Kemudahan Sukan & Dewan

Tarikh kemaskini pada

PEMBERITAHUAN
 

Sila ambil perhatian, untuk sebarang tempahan kompleks sukan / dewan MPSP seperti Gelanggang Badminton, Tenis, Bola Jaring, Bolasepak, Boling Padang dan Hoki kecuali Stadium Negeri Batu Kawan, sila berurusan di kaunter berpusat di bangunan ibu pejabat atau secara online. Klik disini (Sistem e-Tempahan)

Bagaimanapun, bagi tempahan kompleks sukan dan dewan yang melibatkan/memerlukan persiapan dan peralatan seperti penganjuran Karnival/Kejohanan/Kenduri, sila berurusan terus dengan Jabatan Kemasyarakatan di talian 04-5497488 bagi tujuan penyelarasan.

Sila ambil perhatian, tuan / puan perlu mengembalikan resit bayaran kepada bahagian tempahan (kaunter berpusat atau Jabatan Kemasyarakatan) untuk pengesahan atas tempahan yang telah dibuat.

Sekian, terima kasih.

 
MAKLUMAN
 

Berkuatkuasa 1 Jun 2006, kadar sewaan bagi kompleks sukan, dewan dan stadium adalah seperti di bawah. Bayaran cagaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Cagaran akan dikenakan bagi sewaan slot harian (bagi tempoh 8 jam) atau sewaan sepenuh hari, dan bagi slot jam (sekiranya ia digunakan untuk mengadakan pertandingan) bayaran cagaran yang perlu dibayar oleh penyewa adalah seperti berikut :

*Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 dan ke bawah, bayaran cagaran adalah separuh

(50%) daripada sewa yang dikenakan.

*Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah RM 1000.00 - RM 5000.00, bayaran cagaran adalah

RM 1000.00.

*Bagi sewaan TEMPAT (bahagian/kawasan/tapak) yang berjumlah melebihi RM 5000.00, bayaran cagaran adalah RM 3000.00

1. Bayaran separuh harga / konsesi diberi terus untuk :

*Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan/badan berkanun.

*Institusi pengajian/pendidikan kerajaan, persatuan / pertubuhan Sukan yang berdaftar.

*Ahli Parlimen, Wakil Rakyat, Ahli Majlis MPSP, Persatuan / Kelab serta jabatan-jabatan MPSP.

2. Pengecualian bayaran diberi terus untuk :

*Aktiviti sukan yang dijalankan oleh Kelab di bawah pengurusan Jabatan Kemasyarakatan serta Persatuan Kebajikan,

Sukan dan Sosial MPSP (PESUKA).

*Program kursus/ seminar / bengkel / mesyuarat / latihan yang diadakan oleh Jabatan / Persatuan / Kelab MPSP.

Kemudahan bagi nombor 1 dan 2 adalah untuk aktiviti yang tidak berasaskan keuntungan dan kemudahan ini tidak termasuk tempahan bagi tujuan / kegunaan peribadi.

 

 

PENGENALAN

 

Majlis Perbandaran Seberang Perai menyediakan berbagai kemudahan sukan dan rekreasi untuk orang ramai antaranya ialah: