Awards

Last updated on

AWARDS
MPSP has received several awards at State and National level as below :-
 

Year 2017

Level Awards
National Tempat Ketiga Anugerah inovasi kerajaan negeri Pulau Pinang tahun 2016 pada 28 November 2017.
   
National Pada 22 November 2017, sijil pematuhan SAGA telah disampaikan oleh YBrs Tuan Saat bin Esa, Akauntan Negara Malaysia di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang, di mana MPSP merupakan PBT yang ke-empat (ke-4) di Malaysia dan PBT yang pertama di utara Semenanjung Malaysia yang memperolehi pensijilan SAGA.

Anugerah pensijilan pematuhan SAGA ini adalah satu pengiktirafan dan perakuan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia ke atas kemantapan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan MPSP. Selain itu, ia meningkatkan keyakinan stakeholder dalam pengurusan perakaunan dan kewangan MPSP serta menandakan komitmen MPSP bergerak ke arah bandaraya pintar menjelang 2022.
   
State MPSP telah berjaya membaharui sijil Pejabat Hijau untuk dua tahun lagi dari Penang Green Council (badan di bawah naungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang) dan juga telah memperolehi Sijil Premis “Aquasave” - pengurusan air yang mampan dari Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd mulai Ogos 2017 sehingga September 2019. Kali pertama sijil pejabat hijau diperolehi ialah mulai Ogos 2013 hingga September 2015. Kali kedua ialah mulai Ogos 2015 hingga September 2017. Sijil Pejabat Hijau dan Sijil Premis “Aquasave” telah disampaikan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang di Eastin Hotel, Penang pada 22 November 2017.
   
State Pada 19 November 2017, Anugerah Tandas Bersih Peringkat Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Lebuh Pantai dan disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng.. MPSP telah memenangi tempat ketiga untuk tandas Kompleks Makanan Taman Pelangi B dan hadiah saguhati untuk tandas Kompleks Makanan Taman Pelangi A. Hadiah ini adalah untuk kategori tandas PBT peringkat Negeri Pulau Pinang.
   
National Naib Johan Bolasepak Sembilan Sebelah kejuaraan Piala TYT Pulau Pinang pada Februari 2017.

Naib Johan Pertandingan Bolasepak kejohanan MALA 2017 pada Oktober 2017 di Kuantan Pahang pada 29 September 2017 hingga 02 Oktober 2017.
   
State Penyertaan Dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 (Kategori Inovasi Sosial)

Pasukan KIK MPSP 2017, Kumpulan THO - IFAH e3 yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan, Perbendaharaan dan Bangunan telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 (Kategori Inovasi Sosial). Tajuk KIK 2017 adalah Anti Theft Sliding Service Door For Lamp Post - A.TESS DOOR 2.0.

Pasukan KIK 2017 MPSP juga turut memenangi Anugerah Persembahan Terbaik 2017 dan ini merupakan tahun 4 berturut - turut MPSP memenangi anugerah ini.
   
National Provisional Certificate For Low Carbon Cities Framework & Assessment System

MPSP telah mendapat pengiktirafan Provisional Certificate for Low Carbon Cities Framework & Assessment System Baseline Through A One System Approach melalui Projek Perintis Low Carbon Cities Framework (LCCF) – Bangunan Ibu Pejabat MPSP oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama GreenTech di Program International GreenTech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2017 (IGEM 2017) pada 13 Oktober 2017 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

LCCF & Assessment System akan digunakan bagi menilai perbandaran rendah karbon berdasarkan kaedah pengukuran jumlah pembebasan karbon di Bangunan Ibu pejabat MPSP.
   
National MPSP telah berjaya mendapat Sijil ISO 37001:2016 Anti - Bribery Management System yang mana merupakan organisasi pertama di Malaysia yang berjaya menerima sijil ini daripada SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. Sijil ini dikeluarkan kepada MPSP pada 20 Oktober 2017 dan tempoh sah sijil ini ialah sehingga 19 Oktober 2020.
   
National Pada 27 Ogos 2017, MPSP telah mendapat pengesahan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) bagi “Largest Tecoma Tree Planting Event”. Sebanyak 3002 pohon pokok tecoma ditanam.
   
National ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2016 [LIMA (5) BINTANG (CEMERLANG)].

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 (5 BINTANG CEMERLANG) pada 10 Julai 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Taklimat ICU, Aras 1 Timur, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, 62502 Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA.
   
