|
Soalan
Lazim (FAQ) : |
|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Perancang Bandar & Pengindahan (Berkaitan kebenaran Merancang) |
| |
| 1.
Siapakah yang banyak mengemukakan permohonan kebenaran merancang? |
| Jururancang Bandar ,Arkitek,
Jurutera, Juru Ukur dan Pelukis Pelan Berdaftar
|
| 2.
Berapa lamakah tempoh memproses permohonan kebenaran merancang ? |
- Projek biasa (konsep
jual kemudian bina ) - 94 hari
- Projek kerajaan /projek
konsep bina kemudian jual - 70 hari
|
| 3.
Berapa lama tempoh kebenaran merancang diberi ? |
|
Satu tahun ( Sekiranya tiada
sebarang pemajuan dijalankan di dalam tempoh tersebut pemohon
boleh mengemukakan permohonan berlanjutan tempoh kebenaran
merancang )
|
| 4.
Jika permohonan kebenaran merancang ditolak bolehkah pemohon
merayu? |
| Ya. Pemohon boleh
mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang
dalam tempoh 30 hari tarikh tempoh surat keputusan diterima
|
| 5.
Bilakah permohonan pecahan sempadan boleh dikemukakan ? |
| Selepas mendapat
kelulusan kebenaran merancang
|
|
6. Bolehkah
kawasan zon pertanian dimajukan dengan projek pembangunan? |
|
Tidak boleh ,melainkan mendapat
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri / Jawatankuasa Perancangan
Negeri terlebih dahulu
|
| 7.
Apakah rancangan-rancangan pemajuan yang telah dijalankan oleh
MPSP? |
- Rancangan Tempatan Daerah
SPU( Draf akhir)
- Rancangan Tempatan Daerah
SPT (Draf akhir)
- Rancangan Tempatan Daerah
SPS ( Dalam kajian)
|
| 8.
Apakah jenis bangunan yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti
tadika/taska/pusat asuhan kanak-kanak? |
- Rumah sesebuah/ Banglo
- Rumah berkembar
- Rumah teres lot tepi
|