Barang Kitar Semula

Tarikh kemaskini pada

 kitarsemulanew2s

KERTAS


Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar,  majalah, buku, helaian kertas (saiz A4, A3 dan F4), katalog, risalah, kalender, kad, sampul surat dan kotak kadbod KECUALI kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

 

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA KERTAS

  • Asingkan akhbar dan majalah lama daripada kertas-kertas lain
  • Buka dan ratakan kotak
  • Ikat dengan kemas
  • Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna BIRU atau hantar ke pusat pengumpulan
     
 
KACA

Semua kaca berwarna dan tidak berwarna seperti botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik KECUALI kristal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, mentol, peralatan makmal dan balang atau botol bahan toksik.

 

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA KACA

  • Buang lebihan cecair daripada dalam botol
  • Tanggalkan lebel pada botol
  • Cuci botol dan keringkan
  • Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna COKLAT atau hantar ke pusat pengumpulan
     
ALUMINIUM

Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan KECUALI tin cat, bekas bahan toksik, tin gam atau bahan pelekat.

 

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA ALUMINIUM

  • Buangkan lebihan cecair daripada dalam tin
  • Tanggalkan label pada tin
  • Bilas dan keringkan
  • Kemekkan tin
  • Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna JINGGA atau hantar ke pusat pengumpulan
     
PLASTIK


Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli-belah dan gedung membeli-belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin KECUALI bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.

 

BAGAIMANA UNTUK KITAR SEMULA PLASTIK

  • Buangkan lebihan cecair atau barang-barang daripada bekas atau beg plastik
  • Tanggalkan lebel pada bekas plastik
  • Bilas dan keringkan plastik
  • Masukkannya kedalam tong kitar semula berwarna JINGGA atau hantar ke pusat pengumpulan