Jabatan Kejuruteraan

Tarikh kemaskini pada

Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis untuk membantu pembangunan kawasan Seberang Perai. Ia bertanggungjawab untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta menyediakan kemudahan awam seperti menyediakan pasar awam, tempat meletak kereta, pondok perhentian bas dan lampu jalan. Di samping itu, jabatan ini juga memainkan peranan dalam penyeliaan sistem lalulintas dan kerja tanah di Seberang Perai.


BAHAGIAN / UNIT

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Pembangunan dan Perancangan:
    1. Unit Perancangan
    2. Unit Ulasan Pelan

  • Bahagian Pengurusan Aset Mekanikal dan Pengangkutan:
    1. Unit R&D, Pembelian dan Penyelenggaraan Alatan Mekanikal
    2. Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Kenderaan

  • Penyelenggaraan Harta dan Kemudahan Awam:
    1. Unit Projek dan Perolehan
    2. Unit Penyelenggaraan Fasiliti
    3. Unit Penyelenggaraan Infrastruktur
    4. Unit Skuad Penyelenggaraan

Fungsi Jabatan Kejuruteraan adalah :

  • Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai projek Majlis bagi pembangunan seluruh kawasan Seberang Perai.

  • Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam kawalan dan pengawasan sistem lalulintas, kawalan kerja tanah dan pembangunan.

  • Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam serta infrastruktur.

  • Menyelenggara jalan-jalan taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai.

  • Melaksana pembelian serta penyelenggaraan kenderaan dan peralatan mekanikal Majlis.