Perutusan YDP

Tarikh kemaskini pada

YANG DIPERTUA MPSP
YBhg. Dato' Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud
 
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita telah berjaya melalui tahun 2017 dengan jayanya. Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan telah diterima di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah sliver award dalam kategori “Digital Inclusion” oleh WeGO, Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2016 [lima (5) Bintang (Cemerlang)], disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) bagi Largest Tecoma Tree Planting Event dan dianugerahkan pensijilan pematuhan SAGA iaitu satu (1) pengiktirafan dan perakuan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia ke atas kemantapan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan MPSP. Selain itu, MPSP juga tidak terlepas dengan dugaan seperti bencana banjir pada 4 dan 5 November 2017 yang lalu. Alhamdulillah kita dapat menanganinya dengan sebaiknya secara berpasukan. Tahun 2017 meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis buat kita semua.
 
Pada tahun 2018, MPSP akan mempunyai Visi, Misi, Slogan dan Corporate Value yang baru. MPSP sentiasa menjadikan “Seberang Perai is For All” sebagai guidance principal bagi memacu MPSP ke arah inklusif. Justeru itu, bagi mencapai “Seberang Perai An Aspiring City Of Tomorrow”, saya menyeru kepada seluruh warga Seberang Perai untuk terus memberikan sokongan kepada MPSP ke arah matlamat menjadikan Seberang Perai Resilient, Inklusif, Hijau, Kompetitif dan Bandar Pintar Dipacu oleh Teknologi.
 
MPSP akan memberikan penekanan di dalam penggunaan industri 4.0, Big Data Analytics (BDA), IoT, Cloud Computing dan Artificial Intelligence dalam memberi perkhidmatan kepada warga Seberang Perai dan melakukan transformasi digital untuk penjanaan ekonomi yang lebih makmur.
 
Kami juga mengalu-alukan idea-idea dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan perkhidmatan MPSP demi kebaikan kita bersama. Akhir kata, selamat menyambut Tahun Baru 2018. Semoga tahun 2018 akan menjadi tahun yang lebih baik buat kita semua.
 
Sekian, terima kasih
 
Dato’ Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Pulau Pinang , Malaysia