EMS

Tarikh kemaskini pada

ISO 14001:2004 - SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS)

Menerangkan keperluan untuk organisasi membangunkan dan melaksana polisi dan objektif alam sekitar yang mana turut melibatkan keperluan undang-undang dan lain-lain yang berkaitan serta maklumat berkenaan aspek persekitaran yang penting . Ianya digunapakai ke atas aspek persekitaran yang boleh dikawal dan dipengaruhi oleh organisasi.

MPSP MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SIJIL ISO 14001 : 2004 SEJAK 14 JUN 2006


Skop Persijilan : Operasi Majlis Perbadaran Seberang Perai Di Kawasan Perindustrian Dan Kemudahan Sokongan Yang Berkaitan

DASAR KUALITI EMS MPSP

MPSP KOMITED UNTUK MENGAWAL PEMBANGUNAN DAN MENCEGAH PENCEMARAN MENGIKUT PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SERTA MENAMBAHBAIK PROGRAM ALAM SEKITAR SECARA BERTERUSAN UNTUK MENJADIKAN SEBERANG PERAI BERSIH, INDAH DAN BEBAS DARIPADA PENCEMARAN



POLISI ALAM SEKITAR MPSP
 
Majlis Perbandaran Seberang Perai komited untuk mengawal pembangunan dan mencegah pencemaran mengikut undang-undang dan keperluan-keperluan lain dan menambahbaikkan program alam sekitar secara berterusan untuk menjadikan Seberang Perai bersih, indah dan bebas daripada pencemaran.

Majlis Perbandaran Seberang Perai akan :

1 Meningkatkan kesepakatan komuniti untuk menambah baik alam sekitar secara berterusan. Sebagai contohnya melalui Pelaksanaan Program Transformasi MPSP, di mana antara fokus MPSP adalah untuk Meningkatkan Kebersihan (6KRA) – Cleaner Greener Penang.
2. Memantau effluent mengikut standard yang ditetapkan- 3 kali setahun di kawasan kilang Perindustrian Perai.
3. Melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang teratur.  
Melaksanakan program pengindahan secara berterusan dan komprehensif (KRA Meningkatkan Keceriaan Bandar)
5. Merancang, mengawal dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bersesuaian dengan kehendak alam sekitar. 
Mematuhi undang-undang dan garis panduan alam sekitar

sijil ems