Anugerah

Tarikh kemaskini pada

ANUGERAH
MPSP telah menerima beberapa anugerah di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan seperti di bawah :-
 

Tahun 2017

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Pada 27 Ogos 2017, MPSP telah mendapat pengesahan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) bagi “Largest Tecoma Tree Planting Event”. Sebanyak 3002 pohon pokok tecoma ditanam.
   
Kebangsaan Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah di Majlis Malaysia Landscape Arhitecture Awards (MLAA) Gala Dinner Oleh Institute Of Landscape Malaysia (ILAM) pada 22 April 2017 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. Special Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan kepada Projek Butterworth Baharu Regeneration Plan: Empowering Community & Public Space telah menerima trofi dan sijil.

ii. Honour Award di bawah Government Category: Green Initiatives Awards telah dinobatkan keapda Projek Sustainable Milieu Through Green Initiatives : An Approach of Public, People & Private Partnership (4PS) telah menerima trofi dan sijil.

Negeri JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 Pemain sepak takraw PESUKA / MPSP kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN MAKSAK Kategori Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 yang berlangsung pada 5 Februari 2017 (AHAD) bertempat di Dewan Azman Hashim, USM Sport Arena.

 

Tahun 2016

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Anugerah Khas Menteri dan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau Sempena Sambutan Hari Karnival KPKT 2016

i. MPSP telah dianugerahkan Anugerah Khas Menteri untuk PBT yang cemerlang. Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada Hari Karnival KPKT 2016 yang diadakan pada 3 Disember 2016 dan disampaikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. MPSP telah mendapat piala pusingan Anugerah Khas Menteri, piala dan sijil.

ii. MPSP juga mendapat Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau 2016 bagi kategori Majlis Perbandaran untuk dua inisiatif iaitu Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Program Pengkomposan Sisa. Setiap anugerah mendapat piala, sijil dan wang tunai RM4,500.00 setiap satu.

Kebangsaan MIP Planning Excellence Awards 2016 (MIP PEA 2016)

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinobatkan untuk menerima dua anugerah oleh Malaysian Institute of Planner (MIP) sempena MIP Planning Excellence Awards 2016 pada 25 November 2016. Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disaksikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir,Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud,Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Anugerah yang telah diterima oleh MPSP adalah :

i. MPSP telah dinobatkan sebagai penerima Recognition Awards yang mana buat julung kalinya MIP memilih 10 buah Kerajaan Tempatan terbaik seluruh Malaysia untuk menerima anugerah ini. Anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPSP sejajar dengan good governance dan Sustainable Development.

ii. MPSP dinobatkan sebagai penerima Merit Awards bagi Kategori Community Based Planning Category yang dianugerahkan kepada Project Butterworth Baharu Programme : Community Engagement Approached in Pekan Lama Regeneration Plan.

Negeri Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang

Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Ruang Pameran Paras 3, KOMTAR. MPSP telah menerima beberapa anugerah sempena Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 iaitu:

i. Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Anti-Theft Sliding Door For Lamp Post (A-Test Door))

ii. Naib Johan dalam kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) sempena Sambutan Hari Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri

iii. Tempat Ketiga dalam kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi eMahkamah

iv. Anugerah Khas dalam Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 : Inovasi Kad Pemberitahuan Tunggakan Cukai Taksiran (AiKad)

Antarabangsa Global Human Settlements Outstanding Contribution Award

The United Nations Conference On Housing And Sustainable Urban Development & The 11th Global Forum On Human Settlements telah menganugerahkan kepada YBhg. Dato' Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua MPSP "Global Human Settlements Outstanding Contribution Award" di atas segala usaha-usaha dan kesungguhan beliau dalam menjadikan Seberang Perai sebuah bandar mampan. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada 18 Oktober 2016 di Quito, Ecuador.

