Lampu

Tarikh kemaskini pada

Lampu jalan ialah salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis kepada warga Seberang Perai.

Secara amnya terdapat 2 jenis lampu jalan:-

1. Lampu jalan tiang galvani/besi yang diselenggarakan oleh MPSP.
2. Lampu jalan tiang konkrit yang diselenggarakan oleh TNB.

MAKLUMAT TIANG LAMPU JALAN

 

KAWASAN JENIS TIANG LAMPU JALAN
TIANG BESI BERGALVANI TIANG KONKRIT TNB
SPU 2,382 8,726
SPT 4,334 25,238
SPS 2,456 8,892
JUMLAH KESELURUHAN 9,173 42,856

 

Setiap tahun Majlis membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk menyelenggara lampu jalan awam.

Kos yang dibelanjakan dari tahun 2007 - 2012 adalah seperti jadual di bawah:-

PERKARA TAHUN
2007 2008 2009 2010 2011 2012
KOS PENYELENGGARAAN (RM) 1,055,533.64 1,877,133.55 1,693,531.50 1,370,085.71 1,973,348.79 1,388,306.92
KOS BAYARAN BIL ELEKTRIK (RM) 3,365,946.14 4,077,296.16 4,697,197.19 4,951,139.13 5,868,765.23 6,663,182.35
JUMLAH KESELURUHAN 4,421,482.78 5,954,429.71 6,392,728.69 6,321,224.84 7,842,114.02 8,051,489.27

 

Contoh gambar lampu jalan (Jenis Galvani/Besi):-

 gal1 gal2 gal3 

 

Contoh gambar lampu jalan (Jenis konkrit):-

kon1 kon2 kon3

 

Pihak Untuk Dihubungi Waktu Kecemasan:

Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan lampu jalan (Jenis Galvani / Besi), sila hubungi:-

Waktu pejabat                         : 8.00 pagi hingga 5.00 petang (04-5497608)
Selepas waktu Pejabat 24 jam : Talian bebas tol (1-800-88-6777)


Jika masalah berkaitan lampu jalan (Jenis Konkrit) boleh terus hubungi pihak TNB di talian 15454