Perkhidmatan Kaunter

Tarikh kemaskini pada

A. Kaunter Berpusat
   
icon
MPSP kini menyediakan perkhidmatan kaunter berpusat. Kaunter ini menempatkan semua perkhidmatan - perkhidmatan yang dijalankan oleh sembilan jabatan MPSP di satu tempat, supaya ianya mudah dikunjungi oleh para pelanggan.
   
icon
Kaunter Berpusat beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP. Ianya dibuka pada hari - hari bekerja seperti berikut:
   
 
Isnin - Jumaat
7.30 pagi - 5.30 petang
   
icon
Antara perkhidmatan - perkhidmatan yang disediakan adalah:
 
  • Aduan.
  • Tempahan Kompleks Sukan dan Dewan MPSP.
  • Permohonan Lesen Patil Anjing.
  • Permit Sembelihan Binatang.
  • Suntikan Typoid untuk pendendalian makanan.
  • Lesen MPSP Menggali Kubur.
  • Permohonan Permit Pelupusan (Kaunter Cawangan Jawi - Jabatan Perbandaran).
  • Permohonan Borang Maklumat (F.O.I).
  • Bayaran Kursus / Latihan MPSP.
  • Jualan Tender dan Sebutharga.
  • Sewaan Ruang Legar.
  • Permohonan Nombor Patil (Peraturan & Prosedur).
  • Carian Maklumat Harta Berkadar.
  • Permohonan tukar Alamat Pos.
  • Permohonan Tukar Nama Pemilik Harta (Skim / Kampung).
  • Permohonan & Pembaharuan Pelekat Pakir O.K.U.
  • Permohonan Permit Iklan / Sepanduk, Belon Udara, Buah - Buahan Bermusim, Kerusi Meja & Skrin Layar.
  • Bayaran serahan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma
  • Permohonan lesen - lesen MPSP (Lesen Am / Industri / Penjaja & Veterinar) - Kaunter No. 20 & Kaunter Berpusat.
  • Pembaharuan Lesen MPSP.
  • Fi Hotel.
  • Bayaran bil - bil Hasil MPSP (Cukai Taksiran / Kompaun & Bil Jabatan MPSP).
  • Bayaran bil utiliti (lain - lain agensi) - MBPP, PBA & TNB.
 
 
   
B. Pusat Setempat (OSC)
   
icon
Pusat Setempat diwujudkan bagi memudahkan proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Sijil Kelayakan Menduduki untuk meransang pertumbuhan ekonomi melalui 'Government Delivery System' yang cekap.
   
icon
Kaunter ini beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP berhadapan dengan kaunter pusat. Ianya dibuka pada hari - hari bekerja seperti berikut:
   
 
Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 pagi – 5.30 petang
   
icon
Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter setempat ini ialah:
 
  • Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Permohonan Kebenaran Merancang dari pemohon kepada PBT dan Agensi Teknikal.
  • Melapor status permohonan Pelan Bangunan dan Permohonan Kebenaran Merancang ke KPKT dan Kerajaan.
  • Mengenalpasti masalah permohonan tersebut dan memberi cadangan penyelesaian.
   
icon
Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon berikut: 04 - 5497702.
   
   
C. Kaunter Bayaran
   
icon
Kaunter bayaran MPSP berlokasi di Tingkat Bawah, Menara MPSP iaitu di bawah Kaunter Berpusat. Selain dari itu, perkhidmatan Kiosk bagi bayaran cukai taksiran secara TUNAI juga disediakan.
   
icon
Kaunter Bayaran secara amnya beroperasi pada hari bekerja seperti berikut:
   
 
Isnin - Jumaat
7.30 pagi – 5.30 petang
   
 
Bandar Perda
:
04 - 5497555 (Ext: 692, 693, 701, 709 & 822)
Butterworth
:
04 - 3105571
Nibong Tebal
:
04 - 5831701
   
icon
Perkhidmatan yang disediakankan di kaunter bayaran adalah:
 
  • Semua bil - bil MPSP.
  • Bil elektrik (TNB).
  • Bil air (PBA).
  • Jualan Kupon Meletak Kereta kepada agen - agen (Kaunter PESUKA, Bandar Perda, Kaunter Cawangan MPSP Jawi, Nibong Tebal & Kaunter Cawangan Kg. Jawa, Butterworth).
  • Bil - bil cukai & Kompaun Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).