Penilaian Cukai Kadaran

Tarikh kemaskini pada

Kadar Taksiran Dikenakan Oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
       
Jenis Hartanah Yang Dikenakan Cukai
     
 
item
Kadar Taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti berikut :
   
a.
Rumah kediaman
   
b.
Harta perdagangan (kedai, kilang, hotel dan sebagainya)
   
c.
Harta industri (kilang, pelabuhan dan sebagainya)
   
d.
Tanah
       
Penentuan Cukai Kadaran
       
 
item
Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut :
   
Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar
       
 
item
Penentuan "Kadar %"
   
Secara umumnya kadar % ditentukan mengikut keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos tahunan yang ditanggung oleh majlis dalam bentuk kos pentadbiran, kos perkhidmatan dan kos pembangunan.
       
 
item
Penentuan "Nilai Tahunan"
   
Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan
Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.
       
Tujuan Notis Kadaran
       
 
item
Mengikut Seksyen 141(2), notis kadaran merupakan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartabenda mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartabenda atau penghuninya mengenai cukai kadaran yang akan dikenakan.
       
Bantahan Terhadap Notis Kadaran
       
 
item
Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai.
       
Mesyuarat Rayuan Cukai
       
 
item
Pemilik hartabenda yang membuat bantahan diberi peluang menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam Mesyuarat Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya. Sekiranya pemilik tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, pemilik boleh mewakilkan orang lain bagi pihak dirinya dengan syarat wakil tersebut hendaklah mengemukakan 'Surat Kuasa' yang telah ditandatangani oleh pemilik tersebut.
       
Pemberitahuan Keputusan Bantahan
       
 
item
Keputusan bantahan ke atas Nilai Tahunan akan dimaklumkan kepada setiap pemilik hartabenda berkadar melalui surat.
       
Rayuan Semula Setelah Keputusan Diterima
       
 
item
Jika pemilik masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai, pemilik boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan. Walaubagaimanapun, pemilik perlu membayar terlebih dahulu amaun cukai kadaran yang telah diputuskan itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai. (Syarat ini diperuntukkan di bawah Seksyen 145, Akta Kerajaan Tempatan 1976).
       
Menjelaskan Cukai Kadaran
       
 
item
Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari Jabatan Kewangan MPSP.
       
Pegawai Yang Boleh Dihubungi
       
 
item
Puan Nur Shakila Binti Shamsudin
Penolong Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta
Tel: 04-5497492
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
       
 
item
Encik Ahmed Rafi’e Bin Jamaluddeen
Penolong Pegawai Penilaian Kanan
Tel: 04-5497494
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.