Negeri Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2016

MPSP telah berjaya untuk mendapat Anugerah Persembahan Terbaik dalam Konvensyen KIK peringkat Negeri Pulau Pinang pada 8 September 2016 melalui Tajuk Projek Masalah Mengenalpasti Binaan Tanpa Kebenaran (Freeriders) Untuk Tujuan Kadaran oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. MPSP telah berjaya mendapat penghargaan sebagai Persembahan Terbaik Kumpulan KIK untuk tiga (3) tahun berturut- turut.

Kebangsaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2016

Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT 2016 telah diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Kristal KPKT, Putrajaya. Dalam majlis ini, MPSP telah berjaya tersenarai antara lapan (8) PBT yang terbaik dalam kategori Anugerah Inovasi Kerajaan Tempatan (AIPBT) 2016 dan telah menerima penghargaan sebanyak RM100,000.00. Majlis telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

 Negeri Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016

Sukacita dimaklumkan,  Majlis Perbandaran Seberang Perai telah berjaya memenangi pertandingan Tandas Bersih bagi kategori Tandas Awam milik Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri 2, bertempat di Mydin Mall, Jalan Baru. Bagi kategori yang dipertandingkan, MPSP telah berjaya memenangi hadiah seperti berikut:

 
PERTAMA
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN SENTOSA, NIBONG TEBAL, SEBERANG PERAI SELATAN
SAGUHATI
i)
TANDAS AWAM PASAR AWAM PENANTI, SEBERANG PERAI TENGAH
 
ii)
TANDAS AWAM KOMPLEKS MAKANAN TAMAN ROBINA, SEBERANG PERAI UTARA
  MPSP telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00, sijil berserta trofi bagi Tempat Pertama serta sijil berserta trofi untuk Saguhati.

Negeri

Johan Kategori Sektor Awam Pertandingan Kawad Sempena Perarakan Kemerdekaan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Pulau Pinang, 31 Ogos 2016

 Kebangsaan Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016

Dimaklumkan MPSP telah berjaya mendapat 5 Bintang di dalam Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan 2016 yang telah dijalankan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 20 dan 21 Julai 2016.

Kebangsaan Pada bulan Julai, MPSP telah mendapat pengesahan daripada The Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang mendapat enam (6) persijilan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)
6.
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
   
Kebangsaan Floria President Award, 27 Mei 2016.
   
Kualiti Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013, 25 Mac 2016.
   
Negeri Pengiktirafan Daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang
MPSP telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pencapaian MPSP mendapat tempat kedua dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan. Projek inovasi yang telah dikemukakan oleh MPSP bagi Anugerah Inovasi Sektor Awam adalah Sistem Pemantauan Pintar (SPP), Perkhidmatan Kaunter Multiskills, Professional Sniper Gadjet (PSG) dan Self Managed Recycle Center (SMRC). MPSP juga mendapat pengiktirafan di atas pencapaian ‘The Malaysia Book Of Records’ (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima Lima (5) Sistem Pengurusan Berteraskan Kualiti pada tahun 2015 iaitu:
 
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S (QEMS)

 

Tahun 2015

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Tempat ke-2 dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015 (AISA) bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Disember 2015 dan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. MPSP telah menerima hadiah berupa cek sebanyak RM100,000.00 serta sijil penghargaan.
   
Kualiti Anugerah Kualiti Sirim 2015 (Kategori Organisasi), 13 November 2015.
   
Kebangsaan Tempat kedua dlm kategori pengkomposan sisa pelaksanaan Inisitiatif Kejiranan Hijau sempena hari sambutan Hari Perancang Sedunia 2015, 3 November 2015.
   
Kualiti Penang Green Office (September 2015 - September 2017), Penang Green Council.
   
Antarabangsa Cik Nadia Faradila bt Jalawi (Penolong Pengarah Jabatan Kejuruteraan) telah menyertai ICMA YSEALI Professional Fellows Program pada 29 April 2015 hingga 6 Jun 2015 yang lalu di Washington D.C, USA.
   