International Silver Award dalam kategori Digital Inclusion Category

Smart Monitoring System 2.0” MPSP telah memenangi Silver Award dalam kategori Digital Inclusion untuk 3rd WeGO Smart Sustainable City Award. Silver Award ini akan diserahkan semasa 4th WeGO General Assembly di Ulyanovask Region, Rusia yang berlangsung pada 27 hingga 30 Jun 2017.
   
National Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah di Majlis Malaysia Landscape Arhitecture Awards (MLAA) Gala Dinner Oleh Institute Of Landscape Malaysia (ILAM) pada 22 April 2017 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. Special Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan kepada Projek Butterworth Baharu Regeneration Plan: Empowering Community & Public Space telah menerima trofi dan sijil.

ii. Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan keapda Projek Sustainable Milieu Through Green Initiatives : An Approach of Public, People & Private Partnership (4PS) telah menerima trofi dan sijil.

State JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 Pemain sepak takraw PESUKA / MPSP kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 yang berlangsung pada 5 Februari 2017 (AHAD) bertempat di Dewan Azman Hashim, USM Sport Arena.

 

Year 2016

Level Awards
National Anugerah Khas Menteri dan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Sempena Sambutan Hari Karnival KPKT 2016

i. MPSP telah dianugerahkan Anugerah Khas Menteri untuk PBT yang cemerlang. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada Hari Karnival KPKT 2016 yang diadakan pada 3 Disember 2016 dan disampaikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MPSP telah mendapat piala pusingan Anugerah Khas Menteri, piala dan sijil.

ii. MPSP juga mendapat Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 bagi kategori Majlis Perbandaran untuk dua inisiatif iaitu Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Program Pengkomposan Sisa. Setiap anugerah mendapat piala, sijil dan wang tunai RM4,500.00 setiap satu.

National MIP Planning Excellence Awards 2016 (MIP PEA 2016)

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah oleh Malaysian Institute of Planner (MIP) sempena MIP Planning Excellence Awards 2016 pada 25 November 2016. Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. MPSP telah dinobatkan sebagai penerima Recognition Awards yang mana buat julung kalinya MIP memilih 10 buah Kerajaan Tempatan terbaik seluruh Malaysia untuk menerima anugerah ini. Anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPSP sejajar dengan good governance dan Sustainable Development.

ii. MPSP dinobatkan sebagai penerima Merit Awards bagi Kategori Community Based Planning Category yang dianugerahkan kepada Project Butterworth Baharu Programme : Community Engagement Approached in Pekan Lama Regeneration Plan.

State Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang

Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Ruang Pameran Paras 3, KOMTAR. MPSP telah menerima beberapa anugerah sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 iaitu:

i. Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Anti-Theft Sliding Door For Lamp Post (A-Test Door))

ii. Naib Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri

iii. Tempat Ketiga dalam kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi eMahkamah

iv. Anugerah Khas dalam Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi Kad Pemberitahuan Tunggakan Cukai Taksiran (AiKad)

International Global Human Settlements Outstanding Contribution Award

The United Nations Conference On Housing And Sustainable Urban Development & The 11th Global Forum On Human Settlements telah menganugerahkan kepada YBhg. Dato' Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua MPSP "Global Human Settlements Outstanding Contribution Award" di atas segala usaha-usaha dan kesungguhan beliau dalam menjadikan Seberang Perai sebuah bandar mampan. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 18 Oktober 2016 di Quito, Ecuador.

State Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2016

MPSP telah berjaya untuk mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dalam Konvensyen KIK peringkat Negeri Pulau Pinang pada 8 September 2016 melalui Tajuk Projek Masalah Mengenalpasti Binaan Tanpa Kebenaran (Freeriders) Untuk Tujuan Kadaran oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. MPSP telah berjaya mendapat penghargaan sebagai Persembahan Terbaik Kumpulan KIK untuk tiga (3) tahun berturut- turut.

National Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016

Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT 2016 telah diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Kristal KPKT, Putrajaya. Dalam majlis ini, MPSP telah berjaya tersenarai antara lapan (8) PBT yang terbaik dalam kategori Anugerah Inovasi Kerajaan Tempatan (AIPBT) 2016 dan telah menerima penghargaan sebanyak RM100,000.00. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

 State Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016

Sukacita dimaklumkan,  Majlis Perbandaran Seberang Perai telah berjaya memenangi pertandingan Tandas Bersih bagi kategori Tandas Awam milik Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2, bertempat di Mydin Mall, Jalan Baru. Bagi kategori yang dipertandingkan, MPSP telah berjaya memenangi hadiah seperti berikut:

 
PERTAMA
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN SENTOSA, NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
SAGUHATI
i)
TANDAS AWAM PASAR AWAM PENANTI, SEBERANG PERAI TENGAH
 
ii)
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN ROBINA, SEBERANG PERAI UTARA
  MPSP telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00, sijil berserta trofi bagi Tempat Pertama serta sijil berserta trofi untuk Saguhati.

