Jabatan Pelesenan

Tarikh kemaskini pada

BAHAGIAN / UNIT

 

  • Unit Pentadbiran

  • Unit Lesen Am

  • Unit Lesen Industri

  • Unit Lesen Hiburan

  • Unit Penjaja & Peniaga Kecil

 

Fungsi Jabatan Pelesenan ini adalah :

 

  • Mengeluarkan bil lesen premis am/industri sementara dalam tempoh 1 hari selepas penerimaan borang permohonan lesen yang lengkap di kaunter.

     
  • Mengeluarkan bil lesen premis am/industri kekal (tidak berisiko) genap 6 bulan dari tempoh permohonan dan semua syarat pelesenan dipatuhi.

     
  • Mengeluarkan bil lesen premis am/industri kekal (berisiko) dalam tempoh 25 hari selepas semua syarat pelesenan dipatuhi.

     
  • Mengeluarkan bil lesen penjaja sementara dalam tempoh 1 hari selepas penerimaan borang permohonan lesen yang lengkap di kaunter
     

  • Mengeluarkan bil lesen penjaja kekal genap 6 bulan dari tempoh permohonan dan semua syarat pelesenan dipatuhi.
     

  • Mengeluarkan syarat-syarat pelesenan veterinar dan surat memohon ulasan kepada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran permohonan yang lengkap diterima di kaunter berpusat
     

  • Mengeluarkan bil lesen veterinar dalam tempoh 14 hari selepas pematuhan syarat pelesenan dan selepas mendapat ulasan daripada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MPSP
     

  • Makluman keputusan temuduga melalui SMS diberi 1 hari selepas temuduga, manakala surat tawaran dikeluarkan 2 hari selepas temuduga dijalankan