Kebangsaan Pada 13 April 2015, MPSP telah mendapat pengesahan disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pertama yang menerima lima (5) Persijilan Sistem Pengurusan berteraskan kualiti iaitu:
1.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 (QMS)
2.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2004 (EMS)
3.
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 (OSHMS)
4.
Sistem Pengurusan Tenaga ISO 50001:2011 (EnMS)
5.
Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S( QEMS)
   
Kebangsaan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) KPKT 2015
Inovasi MPSP iaitu :-
1.
Kaunter Bergerak Multi Skill
2.
Profesional Sniper Gadget (PSG)
3.
Sistem Pemantauan Pintar (SPP)
4.
Self Manage Recycle Center (SMRC)
MPSP telah berjaya disenarai pendekkan dalam enam (6) finalis terbaik dari 19 penyertaan PBT dalam Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan  (AIPBT) 2015 dan  telah mendapat Insentif Penghargaan sebanyak RM 100,000.00 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT). Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaaan Tempatan (KPKT) pada 22 Oktober 2015. Keputusan muktamad akan diumumkan pada November 2015.
   
Negeri Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) Peringkat Negeri Pulau Pinang-27 Oktober 2015
1.
Anugerah Khas untuk Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)  dengan tajuk Projek : INSENTIF DAN TINDAKAN PUNITIF BAGI KUTIPAN HASIL DAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN oleh Jabatan Perbendaharaan.
2.
Johan untuk Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek: KAUNTER BERGERAK MULITISKIL oleh Kumpulan CMS Team (Kumpulan KIK MPSP 2014).
3.
Naib Johan untuk  Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) dengan Projek : SISTEM PEMANTUAN PINTAR (SPP) oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa.
   
Negeri Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif)  3i dari  Jabatan Perbandaran, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Kejuruteraan MPSP telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan pada 6 Oktober 2015 di Auditorium A, KOMTAR. Projek yang telah memenangi anugerah tersebut adalah "Lori Kompaktor Berirama"
   
Antarabangsa MOU MPSP BERSAMA CITY OF YOKOHAMA
Dimaklumkan bahawa MPSP telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan City of Yokohama , University of Yokohama , JICA, USM pada 20 Oktober 2015.


Tahun 2014

Peringkat Anugerah
Antarabangsa YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) menjadi wakil ICLEI Asia Tenggara, “ICLEI Southeast Asia representative to the Global Executive Committee” (GEXCOM), 11 Disember 2014
   
Antarabangsa YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP) dilantik menjadi “Regional Executive Committee” (REXCOM), 27 November 2014
   
Kebangsaan MPSP telah dianugerahkan Sijil Bandar Mampan dan diberi hadiah RM 2000.00. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Arpah Binti Abdul Razak dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JPBD, Tn Hj Zainuddin Ahamad, 11 November 2014
   
Negeri Menerusi Konvensyen KIK - MPSP telah mendapat tempat kedua bagi kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal serta Persembahan Terbaik, 16 Oktober 2014
   
Kebangsaan YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP), telah dianugerahkan Planner of The Year 2014 semasa menghadiri Planning Excellence Awards Gala Dinner 2014, 12 September 2014
   
Antarabangsa MPSP dianugerahkan International Observatory on Participatory Democracy With A Special Mention of the International Jury of the IOPD 8th Year “Best Practice In Citizen Participation” pada 04 Jun 2014 di Canoas, Brazil
   
Kebangsaan MPSP telah mendapat pengiktirafan inisiatif Inovasi 'Mendahului Keluk Pembaharuan Melalui Peyelesaian Teknologi dan Interaksi Sosial' melalui Sistem Pemantauan Pintar (SPP) sebagai finalis dalam Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 05 September 2014.
   
