|
Soalan
Lazim (FAQ) : |
|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Penilaian dan Pengurusan Harta |
| |
| 1.
Bagaimana cukai taksiran ditentukan? |
| Cukai taksiran dikira
berdasarkan kepada formula berikut :
CUKAI
TAKSIRAN = Nilai Tahunan X Kadar Peratus
Contoh :
| Nilai
Tahunan |
RM 2,000.00 |
| Kadar
Peratus Tahunan |
10% |
| Cukai
Taksiran ialah RM 2,000.00 x 10% = RM 200.00 setahun |
|
| 2.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai tahunan? |
|
Nilai
tahunan adalah anggaran kasar sewa tahunan. Kadar sewa diasaskan
kepada sewaan yang dibayar oleh penyewa untuk rumah berkenaan atau
rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
Nilai
tahunan dikira bersarkan kepada formula berikut :
NILAI
TAHUNAN = Anggaran kasar sewa sebulan X 12 bulan
Contoh
:
| Anggaran kadar sewa
sebulan RM 300.00 |
| Nilai Tahunan ialah RM
300.00 X 12 bulan = RM 3,600.00 |
|
| 3.
Bagaimana kadar peratus ditentukan? |
| Kadar peratus
ditentukan oleh MPSP mengikut keperluan kewangan dalam Anggaran
Bajet Majlis bagi menampung perbelanjaan pentadbiran, perkhidmatan
dan pembangunan ke arah menjadikan Seberang Perai sebuah tempat
yang bersih indah dan selesa untuk didiami, berkeja dan kompetetif
untuk pelaburan.
|
|
4. Bagaimana
Nilai Tahunan ditentukan bagi rumah yang diduduki sendiri oleh
pemilik dan bukan untuk disewa? |
| Rumah yang diduduki
sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi ditinggalkan kosong dan
rumah yang disewakan, kesemuanya mempunyai "Nilai Sewa".
Oleh itu, untuk menentukan Nilai Tahunan bagi sesebuah rumah, maka
rumah tersebut akan diandaikan sebagai "kosong dan untuk
disewa" dan anggaran sewa bulanan diasaskan pada sewaan yang
dibayar untuk rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
|
| 5.
Apa it notis cukai taksiran dan tujuannya dikenakan? |
| Mengikut Seksyen
141(3) dan Seksyen 144(2), Notis Cukai Taksiran merupakan satu
notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartabenda mengenai
cadangan Nilai Tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda mereka.
Di samping itu ianya bertujuan untuk memaklumkan kepada
pemilik-pemilik hartabenda atau penghuninya mengenai Cukai
Taksiran yang akan dikenakan.
|
| 6.
Bolehkah dibuat bantahan terhadap nilai tahunan yang ditentukan ke
atas hartabenda? |
|
Jika sekiranya mana-mana pemilik
hartabenda tidak berpuashati dengan cadangan Nilai Tahunan di
dalam Notis Cukai Taksiran, mereka bolehlah membuat bantahan
melalui surat yang dialamatkan kepada MPSP atau melalui emel: pen@mpsp.gov.my
.
|
| 7.
Adakah pemilik yang membuat bantahan diberi peluang hadir ke
mesyuarat bantahan? |
| Setiap pemilik yang
membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir di hadapan
Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam mesyuarat Rayuan Cukai bagi
mengemukakan alasan-alasan bantahan.
|
| 8.
Bolehkah pemilik yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk
hadir bagi pihaknya di hadapan jawatankuasa rayuan cukai? |
|
Jika seseorang pemilik yang telah
membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat hadir di
hadapan jawatankuasa rayuan cukai pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan, pemilik tersebut bolehlah mewakilkan orang lain atau
pihak lain untuk hadir bagi pihak dirinya dengan syarat wakilnya
hendaklah mengemukakan 'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh
pemilik yang membuat bantahan.
|
| 9.
Bagaimanakan keputusan jawatankuasa rayuan cukai atas setiap
bantahan dimaklumkan kepada pemilik hartabenda? |
| Keputusan
jawatankuasa rayuan cukai mengenai bantahan ke atas nilai tahunan
baru akan dimaklumkan kepada semua pemilik hartabenda yang
berkadar melalui surat.
|
| 10.
Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan setelah jawatankuasa
rayuan cukai membuat keputusan? |
| Jika seseorang yang
telah membuat suatu bantahan mengikut kaedah yang ditetapkan dan
masih tidak berpuashati dengan keputusan jawatankuasa rayuan cukai
itu, maka beliau bolehlah merayu kepada Mahkamah Tinggi secara
usul permulaan dengan syarat hendaklah dibayar kepada MPSP jumlah
cukai taksiran seperti mana yang telah diputuskan.
|
| 11.
Bilakah bayaran cukai taksiran boleh dijelaskan? |
|
Sungguhpun
seseorang pemilik hartabenda itu telah menerima notis cukai
taksiran, bayaran cukai taksiran tidak perlu dibuat sehinggalah
menerima bil cukai taksiran.
Bil
cukai taksiran tersebut akan dikeluarkan oleh Jabatan
Perbendaharaan, MPSP.
|