Jabatan Undang-Undang

Tarikh kemaskini pada

Jabatan ini bertanggungjawab memberi nasihat perundangan, membuat dan menggubal undang-undang kecil untuk Majlis. Seterusnya menguatkuasa undang-undang di dalam kawasan pentadbiran Majlis termasuklah mengeluar kompaun dan mengambil tindakan mahkamah.

BAHAGIAN / UNIT

  • Pentadbiran

  • Pendakwaan

  • Gubalan dan Nasihat

  • Polis Bantuan

  • Pengawal Lalulintas

  • Mahkamah Munisipal

 

Fungsi Jabatan Undang-undang adalah seperti berikut :

  • Memberi nasihat perundangan

  • Menguatkuasakan undang-undang

  • Menggubal, meminda dan memansuhkan Undang-Undang Kecil yang lapuk

  • Menjalankan pendakwaan kes-kes Majlis di Mahkamah

  • Menyediakan dan menyemak kertas aduan, pertuduhan dan saman

  • Membekal maklumat dan menapis semua affidavit kes sivil

  • Melantik panel peguam dan menentukan bayaran fee panel peguam

  • Menyedia dan menyemak perjanjian

  • Mengkompaun kesalahan

  • Menyemak kontrak, perintah-perintah dan notis termesti

  • Melaksanakan waran tangkap dan menyerahkan saman

  • Urusan keselamatan dan bantuan prosiding Mahkamah Munisipal