|
Soalan
Lazim (FAQ) : |
|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Penilaian dan Pengurusan Harta |
| |
| 1.
Bilakah pulangan balik cukai taksiran bermula jika permohonan
dibuat melalui surat (Kaedah 1)? |
Pulangan balik cukai
taksiran bermula dari tarikh surat diterima oleh MPSP. Contoh
ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
| Bangunan |
Tarikh
Kosong |
Surat
Terima |
Tarikh
Pulangan Bermula |
| A |
1.1.2004 |
28.12.2003 |
1.1.2004 |
| B |
1.1.2004 |
15.1.2004 |
15.1.2004 |
|
| 2.
Bagaimanakah bayaran Pulangan Balik Cukai Taksiran dikira untuk
kes di atas? |
| Bangunan |
Cukai
Setahun (RM) |
Tarikh
Pulangan Bermula |
Tarikh
Disewa |
Akhir
1/2 Tahun Pertama |
Tempoh
Kosong |
Bil.
Hari Kosong |
| A |
1,200 |
1.1.04 |
1.5.04 |
30.6.04 |
1.1.04
Hingga 30.4.04 |
120 |
| B |
1,200 |
15.1.04 |
Tidak |
30.6.04 |
15.1.04
Hingga 30.6.04 |
167 |
Bangunan
A :-
Tempoh
Kosong = 1.1.2004 hingga 30.4.2004
Jumlah
Hari = 120 hari
Jumlah pulangan =
RM 1,200 X 120 hari / 365 hari = RM 394.52
Bangunan
B :-
Tempoh
Kosong = 15.1.2004 hingga 30.6.2004
Jumlah
Hari = 167 hari
Jumlah pulangan =
RM 1,200 X 167 hari / 365 hari = RM 549.04
|
| 3.
Bolehkah permohonan pulangan balik cukai taksiran dibuat untuk
mana-mana tingkat bangunan yang kosong dan gagal disewakan? |
| Boleh dengan syarat
ia mempunyai laluan masuk yang berasingan.
|
| 4.
Bangunan saya telah berjaya disewakan sekarang. Walau bagaimanapun
pada tahun lepas bangunan saya adalah kosong tanpa penyewa. Adakah
saya layak memohon pulangan balik cukai taksiran bagi tempoh
kekosongan tersebut? |
| Tidak. Permohonan
bagi bangunan yang kosong dan untuk disewa bagi setengah tahun
terkini sahaja akan dipertimbangkan.
|
|
5.
Bolehkan pernohonan pulangan balik cukai taksiran dibuat untuk
sebahagian keluasan bangunan yang tidak dapat disewakan? |
| Boleh. Dengan syarat
keluasan ruang lantai bangunan tersebut hendaklah tidak kurang
daripada 1,000 kaki persegi serta mempunyai laluan masuk yang
berasingan.
|