|
Soalan
Lazim (FAQ) : |
|
|
New Page 1
|
| |
| Jabatan
Undang-Undang (Berkaitan kompaun, notis dan saman di bawah
perintaj lalulintas jalan (Letak Kereta Berkupon) MPSP, 1995) |
| |
| 1.
Bolehkan bayaran kompaun letak kereta dikurangkan? |
| Anda boleh berjumpa
dengan pegawai kompaun di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9,
Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, untuk mendapatkan pengurangan
bayaran kompaun. |
| 2.
Apakah tindakan MPSP jika kompaun letak kereta tidak dijelaskan? |
|
Tindakan mahkamah akan diambil ke
atas pelaku kesalahan.
|
| 3.
Sekiranya saya telah jual kenderaan yang kena kompaun, adakah saya
perlu bayar kompaun tersebut walaupun kenderaan tersebut telah
diserahkan kepada pihak lain? |
| Anda perlu kemukakan
dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa anda bukan pemunya pada
masa kesalahan.
|
|
4. Sekiranya saya
tidak membayar kompaun yang telah dikeluarkan dalam tempoh yang
ditetapkan, bilakah tindakan mahkamah diambil terhadap saya? |
| Paling cepat 1 bulan
dari tarikh kompaun.
|
| 5.
Berapa denda yang biasa dikenakan oleh mahkamah? |
| Jumlah denda
bergantung kepada budibicara Majistret tetapi denda maksimum
adalah RM300
|
| 6.
Bolehkan saman diselesaikan di MPSP? |
|
Tidak boleh. Hanya kompaun sahaja
boleh dijelaskan di MPSP.
|
| 7.
Jika saya mempunyai banyak kompaun dan tempoh penyelesaian yang
ditetapkan dalam kompaun sudah tamat, bolehkah saya dapat
pengurangan untuk kompaun tersebut? |
| Anda boleh berjumpa
dengan pegawai kompaun di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9,
Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, untuk pengurangan.
|
| 8.
Di manakah tempat untuk membuat pengurangan kompaun? |
|
Pengurangan kompaun hanya boleh
dibuat di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9, Jalan Perda
Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam.
|
| 9.
Di manakah saya perlu rujuk jika saya mempunyai kemusykilan
tentang saman? |
| Anda boleh berjumpa
dengan Pegawai Pendakwa di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9,
Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam. |
| 10.
Saya tidak pernah memiliki kenderaan tetapi saya menerima saman/notis
atas nama saya? |
| Anda diminta datang
ke Jabatan Undang-Undang dan semakan semula akan dibuat di Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemilik kenderaan
tersebut.
|
| 11.
Mengapa MPSP mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan notis/saman? |
|
Sebelum ini, MPSP menggunakan sistem
secara manual tetapi kini MPSP telah menggunakan sistem
berkomputer secara "online" di mana semakan semula perlu
di buat untuk memastikan segala rekod terdahulu dimasukkan dalam
sistem baru. Hal ini penting supaya setiap kompaun yang telah
dibayar tidak dibuat saman.
|
| 12.
Saya telah membayar kompaun tetapi dalam sistem komputer tidak
menunjukkan bahawa pembayaran telah dibuat? |
| Anda diminta
menghubungi MPSP di talian 5497697 dan semakan akan dibuat. |
| 13.
Sekiranya saya membeli stiker bulanan, bolehkah ianya digunakan
untuk kenderaan yang berlainan? |
| Tidak boleh kerana
satu stiker untuk satu kenderaan sahaja.
|