OSC Unit
Unit OSC |
|
Perlaksanaan Unit Urusetia Pusat Setempat (OSC) di Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 13 Jun 2007 selaras dengan pelancarannya oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan pada 13 April 2007. Objektif utama penubuhan Unit OSC adalah bagi memendekkan norma masa memproses permohonan pemajuan tanah. Tugas dan tanggungjawab utama Unit OSC adalah untuk menerima, menyemak, mengedar dan memantau permohonan-permohonan pembangunan tanah yang dikemukakan kepada PBT. |
Kaunter OSC ditempatkan di bahagian kaunter pusat di dalam bangunan MPSP, Bandar Perda. |
Permohonan yang diterima oleh Unit OSC MPSP , akan dipantau dan dimaklumkan pada setiap mesyuarat JK OSC . Semua rekod penerimaan dan penyelesaian permohonan akan dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PORTAL OSC. Permohonan-permohonan yang dipantau samada dapat diselesaikan dalam tempoh piagam oleh KPKT adalah terdiri daripada :-
|
|
Bilik rundingan yang terletak bersebelahan dengan kaunter OSC memudahkan proses semakan dan pertanyaan pelanggan |
Selain dari itu khidmat nasihat dari aspek keperluan dokumen dan tatacara mengemukakan permohonan turut diberi kepada juruperunding dan pemohon bagi membantu memastikan permohonan yang akan dikemukakan adalah lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. Borang-borang permohonan pemajuan yang dahulunya boleh didapati di kaunter OSC kini boleh di muat turun melalui laman web http://www.mpsp.gov.my bagi memudahkan pengguna mendapatkan borang yang terkini. |
Selain dari itu khidmat nasihat dari aspek keperluan dokumen dan tatacara mengemukakan permohonan turut diberi kepada juruperunding dan pemohon bagi membantu memastikan permohonan yang akan dikemukakan adalah lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Borang-borang permohonan pemajuan yang dahulunya boleh didapati di kaunter OSC kini boleh di muat turun melalui laman web http://www.mpsp.gov.my bagi memudahkan pengguna mendapatkan borang yang terkini.