Ucapan Tahniah Di Atas Penerimaan Pingat Sempena Hari Jadi TYT Yang Ke-68 (20/07/2006)

Majlis mengucapkan tahniah kepada semua warga MPSP yang telah menerima Pingat Kebesaran Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang Ke-68 pada 8 Julai 2006 (Sabtu).

 

Mereka adalah Ahli Majlis Encik Lau Pek Hang PKT, Ahli Majlis Encik Mohd Zaidi Bin Mohd Said PKT, Encik Lam Chee Meng PKT, Encik Khaw Chin Poh PJK, Puan Praymah a/p Samykanoo PJK, Encik Boss a/l P.S. Lingam PJM, Encik Ismail Bin Ishak PJM, M.Kanthavello PJM, Puan Marina Bt Zainol Abidin PJM, Puan Mavis Catherine Baptist PJM, Encik Mohamad Fatime Bin Yusoff Hilme PJM, Encik Shaharudin Bin Shaari PJM dan Puan Mariah bt Othman PBS.

Perayaan Hari Majlis Ke-32 (2006) Pada 13 Ogos 2006 (12/07/2006)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perayaan Hari Majlis Ke-32 akan diadakan pada 13 Ogos 2006 (Ahad) bertempat di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

 

Terdapat pelbagai acara menarik yang akan diadakan termasuk :-

1. Larian MPSP 2006 dengan jarak 10km yang terdiri dari 9 kategori terdiri dari lelaki dan wanita (Dewasa:RM10.00 dan Kanak-kanak:RM5.00)

2. Pameran, Jualan dan Demonstrasi dari pelbagai agensi (dimulakan pada 12 Ogos 2006)

3. Kempen Derma Darah

4. Sukan Rakyat & Sukaneka

5. Persembahan Kebudayaan & Kesenian MPSP dan Karaoke.

 

Semua Warga Seberang dijemput hadir dan mengambil bahagian didalam aktiviti-aktiviti ini.

PROGRAM PERUMAHAN KELUARGA MISKIN (BANTUAN SEWA RUMAH) (26/09/2006)

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Program Perumahan Keluarga Miskin akan menyalurkan Bantuan Sewa Rumah bagi keluarga miskin yang layak dalam kawasan MPSP. Kelayakan adalah berdasarkan pendapatan isirumah iaitu sebanyak RM601.00 atau kurang. Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pembasmian Kemiskinan Bandar, Jabatan Perancang Bandar( Tingkat 8), MPSP. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 04-549719/012-5017710 (Encik Mohamad Nizam Bin Zainal) . Permohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Cenderamata Untuk Pembayar Cukai Taksiran 2006 (03/01/2006)

Bil cukai taksiran setengah tahun pertama bagi tahun 2006 telah diposkan. 25 ribu pembayar cukai yang pertama membayar bagi tempoh setahun dan semua tunggakan, layak menerima cenderamata tahunan selagi stok masih ada.
 
Bayar segera dan elakkan harta anda dari disita. Bayaran selepas 28 Februari 2006 akan dikenakan 2% denda lewat dan 20% waran tahanan.
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 04-3105571, faks ke 04-3316001 atau e-mail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Bil cukai taksiran boleh diperolehi melalui laman web MPSP di http://www.mpsp.gov.my/cukaipintu.asp

JUALAN SEMPENA MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA MPSP Ke-7 (27/03/2006)

Semua Penduduk Seberang Perai adalah dijemput untuk datang beramai-ramai ke Program JUALAN yang akan diadakan pada 31 Mac 2006, JAM 1.00 tgh – 7.00 ptg, di Lobi Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi. Jualan tersebut dibuat SEMPENA MESYUARAT TERHIMPUN PUSPANITA MPSP Ke-7,
Untuk Maklumat Lanjut, hubungi Setiausaha PUSPANITA MPSP di talian 04-5497460 atau e-mail Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.