|
Dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai pihak MPSP telah mengorak langkah baru memperkenalkan sistem cabutan undian secara online. Dengan adanya sistem ini perlantikan kontraktor dapat dibuat dengan segera dan memudahkan semua pihak terutama kontraktor yang selama ini perlu melalui proses yang panjang sebelum dapat dilantik. Selain itu ianya berupaya menjimatkan masa dan tenaga pihak kontraktor kerana tidak perlu lagi datang ke MPSP bagi mengambil bahagian dalam kerja undian.
Sehubungan itu satu taklimat akan diadakan pada :-
Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Auditorium, MPSP Bandar Perda.
Kehadiran adalah dialu-alukan.
|