Maklumat Kupon Letak Kereta

Tarikh kemaskini pada

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengamalkan Sistem Letak Kereta Berkupon sejak tahun 1995. Pemilik kenderaan (kecuali motosikal) yang memakir kenderaan di kawasan-kawasan yang diwartakan dikehendaki mempamerkan kupon letak kereta. Jenis kupon yang disediakan adalah: 

Jenis Kupon Harga Catatan
Jam RM0.40/sejam
= RM2.00/buku
Boleh dibeli dari agen jualan kupon letak kereta dan kaunter MPSP
Harian RM3/hari
=RM30.00/buku
Boleh dibeli dari agen jualan kupon letak kereta dan kaunter MPSP.
Bulanan RM75.00/bulan Promosi harga RM50.00 sehingga 30 Jun 2013. Boleh dibeli di ibu pejabat MPSP (kaunter PESUKA) Bandar Perda dan pejabat cawangan.
Petak Khas RM200.00/bulan MPSP juga menawarkan diskaun sekiranya petak khas ini dibeli untuk tempoh masa:
1 tahun = RM1,920.00
9 bulan = RM1,530.00
6 bulan = RM1,080.00
3 bulan = RM570.00
Petak Khas ini perlu diperbaharui semula sebelum tamat tempoh sewaan.


Pejabat - pejabat MPSP yang menjual kupon letak kereta:

Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda
(Kaunter PESUKA)
Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam. Tel: 04 - 5393790
MPSP cawangan Butterworth Kompleks Makanan, Jalan Kampung Jawa, 12000 Butterworth. Tel: 04 - 3105571
MPSP cawangan Bukit Mertajam Jalan Betek, 14000 Bukit Mertajam Tel: 04 - 5402581

MPSP cawangan Nibong Tebal
 
Kompleks Kerajaan Sg. Jawi, 14200 Sg. Jawi Tel: 04 - 5824355

 

Selain dari pejabat - pajabat MPSP, terdapat juga agen yang menjual kupon letak kereta. Untuk layari senarai nama agen jualan kupon letak kereta, sila klik di sini.