Perkhidmatan Kaunter

Tarikh kemaskini pada

A. Kaunter Berpusat

MPSP kini menyediakan perkhidmatan kaunter berpusat.  Kaunter ini menempatkan semua perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan oleh sembilan jabatan MPSP di satu tempat, supaya ianya mudah dikunjungi oleh para pelanggan.

Kaunter Berpusat beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja seperti berikut:

Isnin - Jumaat 7.30 pagi - 5.30 petang

 

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Aduan.
  • Khidmat nasihat mengenai perkhidmatan Majlis.
  • Jualan Borang Tender, Sebutharga dan Perjawatan.
  • Permohonan Lesen-lesen.
  • Permohonan Permit Pelupusan.
  • Permohonan Gerai dan Petak Perniagaan.
  • Permohonan Nombor Patil (Peraturan & Prosedur)

 

 

B. Pusat Setempat (OSC)

Pusat Setempat di wujudkan bagi memudahkan proses Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Sijil Kelayakan Menduduki untuk meransang pertumbuhan  ekonomi melalui 'Government Delivery System' yang cekap.

Kaunter ini beroperasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP berhadapan dengan kaunter pusat. Ianya dibuka pada hari-hari bekerja seperti berikut:

Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.30 petang

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter setempat ini ialah :

  • Menyelaras, mengawal dan memantau proses permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dan Permohonan Kebenaran Merancang dari pemohon kepada PBT dan Agensi Teknikal.
  • Melapor status permohonan Pelan Bangunan dan Permohonan Kebenaran Merancang ke KPKT dan Kerajaan.
  • Mengenalpasti masalah permohonan tersebut dan memberi cadangan penyelesaian.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :- 04-5497702 (Tel)

C. Kaunter Bayaran

Kaunter bayaran MPSP berlokasi di Tingkat Bawah, Bangunan MPSP iaitu di bawah Kaunter Berpusat. Selain dari itu, perkhidmatan kaunter bayaran secara pandu bayar atau 'drive-in' juga disediakan.

Kaunter bayaran secara amnya beroperasi pada hari bekerja seperti berikut:

Isnin - Jumaat 7.30 pagi - 5.30 petang

 

Bandar Perda: 04 5497697
Butterworth: 04 3105571
Nibong Tebal: 04 5831620 / 5824355

 

Perkhidmatan yang disediakan dikaunter bayaran adalah:

  • Semua bil-bil MPSP
  • Bil elektrik
  • Bil perkhidmatan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang Berhad
  • Bil air
  • Jualan Kupon Meletak Kereta kepada agen-agen
  • Bil-bil cukai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)