Jabatan Korporat Dan Perhubungan Antarabangsa

Tarikh kemaskini pada

Unit Audit Dalaman

Fungsi unit ini adalah :-
  • Membantu meningkatkan tambah nilai dan tadbir urus organisasi.

  • Memantau pematuhan aktiviti organisasi melalui semakan audit.

  • Membantu pengurusan meminimakan risiko yang ada dan mengenalpasti risikodalam organisasi.

  • Memberi konsultansi dan pengesahan berdasarkan penemuan audit supaya pengurusan dapat memperbaiki kelemahan, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan serta menjimatkan kos sumber.

 

Bahagian Pembangunan Korporat

Fungsi dan tanggungjawab utama Bahagian Pembangunan Korporat adalah sebagai Urusetia kepada Pejabat Yang Dipertua (YDP) dan Setiausaha Perbandaran(SUP) yang mana antara tugas bahagian ini  adalah membekalkan maklumat dan data-data kepada Yang DiPertua / Setiausaha Perbandaran semasa menghadiri sesuatu mesyuarat atau digunakan oleh YDP/SUP dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, fungsi dan tanggungjawab Bahagian Pembangunan Korporat adalah merangkumi tugas-tugas seperti berikut:-

 UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
   
1. Menyediakan kertas maklumat mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan MPSP dan mengemaskini maklumat tersebut untuk dijadikan bahan rujukan YDP/SUP.

2. Menyelaras surat-surat yang diterima dari Pejabat YDP/SUP untuk proses agihan kepada Jabatan yang berkenaan.

3. Mengurus dan menyelaras fail-fail mesyuarat dan memantau pergerakan fail antara Pejabat YDP/SUP dengan jabatan-jabatan di MPSP.

 4. Menyelaras semua maklumbalas mesyuarat yang berkaitan dengan MPSP seperti mesyuarat Majlis  Mesyuarat Kerajaan (EXCO), Post EXCO, Forum Perundingan Kerajaan Tempatan, Majlis Mesyuarat  Kerajaan Kerajaan Tempatan   , Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa  Keutuhan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan  Kewangan & Audit serta agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

 5. Menyelaras soalan dan jawapan bagi soalan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan   Negara.

 6. Menyelaras aduan-aduan yang diterima daripada Pejabat Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Pencegah Rasuah, Biro Pengaduan Awam, Persatuan Pengguna serta agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

 7. Menyelaras dan memantau aduan yang diterima melalui email YDP.

 8. Menyelaras aduan-aduan yang diterima daripada Ahli Majlis melalui Sistem Soalan dan Aduan Ahli Majlis (Pantas).

 9. Menyelaras soalan-soalan bertulis daripada Ahli Majlis untuk Mesyuarat Majlis Penuh

 10. Pengurusan perpustakaan MPSP.

 11. Urusetia Mesyuarat Pengurusan Atasan

 

 UNIT KUALITI

 1. Bertindak sebagai sekretariat/urusetia dan penggerak  bagi program-program kualiti MPSP.

 2. Menyedia jadual tahunan pelaksanaan program kualiti.

 3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MPSP  dan lain-lain program peningkatan kualiti seperti ISO 9001:2008, ISO 14001:2004, 5S ,  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Pelaksanaan BPR, Benchmark, Piagam Pelanggan, KAIZEN.
 
 4. Menyelaras pelantikan jawatankuasa program-program kualiti .

 5. Membantu penyelarasan Audit Dalaman bagi program kualiti yang berkenaan.

 6. Sekretariat bagi Program Transformasi MPSP, Sistem Star Rating (SSR) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri dan Persekutuan.

 7. Menyediakan laporan pelaksanaan dan pencapaian bagi program-program kualiti.