Council President's Message

Last updated on

YANG DIPERTUA MPSP
YBhg. Dato' Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud
 
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari, kita telah meninggalkan pengalaman dan kenangan tahun 2018. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 kepada semua warga Seberang Perai. Kita buka lembaran baru bagi tahun 2019. Syabas dan tahniah kepada semua warga Seberang Perai yang telah bersama - sama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menjayakan dasar - dasar baru, program - program atau aktiviti - aktiviti yang dianjurkan oleh MPSP. Alhamdullilah, kemudian dengan sokongan dan penglibatan rakyat Seberang Perai, MPSP dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.
 
Pelbagai pencapaian dan penghargaan yang telah diterima oleh MPSP sepanjang tahun 2018 dan diharapkan momentum seperti ini dapat dikekalkan ke tahun hadapan. Majlis Perbandaran Seberang Perai mensasarkan untuk menjadi sebuah Bandaraya Rendah Karbon (Low Carbon City) dan Bandaraya Pintar (Smart City) menjelang Tahun 2022. Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga komited untuk melaksanakan wawasan Negeri Pulau Pinang yang dinyatakan dalam Penang 2030 (Pulau Pinang 2030), iaitu “A Family - Focused Green and Smart State” (Pulau Pinang Pintar, Hijau dan Mesra Keluarga).
 
MPSP telah mengistiharkan tahun 2019 sebagai People Centric Year semasa pembentangan Bajet 2019 pada 25 September 2018. People centric 2019 akan memberi penekanan kepada kecekapan dan kepantasan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan teknologi IoT, cloud computing serta penerokaan Industri 4.0. MPSP akan mengadakan berbagai - bagai program santai, senamsihat dan pendidikan alam sekitar yang memberi penumpuan kepada penglibatan remaja dan warga emas. MPSP juga akan memudahcara Pembangunan Ekonomi Setempat (LED), melalui penyediaan garis panduan yang memudahkan mereka memulakan perniagaan kecil, truck perniagaan dan perkhidmatan dan pemberian lesen serta merta di kaunter bagi perniagaan yang tidak berisiko.
 
MPSP akan memberi insentif fast track dalam memproses dan meluluskan plan pembangunan yang bercirikan hijau supaya Seberang Perai Resilient serta menjadi tarikan eko - pelancongan. MPSP juga telah menubuhkan skuad pengendalian krisis untuk memerangi wabak denggi yang menjadi isu besar di Seberang Perai baru - baru ini. MPSP tidak pernah melupakan golongan warga emas yang telah banyak berbakti membangunkan Seberang Perai, oleh itu program Forest Bathing dan Fun Walk bersama keluarga yang terbukti diminati akan terus dipergiatkan pada tahun 2019. Saya amat - amat berharap tahun baharu 2019, Seberang Perai akan terus maju ke arah kecemerlangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
 
Saya berdoa dan berharap agar rakyat Seberang Perai akan hidup aman, makmur, sejahtera dan menjadi masyarakat global yang bermaklumat. Jadikan cabaran pemangkin semangat untuk kita terus berjuang menjadikan “Seberang Perai Aspiring City Of Tomorrow” atau “Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan”.
 
Ayuh, sama - sama kita “Sayangi Seberang Perai, Pelihara Keindahannya”.
 
Saya akhiri ucapan Selamat Tahun Baru 2019 dengan serangkap pantun.
Buka palas letak di para,
Anyam ketupat penuh sedulang,
Sambut 2019 dengan gembira,
Pacu matlamat terus gemilang.
 
Sekian, terima kasih
 
Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Pulau Pinang , Malaysia