Kebangsaan Anugerah 4 bintang Bagi PBT Star Rating 2013, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Pihak Berkuasa Tempatan 2014 di Hotel Equatorial, Melaka pada 28 April 2014 oleh Y.B. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - 4 Bintang


Tahun 2013

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2013 (MGPWA 2013)
   
Kualiti "Penang Green Office (April 2013 - April 2015)", Penang Green Council
   
Kebangsaan Sijil Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau melalui Penyediaan Kebun Kejiranan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 12 November 2013
   
Negeri Johan, Pertandingan Tandas Bersih (Kategori Jabatan Kerajaan) pada 19 November 2013
   
Kualiti Persijilan ISO 14001:2004 diperolehi sejak 2006 dan persijilan sah sehingga 2015
   
Kualiti Sijil OHSAS 18001:2007 pada 01 Oktober 2013
   
Kualiti Persijilan ISO 9001:2008 diperolehi oleh MPSP sejak 1999 dan persijilan sah sehingga 2014 oleh SIRIM


Tahun 2012

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2012 (MGPWA 2012)
   
Kebangsaan “Outstanding Contribution Towards Sustainability Award” daripada Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM) pada 23 Jun 2012
   
  Persijilan Semula ISO 14001: 2004 daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Persijilan dikekalkan bagi 14 Jun 2012 hingga 13 Jun 2015.
   
Kebangsaan Penarafan 4 Bintang, Penilaian Sistem Star Rating Oleh KPKT Bagi Tahun 2010/2011


Tahun 2011

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Anugerah 5 Bintang, Penilaian Laman Web Dan Portal Kerajaan Malaysia 2011 (MGPWA 2011)
   
Negeri Anugerah Khas, Kategori Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
   
Negeri Johan, Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)


Tahun 2009

Peringkat Anugerah
Negeri Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik
   
Negeri Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Laman Web Terbaik
   
Negeri Naib Johan, Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi Kategori Anugerah Pengurusan Kaunter


Tahun 2007

Peringkat Anugerah
Negeri Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri Pulau Pinang (E-service category),
Management Of MPSP’s Tax Payers
   
Kebangsaan Calon Peringkat Akhir, MSC-Apicta Award (E-service category)
Assessment Tax's Management
   
Kebangsaan Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
   
Kebangsaan Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan


Tahun 2006

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Tempat Ke 11 dari 1,055 Laman Web Agensi Kerajaan di Malaysia, Kajian Laman Web Kerajaan MDEC
   
Negeri Naib Johan, Anugerah K-ICT Ketua Menteri P.Pinang, Kategori e-Khidmat, Bertajuk : "Customer Relationship Management"
   
Negeri Anugerah Khas Bagi Anugerah Kualiti Pengurusan Kaunter
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
Negeri Naib Johan, Anugerah Inovasi
Inovasi bertajuk "Pemprosesan data-data kutipan hasil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai".
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P. Pinang


Tahun 2005

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Naib Johan, Anugerah PBT Mampan


Tahun 2004

Peringkat Anugerah
Kebangsaan Calon Peringkat Akhir, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan


Tahun 2003

Peringkat Anugerah
Negeri Naib Johan, Pertandingan Persembahan KMK
   
Negeri Tempat Ke 3, Kawad Kontinjen Sektor Awam, Perarakkan Hari Kebangsaan ke 46
   
Negeri Johan, Laman Web Terbaik
   
Negeri Johan, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
Negeri Tempat Ke 3, Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang


Tahun 2002

Peringkat Anugerah
Kebangsaan 20 Agensi Terbaik
Anugerah Kualiti Perdana Menteri
   
Negeri Johan Landskap
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan
   
Negeri Naib Johan, Kategori Taman Bandar
Anugerah Pengindahan dan Kebersihan


Tahun 2001

Peringkat Anugerah
Kebangsaan 20 Laman Web Terbaik Agensi KerajaanPertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam
   
Kebangsaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
Tajuk Inovasi:"Perkhidmatan Cepat, Cekap dan Berkesan dengan Menggunakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV)
   
Negeri Johan Laman Web Terbaik
Anugerah Kualiti Sektor Awam Peringkat P.Pinang
   
Negeri Johan
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri P.Pinang


Tahun 2000

Peringkat Anugerah
Kebangsaan 20 Laman Web Terbaik Agensi Kerajaan
Pertandingan Laman Web Terbaik Sektor Awam