Program CSR

Tarikh kemaskini pada

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4

Slide5

Slide6

Slide7

Slide8

Slide9

Slide10

Slide11

Slide12

Slide13

Slide14

Slide15

Slide16

Slide17

Slide18

Slide19

Slide20

Slide21

Slide22

Slide23

Slide24

Slide25

Slide26

Slide27

Slide28

Slide29

Slide30

Slide31

Slide32

Slide33

Slide34

Slide35

Slide36

Slide42

SYARAT-SYARAT MAJLIS UNTUK “PROGRAM CSR” DI BAWAH MPSP

Syarat-syarat projek CSR Lanskap yang dicadangkan adalah seperti berikut :

 

1. Pihak swasta yang berminat dibenarkan mengambil tapak (Tanah Kerajaan) sebagai Projek CSR mengikut tempoh yang ditetapkan. Pihak Majlis akan membuat lawatan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan penyelenggaraan berada dalam keadaan memuaskan. Pihak Majlis berhak menarik kembali kelulusan ini jika sekiranya pihak swasta gagal menyelenggarakan tapak tersebut.
 
2. Pihak swasta boleh membuat permohonan melanjutkan tempoh ‘Projek CSR’ sekiranya tempoh telah tamat tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.
 
3. Semua penyelenggaraan di kawasan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta. Tapak ini adalah tetap berstatus tanah Kerajaan Negeri dan orang awam berhak menggunakan kawasan ini pada bila-bila masa.
 
4. Sebarang aktiviti yang akan dijalankan di dalam tapak ini perlu mendapat kebenaran daripada Majlis terlebih dahulu.
 
 
5. Sebarang pengiklanan atau papan tanda, pihak swasta perlu memohon kelulusan Majlis terlebih dahulu sebelum memasang sebarang papan tanda.
 
 
6. Pihak swasta perlu menyelenggara landskap lembut dan landskap kejur pada setiap masa. Sebarang aduan dan kerosakan landskap perlu diambil tindakan dan dibaiki dengan segera.
 
7. Pihak swasta tidak boleh menajakan tapak kepada pihak lain.
 
8. Sekiranya berlaku kecederaan semasa berada di tapak tanggungjawab sendiri.
 
9. Pihak swasta perlu bertanggungjawab dalam mengawal lalulintas dan langkah-langkah keselamatan pengguna jalanraya bagi tapak projek seperti ‘roundabout’ pembahagi jalan, bahu jalan atau kawasan persimpangan jalan utama yang sibuk.
 
10. Pihak Majlis pada bila-bila masa boleh menamatkan kontrak ini, jika pihak swasta tidak mematuhi syarat-syarat dari MPSP.
 
11. Perjanjian boleh diperbaharui dengan permohonan secara bertulis 6 bulan sebelum tamat tempoh penajaan sekiranya pihak swasta menyelenggara kawasan CSR ini dengan baik.

PERMOHONAN PROJEK CSR

Permohonan hendaklah dikemukakan Kepada :-

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Jalan Perda Utama, Bandar Perda,
14000, Bukit Mertajam.
No Tel : 04-5497413