Jabatan Bangunan

Tarikh kemaskini pada

Mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1986 dan dasar-dasar Majlis, jabatan ini bertanggungjawab melaksanakan undang-undang kawalan bangunan-bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis dan memastikan ia dibina mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Akta dan Undang-undang Kecil di atas.


BAHAGIAN / UNIT

  • Bahagian Kawalan Bangunan

    - Unit Seberang Perai Utara

    - Unit Seberang Perai tengah

    - Unit Seberang Perai Selatan

 

  • Bahagian Pentadbiran

    - Unit Pentadbiran

    - Unit R&D

 

Fungsi Jabatan Bangunan adalah :

  • Menguatkuasakan kawalan ke atas pembinaan bangunan dan penduduk kepada bangunan-bangunan di Seberang Perai.

  • Menasihati Majlis dalam kawalan perancangan bangunan.

  • Mengawal, memeriksa dan menjalankan siasatan ke atas semua bangunan tambahan dan bangunan yang didirikan tanpa kebenaran.

  • Menasihati lain-lain jabatan di atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kegunaan bangunan.

  • Merekabentuk pindaan / bangunan yang dicadangkan untuk didirikan jika ada.