ISO 50001 : 2011 (EnMS)

Last updated on

Sistem Pengurusan Tenaga mula dikuatkuasakan oleh MPSP pada 15 Mac 2014. MPSP mengamalkan pengurusan tenaga yang efektif dalam menuju Persijilan ISO 50001 : 2011 (EnMS). Penggunaan tenaga dengan efisyen membantu MPSP menjimat wang dalam masa yang sama memulihara sumber dan menangani perubahan cuaca.

Perkara-perkara berikut perlu dibudayakan semasa di pejabat:-

  • Lampu, alat hawa dingin dan komputer di pejabat dipadamkan jika tidak digunakan semasa waktu hari tengahari
  • Lampu tandas dipadamkan selepas menggunakan tandas.
  • Lampu dan alat hawa dingin di bilik mesyuarat dipadamkan selepas digunakan
  • Lampu dan alat hawa dingin di bilik pegawai kanan/pegawai dipadamkan semasa mereka tidak ada di pejabat.
  • Semua punca elektrik dipadamkan/ditutup selepas waktu pejabat

 

Tanda-tanda peringatan dilekatkan di tempat-tempat strategik untuk menarik perhatian dan memberi kesedaran kepada kakitangan tentang penjimatan penggunaan elektrik, contoh seperti berikut:-

Dilekatkan di tempat strategik dalam pejabat
JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
 
PADAMKAN LAMPU JIKA TIDAK DIGUNAKAN

 

SKOP PENDAFTARAN

 

Skop pendaftaran EnMS adalah :

i.  Penggunaan Tenaga Elektrik

ii. Penggunaan Chilled Water

 

Di Bangunan Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda

Penggunaan tenaga dengan efisyen membantu MPSP menjimat wang dalam masa yang sama memulihara sumber dan menangani perubahan cuaca.