Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Tarikh kemaskini pada

Jabatan ini berperanan membentuk dan memelihara Sistem Percukaian MPSP supaya ianya sentiasa responsif dan efektif menjurus konsep keadilan dan kemampanan bagi maksud pengenaan cukai taksiran di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Jabatan komited dengan budaya kerja yang proaktif dan efisyen, melaksanakan penilaian secara profesional dan berintegriti, seterusnya pengenaan cukai taksiran berciri cekap dan telus ke atas segala harta berkadar di dalam kawasan pentadbiran MPSP.
Disamping itu, Jabatan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta - harta tak alih MPSP bagi maksud komersil dan maksud awam.
1.
Jabatan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu :-
I.
BAHAGIAN KADARAN
II.
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
III.
BAHAGIAN PENTADBIRAN DALAMAN
2.
Fungsi - Fungsi Utama Jabatan adalah seperti berikut :-
i.
Penyediaan Senarai Nilaian baru bagi segala harta berkadar yang berada di kawasan pentadbiran MPSP untuk tujuan mengenakan cukai taksiran sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Rujukan Akta : Sek. 127 & 137 Akta 171
ii.
Pindaan Kepada Senarai Nilaian Semasa melalui penilaian harta - harta baru dan pindaan kepada bangunan sedia ada bagi memastikan sistem percukaian MPSP sentiasa terkini dan saksama.
Rujukan Akta : Sek. 144 Akta 171
iii.
Melaksanakan penilaian ke atas semua harta Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri & Badan - badan Berkanun bagi maksud tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK).
Artikal 156, Perlembagaan Persekutuan
iv.
Menguruskan harta - harta tak alih MPSP yang berada di bawah tindakan Jabatan Penilaian & Pengurusan MPSP.
v.
Melaksanakan penilaian untuk maksud Insurans bagi harta-harta tak alih MPSP, Penilaian Modal serta Sewaan Harta.
vi.
Menguruskan Inventori Harta Tak Alih MPSP.
vii.
Memproses dan memperaku permohonan pengecualian / Pengurangan daripada bayaran cukai taksiran
Rujukan Akta : Sek. 134/135, Akta 171
viii.
Pengendalian Mesyuarat Rayuan Cukai Taksiran untuk mendengar dan menyiasat rayuan / bantahan terhadap cukai taksiran yang dicadangkan.
Rujukan Akta : Sek. 142 & 143(3). Akta 171
ix.
Memproses permohonan Pertukaran Nama Pembayar Cukai di dalam Senarai Nilaian MPSP.
Rujukan Akta : Sek. 160, Akta 171
x.
Menguruskan Pangsa PPR Ampangan.
xi.
Memproses permohonan Pertukaran Alamat Pos Pembayar Cukai di dalam Senarai Nilaian MPSP.
xii.
Memproses Semakan Maklumat Harta - Harta Berkadar di dalam Senarai Nilaian MPSP oleh tuanpunya harta / peguam / perunding.