| |
| 1.
Bagaimanakah aduan boleh dibuat? |
Orang
ramai boleh terus ke Kaunter Berpusat MPSP di Ibu Pejabat MPSP,
Bandar Perda ataupun melalui internet dengan melayari laman web MPSP
di
http://www.mpsp.gov.my/aduan/main_menu.asp. Aduan boleh
dikemukakan melalui surat ke alamat Biro Pengaduan Awam, Majlis
Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda, Jalan Perda Utama, 14000
Bukit Mertajam atau fax ke 04-5389700. Selain itu, orang ramai juga
boleh menelefon ke talian 04-5497490/700. Aduan juga boleh di
e-melkan ke alamat
aduan@mpsp.gov.my.
Terkini Aduan Pembersihan dapat dikemukakan melalui SMS 019 5140004
dan menyemak status aduan dengan menaip nombor yang diberi
bermula dengan ad(No. Rujukan Aduan) (contoh ad0810147) dan
hantar ke nombor 0195140004. Butiran aduan yang diperlukan adalah
seperti berikut :
|
| 2.
Berapa harikah yang diperlukan oleh pemohon untuk menghantar
borang permohonan sebelum dapat menggunakan kemudahan yang
diperlukan? |
| Permohonan penggunaan
kemudahan hendaklah dibuat tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan.
|
|
3.
Bagaimana membuat tempahan Dewan & Kompleks Sukan
MPSP ? |
|
MPSP mempunyai kemudahan-kemudahan sukan dewan dan
seperti di Kompleks Sukan Bertam dan Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi.
Kemudahan-kemudahan ini sesuai digunakan untuk aktiviti sosial dan
bersukan. Orang ramai yang berminat untuk mengguna
kemudahan-kemudahan tersebut boleh membuat pertanyaan atau semakan
tempahan melalui talian 04-5497488. Tempahan kemudahan sukan dan
dewan boleh dibuat melalui kaunter berpusat MPSP di Ibupejabat MPSP
Bandar Perda, Bukit Mertajam. Orang ramai juga boleh membuat
tempahan melalui tempahan on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my. |
|
4.
Bagaimana membuat tempahan Dewan Millenium ? |
|
Dewan Milennium sesuai digunakan untuk majlis keraian
berskala besar yang melibatkan jumlah pengunjung melebihi 500 orang.
Pertanyaan mengenai kemudahan yang disediakan dan maklumat tempahan
boleh terus dibuat melalui talian 04-5793894 atau 012-4796865 (Puan
Salwa) atau hadir terus ke Pejabat Pentadbiran Dewan Milenium,
Bertam, Kepala Batas. |
|
5.
Bagaimana menyewa Dewan orang ramai ? |
Dewan orang ramai di taman perumahan yang dibina oleh
pemaju perumahan sebagai memenuhi syarat pemajuan akan diserahkan
kepada MPSP apabila telah siap dibina. Dewan-dewan seperti ini
sesuai untuk kegunaan berpesatuan dan aktiviti riadah penduduk
sekitar. Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM 200.00
setahun dan cagaran deposit RM 100.00 tertakluk kepada syarat-syarat
tambahan yang akan dikenakan kepada penyewa. Rukun Tetangga,
Persatuan Penduduk, JKKK dan persatuan kebajikan setempat boleh
membuat permohonan untuk mengguna dan mengurus dewan tersebut secara
bertulis kepada MPSP dengan menyertakan perkara-perkara berikut :
 |
Sijil pendaftaran/penubuhan pertubuhan
yang sah |
 |
Senarai Ahli Jawatankuasa terkini |
 |
Kertas cadangan aktiviti yang akan
dijalankan di dewan berkenaan |
Permohonan
hendaklah dialamatkan kepada Pengarah Kemasyarakatan, Majlis
Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA,
14000 Bukit Mertajam. Maklumat dan senarai dewan orang ramai
milik Majlis boleh diperolehi dari
www.mpsp.gov.my
Pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dibuat melalui talian
04-5497487 (Cik Nadia / En Shahril) atau email
kemasyarakatan@mpsp.gov.my
|
|
6.
Bagaimana memohon peralatan gotong-royong ? |
|
Orang ramai boleh memohon mengguna peralatan untuk kerja-kerja
gotong-royong di tempat-tempat awam, kawasan kampung dan taman
perumahan. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis oleh
Rukun Tetangga / Persatuan Penduduk / JKKK / pertubuhan /
persatuan sukarela kepada Pengarah Perkhidmatan Perbandaran, Majlis
Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA,
14000 Bukit Mertajam. Surat permohonan hendaklah mempunyai
maklumat berikut :
 |
Tarikh, Masa dan Tempat perlaksanaan
gotong-royong |
 |
Jenis dan jumlah peralatan yang
diperlukan |
 |
Jumlah peserta yang akan terlibat semasa
gotong-royong |
 |
No. telefon orang yang boleh dihubungi
untuk mendapat maklumat |
Surat permohonan hendaklah diterima oleh Majlis
dalam tempoh 1 minggu sebelum tarikh perlaksanaan. Pertanyaan
dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui talian 04-5497649 (Puan
Sarayah) atau email kepada
perbandaran@mpsp.gov.my
|
|
7.
Bagaimana tempah kebudayaan ? |
Majlis mempunyai Kumpulan Kebudayaan & Kesenian
yang dikenali sebagai KOMBO MPSP yang berperanan menyediakan
perkhidmatan persembahan nyanyian kepada masyarakat setempat
khususnya di kawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang. Kumpulan
ini mengadakan persembahan untuk majlis-majlis rasmi yang
dianjurkan oleh MPSP, jemputan dari agensi-agensi kerajaan,
swasta dan sebagainya. Orang ramai yang berminat untuk
mendapatkan khidmat kumpulan tersebut bolehlah membuat
pertanyaan atau semakan tempahan melalui talian 04-5497487 (Puan
Roslenda / En Ahmad Hizamry). Orang ramai juga boleh membuat
tempahan melalui
http://www.mpsp.gov.my/iperkhidmatan.asp
|
|
8.
Program LA 21, bagaimana hendak menyertainya ? |
Local Action 21 atau dikenali sebagai LA 21
adalah agenda (perjanjian) antarabangsa ke arah pembangunan
mampan global untuk abad ke-21. Agenda ini dibentangkan semasa
Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani oleh lebih 178
kerajaan termasuk Malaysia. Pembangunan mampan yang dimaksudkan
ialah pembangunan yang memenuhi keperluan masakini tanpa
menjejas kesanggupan generasi masa hadapan untuk memenuhi
keperluan-keperluan mereka. Maklumat berkaitan program LA 21
yang dijalankan boleh didapati di laman web berikut
http://www.mpsp.gov.my/la21/
|