Tempahan Kemudahan Majlis

Tarikh kemaskini pada

Bagaimana membuat tempahan Dewan & Kompleks Sukan MPSP?


Tempahan kemudahan sukan dan dewan boleh dibuat melalui kaunter berpusat MPSP di Ibupejabat MPSP Bandar Perda, Bukit Mertajam. Orang ramai juga boleh membuat tempahan melalui tempahan online di laman web MPSP iaitu
Sistem e-Tempahan
.


Borang Tempahan Dewan & Komples Sukan MPSP

Syarat-syarat Penyewaan Dan Penggunaan Dewan & Komples Sukan MPSP


Lain-lain (Sila Klik)

 
Berapa harikah yang diperlukan oleh pemohon untuk menghantar borang permohonan sebelum dapat menggunakan kemudahan yang diperlukan?

Permohonan penggunaan kemudahan hendaklah dibuat tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan.
 
Bagaimana membuat tempahan Dewan Millenium?


Pertanyaan mengenai kemudahan yang disediakan dan maklumat tempahan boleh terus dibuat melalui talian 04-5793894 atau 012-4796865 (Puan Salwa) atau hadir terus ke Pejabat Pentadbiran Dewan Milenium, Bertam, Kepala Batas.


Sila klik untuk kadar bayaran

 
Bagaimana memohon peralatan gotong-royong?

Orang ramai boleh memohon mengguna peralatan untuk kerja-kerja gotong-royong di tempat-tempat awam, kawasan kampung dan taman perumahan. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Rukun Tetangga / Persatuan Penduduk / JKKK / pertubuhan / persatuan sukarela kepada Pengarah Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam.  Surat permohonan hendaklah mempunyai maklumat berikut :

  • Tarikh, Masa dan Tempat  perlaksanaan gotong-royong.
  • Jenis dan jumlah peralatan yang diperlukan.
  • Jumlah peserta yang akan terlibat semasa gotong-royong.
  • No. telefon orang yang boleh dihubungi untuk mendapat maklumat.


Surat permohonan hendaklah diterima oleh Majlis dalam tempoh 1 minggu sebelum tarikh perlaksanaan.
 

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui laman web Sistem Tempahan Gotong-Royong.


Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui talian 04-5497649 (Puan Sarayah) atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 
Bagaimana tempah kebudayaan?


Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan khidmat kumpulan tersebut bolehlah membuat pertanyaan atau semakan tempahan melalui talian 04-5497486 (Puan Roslenda), 04-5305685(En. Ahmad Hizamry) atau email  ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 


Sila klik untuk kadar bayaran