State

Johan Kategori Sektor Awam Pertandingan Kawad Sempena Perarakan Kemerdekaan Hari National 2016 Peringkat Negeri Pulau Pinang, 31 Ogos 2016

 National Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016

Dimaklumkan MPSP telah berjaya mendapat 5 Bintang di dalam Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016 yang telah dijalankan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 20 dan 21 Julai 2016.

National Pada bulan Julai, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang mendapat enam (6) persijilan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)
6.
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
   
National Floria President Award, 27 Mei 2016.
   
Quality Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, 25 Mac 2016.
   
State Pengiktirafan Daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

MPSP telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pencapaian MPSP mendapat tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan. Projek inovasi yang telah dikemukakan oleh MPSP bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam adalah Sistem Pemantauan Pintar (SPP), Perkhidmatan Kaunter Multiskills, Professional Sniper Gadjet (PSG) dan Self Managed Recycle Center (SMRC). MPSP juga mendapat pengiktirafan di atas pencapaian ‘The Malaysia Book Of Records’ (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima Lima (5) Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti pada tahun 2015 iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)

 

Year 2015

Level Awards
National Tempat ke-2 dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015 (AISA) bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2015 dan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. MPSP telah menerima hadiah berupa cek sebanyak RM100,000.00 serta sijil penghargaan.
   
Quality Anugerah Kualiti Sirim 2015 (Kategori Organisasi), 13 November 2015.
   
National Tempat kedua dlm kategori pengkomposan sisa pelaksanaan Inisitiatif Kejiranan Hijau sempena hari sambutan Hari Perancang Sedunia 2015, 3 November 2015.
   
Quality Penang Green Office (September 2015 - September 2017), Penang Green Council.
   
International Cik Nadia Faradila bt Jalawi (Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah menyertai ICMA YSEALI Professional Fellows Program pada 29 April 2015 hingga 6 Jun 2015 yang lalu di Washington D.C, USA.
   
National Pada 13 April 2015, MPSP telah mendapat pengesahan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima lima (5) Persijilan Sistem Pengurusan berteraskan kualiti iaitu:
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S( QEMS)
   
National Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) KPKT 2015
Inovasi MPSP iaitu :-
1.
Kaunter Bergerak Multi Skill
2.
Profesional Sniper Gadget (PSG)
3.
Sistem Pemantauan Pintar (SPP)
4.
Self Manage Recycle Center (SMRC)
MPSP telah berjaya disenarai pendekkan dalam enam (6) finalis terbaik dari 19 penyertaan PBT dalam Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan  (AIPBT) 2015 dan  telah mendapat Insentif Penghargaan sebanyak RM 100,000.00 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT). Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT) pada 22 Oktober 2015. Keputusan muktamad akan diumumkan pada November 2015.
   
State Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Pulau Pinang-27 Oktober 2015
1.
Anugerah Khas untuk Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)  dengan tajuk Projek : INSENTIF DAN TINDAKAN PUNITIF BAGI KUTIPAN HASIL DAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN oleh Jabatan Perbendaharaan.
2.
Johan untuk Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek: KAUNTER BERGERAK MULITISKIL oleh Kumpulan CMS Team (Kumpulan KIK MPSP 2014).
3.
Naib Johan untuk  Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek : SISTEM PEMANTUAN PINTAR (SPP) oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa.
   
State Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif)  3i dari  Jabatan Perbandaran, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Kejuruteraan MPSP telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan pada 6 Oktober 2015 di Auditorium A, KOMTAR. Projek yang telah memenangi anugerah tersebut adalah "Lori Kompaktor Berirama"
   
International MOU MPSP BERSAMA CITY OF YOKOHAMA

Dimaklumkan bahawa MPSP telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan City of Yokohama , University of Yokohama , JICA, USM pada 20 Oktober 2015.


