Perkampungan Tradisional

nmtiti

Kampung ini terletak di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, lebih kurang 22 km dari bandar Butterworth. Aktiviti perkhemahan boleh diadakan di sini dan menjadi tumpuan, terutamanya pada musim buah-buahan.

Taman Burung

birdpark1

 

Terletak di Taman Tunku, Seberang Jaya dengan jarak lebih kurang tujuh km dari Jambatan Pulau Pinang dan 12 km dari Pengkalan Sultan Abdul Halim. Mempunyai kawasan seluas 5 ekar. Terdapat pelbagai jenis spesis burung dari dalam dan luar negara. Bayaran masuk dikenakan, iaitu RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak.

 

Alamat:

Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang, Malaysia.

Tel    : 604-399 1899
Fax   : 604-399 1899

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Taman Rekreasi Pantai Robina

robina1

robina2  robina3

robina4  robina5

Terletak di Teluk Air Tawar, lebih kurang 15 km dari Butterworth dan kira-kira 25 km dari Sungai Petani serta berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

 

Taman ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau, dewan, gerai berkonsepkan terbuka serta tandas untuk membersihkan diri. Kemudahan yang disediakan sesuai untuk semua golongan kerana terdapat juga laluan refleksiologi, pejabat Majlis Belia Daerah, Tapak Sukan Ekstrem Rakan Muda, Pusat Latihan Rekreasi dan Sukan Air bagi latihan kayak, wall climbing serta gimnasium mini.

 

Kawasan lapang untuk kegiatan senaman Tai Chi turut disediakan dan menjadi tumpuan pada cuti hujung minggu.

Pulau Aman

npulau

Sebuah pulau kecil yang terletak di dalam daerah Seberang Perai Selatan.Untuk berulang alik ke pulau ini terdapat pengkalan bot yang beroperasi setiap hari di Bukit Tambun. Merupakan sebuah perkampungan nelayan. Sesuai sebagai tempat perkelahan dan memancing serta mempunyai tempat-tempat yang bersejarah.

Hutan Lipur Bukit Panchor

nlipur

Hutan ini terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kawasan rehat yang sesuai untuk kegiatan perkhemahan serta beriadah.