Year 2014

Level Awards
International YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) menjadi wakil ICLEI Asia Tenggara, “ICLEI Southeast Asia representative to the Global Executive Committee” (GEXCOM), 11 Disember 2014
   
International YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) dilantik menjadi “Regional Executive Committee” (REXCOM), 27 November 2014
   
National MPSP telah dianugerahkan Sijil Bandar Mampan dan diberi hadiah RM 2000.00. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Arpah Binti Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JPBD, Tn Hj Zainuddin Ahamad, 11 November 2014
   
State Menerusi Konvensyen KIK - MPSP telah mendapat tempat kedua bagi kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal serta Persembahan Terbaik, 16 Oktober 2014
   
National YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP), telah dianugerahkan Planner of The Year 2014 semasa menghadiri Planning Excellence Awards Gala Dinner 2014, 12 September 2014
   
International MPSP dianugerahkan International Observatory on Participatory Democracy With A Special Mention of the International Jury of the IOPD 8th Year “Best Practice In Citizen Participation” pada 04 Jun 2014 di Canoas, Brazil
   
National MPSP telah mendapat pengiktirafan inisiatif Inovasi 'Mendahului Keluk Pembaharuan Melalui Peyelesaian Teknologi dan Interaksi Sosial' melalui Sistem Pemantauan Pintar (SPP) sebagai finalis dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 05 September 2014.
   
National Anugerah 4 bintang Bagi PBT Star Rating 2013, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Pihak Berkuasa Tempatan 2014 di Hotel Equatorial, Melaka pada 28 April 2014 oleh Y.B. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 4 Bintang


Year 2013

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2013 (MGPWA 2013)
   
Quality "Penang Green Office (April 2013 - April 2015)", Penang Green Council
   
National Sijil Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau melalui Penyediaan Kebun Kejiranan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 12 November 2013
   
State Johan, Pertandingan Tandas Bersih (Kategori Jabatan Kerajaan) pada 19 November 2013
   
Quality Persijilan ISO 14001:2004 diperolehi sejak 2006 dan persijilan sah sehingga 2015
   
Quality Sijil OHSAS 18001:2007 pada 01 Oktober 2013
   
Quality Persijilan ISO 9001:2008 diperolehi oleh MPSP sejak 1999 dan persijilan sah sehingga 2014 oleh SIRIM


Year 2012

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2012 (MGPWA 2012)
   
National “Outstanding Contribution Towards Sustainability Award” daripada Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM) pada 23 Jun 2012
   
  Persijilan Semula ISO 14001: 2004 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Persijilan dikekalkan bagi 14 Jun 2012 hingga 13 Jun 2015.
   
National Penarafan 4 Bintang, Penilaian Sistem Star Rating Oleh KPKT Bagi Tahun 2010/2011


Year 2011

Level Awards
National Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2011 (MGPWA 2011)
   
State Anugerah Khas, Kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
   
State Johan, Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)


Year 2009

Level Awards
State Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik
   
State Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Laman Web Terbaik
   
State Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kaunter


Year 2007

Level Awards
State Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri Pulau Pinang (E-service category),
Management Of MPSP’s Tax Payers
   
National Calon Peringkat Akhir, MSC-Apicta Award (E-service category)
Assessment Tax's Management
   
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
   
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan


Year 2006

Level Awards
National Tempat Ke 11 dari 1,055 Laman Web Agensi Kerajaan di Malaysia, Kajian Laman Web Kerajaan MDEC
   
State Naib Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri P.Pinang, Kategori e-Khidmat, Bertajuk : "Customer Relationship Management"
   
State Anugerah Khas Bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Kaunter
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Naib Johan, Anugerah Inovasi
Inovasi bertajuk "Pemprosesan data-data kutipan hasil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai".
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P. Pinang


Year 2005

Level Awards
National Naib Johan, Anugerah PBT Mampan


Year 2004

Level Awards
National Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan


Year 2003

Level Awards
State Naib Johan, Pertandingan Persembahan KMK
   
State Tempat Ke 3, Kawad Kontinjen Sektor Awam, Perarakkan Hari Kebangsaan ke 46
   
State Johan, Laman Web Terbaik
   
State Johan, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Tempat Ke 3, Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang


Year 2002

Level Awards
National 20 Agensi Terbaik
Anugerah Kualiti Perdana Menteri
   
State Johan Landskap
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan
   
State Naib Johan, Kategori Taman Bandar
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan


Year 2001

Peringkat Awards
National 20 Laman Web Terbaik Agensi KerajaanPertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam
   
National Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Tajuk Inovasi:"Perkhidmatan Cepat, Cekap dan Berkesan dengan Menggunakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
   
State Johan Laman Web Terbaik
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
State Johan
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri P.Pinang


Year 2000

Level Awards
National 20 Laman Web Terbaik Agensi Kerajaan
Pertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam